Pages

Jumaat, 21 April 2017

AMALAN SETELAH BANGUN DARI TIDUR

Jumaat
Penghulu Segala Hari
24 Rejab 1438H
21 April 17

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasulullah SAW

AMALAN SETELAH BANGUN DARI TIDUR

Hadis dan huraian

Riwayat:  Muslim
     
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.
Sebagaimana maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan di sepanjang hari. Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya' dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu. Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT.

Tazkirah

MEREKA YANG ZALIM AKAN DIHAPUSKAN OLEH ALLAH SEHINGGA TERPUTUS
KETURUNANNYA

      Firman Allah SWT

فَقُطِعَ دَابِرُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ  ۚ 

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya.

Surah Al-An'am ayat 45

ٍآمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
جزاك اللهُ خيراً ً

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.