Pages

Jumaat, 27 Januari 2017

Qada dan Qadar

Qada' (Bahasa Arab: قَضَاء‎, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Bahasa Arab: قدر‎, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)[1] ialah takdir ketuhanan dalam Islam.[2]Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Imankeenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.[3]Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut"[4]

Hadith:-

Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad [5]

Sebagai seorang Islam, wajiblah Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk kita buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atau buruk perlukan Izin dari Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan oleh Allah.

Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa keturunan apa dan sebagainya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilihan buat baik atau jahat. kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan. sebab itu ia dihisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang menentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.