Pages

Jumaat, 27 Januari 2017

Jalan ini telah terlalu lama sepi

Jalan ini..
telah terlalu lama sepi
jalan ini
teramat ramai yang menghindari

Allah Swt. berfirman ketika Nabi Saw.
melakukan mikraj,

"Wahai Ahmad, jika engkau ingin menjadi
orang yang paling wara, berlaku zuhudlah
di dunia dan cintailah akhirat, "

Nabi Saw. bertanya,

"Wahai Tuhanku, bagaimana cara aku berlaku
zuhud di dunia?"

Allah menjawab,

" Ambillah dari keduniaan itu sekadar memenuhi
keperluan makan, minum, dan pakaian.
Janganlah menyimpannya untuk hari esok
dan biasakanlah berzikir kepada-Ku."

Nabi SAW bertanya lagi,

"Wahai Tuhanku, bagaimana cara aku
membiasakan berzikir kepada-Mu?"

Allah menjawab,

"Dengan mengasingkan diri dari manusia.
Gantilah tidurmu dengan shalat dan makanmu
dengan lapar."

Nabi SAW bersabda,

"~Kezuhudan di dunia dapat menenangkan
hati dan badan.~

~Kecintaan kepadanya dapat memperbanyak
tekad kuat dan kesedihan.~

~Kecintaan kepada keduniaan merupakan induk
setiap kesalahan,~

~dan kezuhudan dari keduniaan merupakan
induk setiap kebaikan dan ketaatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.