Pages

Sabtu, 10 Disember 2016

Terdapat 3 Golongan Ahli Tasawuf

Berkata Guruku yang dikasihi

" Terdapat 3 Golongan Ahli Tasawuf"

1. Rabbaniah
-Mereka ini benar-benar tenggelam dalam lautan makrifat dan ubudiah kepada Allah, meninggalkan segala pakaian kesombongan dan keduniaan, kefakiran diri, suci dari segala syirik, mempunyai syuhudiah sehingga fana' ia dengan melihat tiada wujud dirinya, yang wujud hanya Allah semata-mata.

2. Kebatinan
-golongan ini mencampur adukkan antara kebatinan dan tasawuf sebagai satu helah untuk meyakinkan orang ramai akan kebenaran mereka.

Berlakunya pelbagai keajaiban pada mereka adalah disebabkan amalan yang berupa pertolongan khadam kerohanian dan bukannya disebabkan oleh keimanan dan mujahadah mereka.

Mereka masih di lembah hawa nafsu keduniaan yang rendah, mereka mencintai hal-hal kelebihan seperti mencari harta karun, bersahabat dengan orang ghaib, menyeru roh pahlawan untuk menghasilkan silat, pengembaraan ruh, tenggelam dalam ilmu perubatan dan perdukunan.

Mereka berwirid ratusan ribu untuk mendapat perkara yang dihajati sedangkan hajat mereka adalah berbentuk keduniaan yang amat jauh sekali dengan matlamat ahli sufi yang sejati.

3. Ilmu Nukil
- Mereka hanya membahaskan persoalan-persoalan tasawuf , hakikat-hakikat alam dan diri, rahsia-rahsia huruf dan sebagainya hanya dengan ilmu dan akal semata-mata , namun mereka tiada mencapai hakikatnya kerana tiada terjun dalam medan amal dan mujahadah.

Amat Merbahaya jika huraian-huraian yang dibuat itu berdasarkan andaian dan khayalan akal, sedang ia berlawanan dengan hakikat yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.