Pages

Rabu, 4 Januari 2017

Tausiyah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Suatu hari Saidina Ali bin Abi Talib r.a, lalu bersama sahabatnya di kawasan kubur, dan berkata;

"Wahai ahli kubur, sesungguhnya pasangan kamu telah berkahwin dengan orang lain. rumah kamu orang lain sudah duduk, harta kamu sudah diberi kepada orang lain. Ini berita kami dari dunia, tetapi apakah berita kamu dari alam sana?”

Saidina Ali ketika bercakap begitu bukanlah untuk mendengarkan jawapan tetapi adalah untuk menyampaikan mesej.

Saidina Ali ingin beri pelajaran kepada orang yang bersamanya, agar mereka melihat kubur itu sebagai tempat mereka akan masuk ke dalamnya juga nanti.

Maka, diingatkan tentang pasangan, harta sudah di ambil orang lain. Apa yang Saidina Ali ingin tahu? Apa yang diinginkan ahli kubur setelah umur atau harta tidak lagi pada mereka.

Kalau diizinkan untuk ahli kubur menjawab, maka mereka akan mengatakan; “Sebaik-baik bekal ialah taqwa.”

Petikan Tausiyah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.