بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل عل محمد وعل اله وصحبه وسلم
BAHAYA LIDAH
APA akan berlaku pada setiap PAGI atas tiap2 diri manusia yg kebanyakan manusia itu tidak sedar ketika angguta tubuhnya sedang berkomunikasi dgn LIDAH?
Adalah lebih baik bagi kita sekurang2nya mengetahui apa yg akan berlaku pd setiap PAGI agar kita lebih berwaspada dan berhati2 dgn penggunaan LIDAH bila kita memulakan perbicaraan kita di hari itu.
"Ketika seseorang memasuki pagi yg hening, seluruh angguta tubuhnya akan berlutut merayu kpd LIDAH seraya berkata, "Hendaklah engkau bertaqwa kpd Allah kerana kami sangat bergantung kpd engkau. Apabila engkau beristiqamah kami pun sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan kami pun turut menyimpang" (hadis riwayat Termizi).
Bertaqwa bererti memelihara diri dari jatuh ke dalam dosa2 kecil dan besar. Itulah permohonan angguta lain kpd lidah agar bertaqwa serta beristiqamah iaitu mengekalkan ketaqwaan itu sepanjang hari itu.
Tak guna bertaqwa pagi kemudian tengahari buat maksiat, tiada istiqamah. ISTIQAMAH ialah "mengekalkan" kebaikan itu dgn menghindari & menjauhkan dirinya dari perkara2 KEJI yg boleh terjadinya KUFUR & MAKSIAT atas dirinya.
Kerana apabila lidah memulakan bicara, dan sekiranya bicaranya itu maksiat maka seluruh angguta lain akan menjadi maksiat dan balasannya azab; dan begitulah sebaliknya dgn kebaikan dan kebajikan.
LIDAH ITU TIDAK BERTULANG.
Semua huruf bisa diperkatakannya. Dan dari huruf2 yg sama melahirkan pula kata2 yg boleh jadi elok atau buruk. Huruf2 inilah yg akan membentuk suasana baik atau buruk dan huruf2 ini jugalah yg akan mengundang malaikat atau syaitan2 kerana pada huruf2 dan kalimah2 ini menunggunya salah satu dari keduanya.
Umpamanya bila lidah menuturkan kalimah "ALLAH" itu berulang kali malahan sehingga beribu kali maka sudah pasti yg menjaga kalimah itu (khadam) adalah malaikat2 kerana pada kalimah itu ada nur kerana ia kalimah Allah; langsung yg mendatangi lidah itu adalah dari cahaya kebaikan dari kalimah itu yg di bawa dan dijaga oleh malaikat2.
Maka kebaikanlah yg akan diperolehi oleh pengucap itu. Dan syukurlah angguta tubuh yg lain juga turut mendapat kebaikan dari ucapan lidah itu.
Begitulah juga apabila lidah menuturkan huruf2 yg digabungkan lalu membentuk dan berbunyi seperti "celaka" dsbnya yg sifatnya jahat, fitnah, umpat maka ia mengundang kemurkaan Allah. Maka turunlah azab yg berbentuk maknawiyah iaitu keluh kesah, gelisah, resah, kesukaran, tamak, haloba, rindu dunia dsbnya.....jauh dari hidayah pertunjuk (sehingga ia kembali bertaubat).
Maka di sisi kata2 keji dan sia sia itu adalah iblis dan setan2 yg menunggu dan menjadi "khadam" keburukan, yg bersamanya cahaya "zulmah" (cahaya kegelapan) yg mengajak, membawa dan membimbing pengucapnya itu kpd kufur, maksiat, munafiq, fasiq dan zalem. Maka jadi celakalah para pembicara keburukan itu kerana seluruh anggutanya yg lain turut menjadi celaka sptmana lidahnya yg mendapat kecelakaan.
Ayyuhai anak2 ku, teman dan taulan ku. Bagaimana nak pelihara lidah sekiranya hati juga jahat?
Lidah bukan raja, yg jadi raja ialah hati. Hati/An-Nafsu yg baik adalah dari "Al-Mutmainnah" (Rodhiah, Mardhiah & Kamaliah); sifat2 ini mulia, paling mulia, agung mulia dan maha mulia. Sifat ini memiliki khuluq/akhlak yg mulia. Mengajak kpd kebaikan dan hasanah; mencapai darjat SOLEHIN, SHIDDIQIN, MUKMININ.
"Sungguh dalam dirimu terdapat akhlak yang mulia”. (QS Al-Qalam:4)
Manakala kata hati/nafsu yg jahat adalah dari An-nafsu Ammaratun bissu). Sifat Nafsu Ammarah suka dan senantiasa mengajak kpd sifat2 atau perangai buruk lagi keji kerana ia darjat nafsu munafiq, HINA, paling hina lagi agung hina; maka darjatnya itu FAASIQIN, MUSYRIKIN, MUNAFIQIN, KAAFIRIN, ZOLIMIN...na'uzubillahi min zaalik.
Tempat terbit kata2 lidah adalah arahan nafsu/hati. Jadi peranan lidah hanya bertutur sdgkan arahan itu adalah dari nafsu yg dicela syarak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.