Pages

Jumaat, 10 Mac 2017

NAFI & ISBAT

NAFI & ISBAT

Dari penjelasan berkaitan tahap tahap Iman & Tauhid, kita merumuskan bahawa yang membezakan tauhid antara orang awam dan orang khusus itu ialah berkaitan perkara NAFI & ISBAT.

NAFI maksudnya menafi atau menidakkan manakala ISBAT itu maksudnya meng-iyakan atau mensabitkan.

Dalam Tauhid maksud Nafi & Isbat ada tiga peringkat :-

Pertama – Menafikan Jasad dan mengisbatkan Nyawa.
Kedua – Menafikan Nyawa dan mengisbatkan Zat Allah.
Ketiga – Tiada Nafi Tiada Isbat.

Maksudnya yang dinafikan itulah yang diisbatkan dan yang diisbatkan itulah yang dinafikan.

Yang dinafikan dan yang diisbatkan itu berkaitan dengan Zat, Sifat, Asma’ & Af’al Allah.

Perkara nafi isbat ini akhirnya menjurus kepada hubungan makna antara Hakikat Manusia & Hakikat Allah itu sendiri.

Untuk memahami Nafi & Isbat sasaorang itu wajiblah menghalusi Sifat Sifat 20 Allah yang sewajarnya dia tahu dan faham jika mengaku beragama Islam dan bertuhankan Allah SWT.

Wajiblah dia tahu dan faham apakah yang dikatakan Sifat Maani, Sifat Maknuyah, Sifat Napsiah & Sifat Salbiah.

Seterusnya hendaklah dia dapat mengaitkan dan memahami kaitan Sifat Sifat 20 Allah itu dengan DIRI-nya baik berkaitan jasadnya mahupun nyawanya.

Akhirnya pemahamannya Mengenai Sifat Sifat 20 Allah itu dan kaitan dengan dirinya akan meningkatkan tahap Tauhidnya – bermula dari Tauhid Orang Awam meningkat ke Tauhid Orang Khusus dan seterusnya kepada Tauhid Khusus Al-Khusus.

Perlu juga diingatkan disini bahawa mahasuci Allah dari hanya memiliki 20 Sifat sahaja. Sifat Sifat Allah itu terlalu banyak untuk diketahui manusia.

Yang wajib saorang Islam itu tahu hanya 20 . Itulah maksudnya. Ini adalah kerana otak manusia itu iaitu akal dan ingatannya terhad. Yang menghadkan ialah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.