~ Seperti Kata Al-Syibli : Apa Yang Hendak Dinafikan? ~
Semasa seorang sufi tersohor, Abu Bakar Al-Syibli berada sangat dekat dengan kematiannya, beliau sempat membacakan sebuah puisi kepada orang-orang yang datang menziarahinya.
RumahMu tidak perlukan kandil
untuk menerangi seluruh ruangannya
Kerana WajahMu sendiri telah sangat bersinar
SinaranMu itu cukup buat kami
cukup memaafkan mereka
yang mempersoalkan keputusan kami
Kemudian beberapa orang meminta beliau mendoakan sesuatu. Namun beliau dengan sinis berkata, “Alangkah peliknya, orang yang mati disuruh membacakan doa untuk orang yang hidup!”
Apabila di antara para hadirin menyuruh beliau mengucapkan dua kalimah syahadat, beliau lalu berkata, “Saya tidak lihat ‘yang lain’ kecuali DIA, maka apa yang hendak saya nafikan?”
Namun para hadirin itu tetap tegas mahu beliau mengucapkan dua kalimah syahadat sebagaimana menurut hukum syari’at sebelum seseorang muslim itu akan menghembuskan nafas terakhir.
Al-Syibli pun menjawab, “Ketahuilah pada saat ini bahwa Sultan Cinta itu sendiri tidak mahu menerima apa-apa pun pemberian. Di samping itu sungguh menghairankan, orang yang mati cuba menasihatkan pula orang yang hidup!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.