Pages

Selasa, 7 Februari 2017

ALLAH S.W.T MENGANGKAT MUJAHIDIN DENGAN SERATUS DARJAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

 
Mimbar Pagi~

*HADIS - ALLAH S.W.T MENGANGKAT MUJAHIDIN DENGAN SERATUS DARJAT*

Dari Said al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Wahai Abu Said, barangsiapa yang redha, Allah sebagai tuhannya, Islam agamanya, dan Muhammad utusannya maka wajib untuknya masuk Syurga."

Maka Abu Said r.a kehairanan. Kemudian berkata, "Ulangi lagi kalimat itu ya Rasulullah."

Maka Rasulullah s.a.w. mengulanginya kembali. Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dan yang lainnya, Allah S.W.T akan mengangkat darjat seorang hamba dengan seratus darjat di dalam Syurga dan di antara dua darjat seperti langit dan bumi."
Abu Said r.a bertanya,
"Amalan apakah itu ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jihad di jalan Allah, Jihad di jalan Allah."

(Hadis Riwayat Muslim : 1884, Nasa'i : 3133 dan Abu Dawud : 1529)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.