Pages

Ahad, 8 Januari 2017

Lalai adalah punca kemurkaan Allah dan ibu bagi segala kejahatan

Sollu ala Nabi

Berkata Ayahanda Walid Al Malik.

Lalai adalah punca kemurkaan Allah dan ibu bagi segala kejahatan

Tiada satu pun amal yg diperintah adalah utk mengingati DiriNYA dan tiada satu pun yg dilarangNYA melainkan ia adalah perkara yg melalaikan dari ingat pdNYA dan bawa kemudharatan.

Matlamat dlm ilmu tauhid Makrifat ialah membawa insan kembali pd fitrah yakni INGAT, RASA dan PANDANG kepada Allah.

Wajib setiap insan kembali mencapai Tauhid IHSAN agar dirinya bebas dari kelalaian yg membwa dirinya lalai dan terjerumus dlm syirik.

Beriman pada Sifat Allah tapi dalam masa yg sama tetap merasai dirinya milki sifat kudrat,iradah,ilmu,hayat,mendengar,melihat dan berkata adalah masih ADA diri dlm keimanannya.

Mengamalkan syariat  tetapi memandang dirinya yg amal dan baik maka ADA diri dalam amal Islamnya.

Golongan ini masih tiada terlepas dari martabat lalai dan syirik. Kelalaian dari ingat, merasai dan memandang segala sifat dan amal dirinya adalah hak ALLAH akn membwa kpd merasai dan memandang kpd semua tesebut adalah hak atau milik dirinya..

Orang yang lalai memandang amalnya adalah pemberiannya pada ALLAH lantaran merasai ada kudrat, org yg hatinya ada cahaya (Ihsan) memandang segala amalnya adalah anugerah ALLAH padanya lantaran dirinya tiada miliki kuasa dan amat faqir

Maka apabila dirinya dianugerah amal seperti solat maka ia akan hargai dengan sepenuhnya dgn menjaga rukun,tertib ,khusyu dan adab dengan sebaiknya dalam solat.

Dengan amal yg hadir hati pada ALLAH dan penuh adab maka amalnya akn membawa ia dicintai ALLAH dan menjdi hamba yg hampir denganNYA.

Apabila dirinya yang dekat dgn ALLAH maka dengan sendiri kejahatan sifat2nya samada pada jiwa,lisan dan perbuatan akn menjd baik. Semakin hampir dgn ALLAH maka akn bertambah lagi kebaikannya.

Dalam beramal bukan ukuran banyak atau sedikit tetapi ukurannya adakah amal yg kita lakukan membwa kita hampir dgn ALLAH atau semakin dimurkai ALLAH. Jika amal tiada membwa kita hampir dgn ALLAH maka sifat nafsu,lisan dan perbuatan kita yang jahat tiada akan berubah.

Justeru itu tiada sama sifat dan kehidupan mereka yang diterima amalnya dengan mereka yang ditolak amalnya. Mereka yang diterima amalnya adalah hamba yang dicintaiNya, maka jika IA mencintai maka akn diberkati kehidupannya hingga jiwa mereka bahgia dalam apa jua keadaan.

Firman ALLAH dlm surah al Ma'un dlm ayat 4 dan 5

Maka neraka Wail lah (balasannya) bagi orang yg solat.”  , “Iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menunaikan sembahyang.”

Solat 5 waktu adalah anugerah ALLAH pada umat RASULULLAH . Maka jagai Solat dengan sebaikya. Sesiapa yg lalai dlm Solat maka murka ALLAH padanya hingga ALLAH memberi amaran akan Neraka Weil menunggu mereka.

Lalai dibahagi pada beberapa bahagian.

Lalai pd syariat :

1.sengaja lewat2 kan solat hingga membwa pada waktu yg haram atau terluput waktu.
2. Lalai hingga sentiasa melanggar rukun2 dalam solat.

Lalai dlm Hakikat (Ihsan)ialah:

1.  Lalai memandang anugerah ALLAH padanya.
2. Lalai  dari ingat kepada ALLAH
3. Lalai dari merasai ALLAH
4. Lalai dari memandang ALLAH.

Jika dalam solat tiada boleh memandang sifat2Nya,maka rasailah diri berada dalam sifat2Nya seperti dalam kudrat atau rasai kebersamaan denganNyA, jika tiada miliki Rasa maka hendaklah jdikan hati teringat pd Asma' ALLAH dalam apa jua kelakuannya.

Jika antara tiga ini yakni INGAT, RASA dan PANDANG tiada dalam solatnya maka solatnya adalah lalai, maka solatnya adalah solat ahli neraka weil yg mana didunia ini solatnya tiada akan bawa dirinya hampir dengan ALLAH, tiada akan ada cahaya, tiada mengubah sifat2 jahat dalam dirinya dan seluruh kehidupannya tiada diberkati.

Adapun diakhirat mereka akan terima azab dalam Neraka Wail yang ALLAH jua yang mengetahui keadaannnya.

Maka hendaklan menjaga diri dari kelalaian syariat dan hakikat agar diri tiada terjerumus dalam kemurkaan ALLAH..

Beramal dgn tiga rukun hakikat ini agar mencapai kehampiran dengan ALLAH.

1. Dari ALLAH.
2. Dgn ALLAH.
3. Utk ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.