Pages

Ahad, 26 Mac 2017

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan

🍓Renungan 🍓

*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah*

*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah*

*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan mu di dunia ini kerana masa depan mu  di dunia ini di Tangan Allah*

*Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu di dunia ini*

*Dan yg paling penting sekali agar letakkan kerisauan mu untuk menghadapai hidup yg lebih panjang di alam barzakh nanti Serta kehidupan kekal abadi di akhirat kelak.*

*KERANA KITA SEMUA PASTI AKAN MATI DAN PASTI AKAN TINGGALKAN DUNIA INI.*

*Walau sesusah mana pun kita... pasti kita akan tinggalkan*

*Walau sesenang mana pun kita... pasti kita akan tinggalkan*

*Walau sebanyak mana pun harta kekayaan kita...*
*Walau sebesar mana pun pangkat serta jawatan kita...*
*Walau sehebat manapun kekuatan kita...*
*Walau setinggi  mana pun pelajaran dan kepandaian kita...*

*PASTI KITA AKAN TINGGALKAN...  KERANA KITA PASTI AKAN MATI DAN MENGADAP ALLAH SWT...*

*DAN PASTI KITA AKAN DIPERTANGGUNG JAWABKAN ATAS APA SAHAJA YG KITA USAHAKAN SEMASA DI DUNIA.*

Sedangkan kematian itu terlalu hampir dgn kita.

Kita akan mati pada bila2 masa sahaja dari sekarang.

*apakah kita sudah bersedia untuk itu.......*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.