๐ >โญ *ุงููุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู.ู.*๐ซ
โจ *ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ๏ทฒ ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
..*๐
*๐บุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ุนูุจูุฏููู ููุฑูุณูููููู ุงููููุจูููู ุงูุฃูู
ูููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ููุณููู
๐น*
ู
*TADZKIRAH SENJA*
*BERSANGKA BAIK (HUSNUZON)*
Bersangka baik adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam. Ianya boleh mengelakkan dari menuduh seseorang dengan sesuatu yang tidak baik. Bahkan natijah dari bersangka buruk akan mengundang fitnah dan mengumpat.
Al Quran menjelaskan larangan bersangka buruk sebagai bukan dari amalan orang yang beriman. Firman Allah SWT
*๐ ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู ููููุง ุงุฌูุชูููุจููุง ููุซููุฑูุง ู ูููู ุงูุธููููู ุฅูููู ุจูุนูุถู ุงูุธููููู ุฅูุซูู ู ููููุง ุชูุฌูุณููุณููุง ููููุง ููุบูุชูุจ ุจููุนูุถูููู ุจูุนูุถูุง ุฃูููุญูุจูู ุฃูุญูุฏูููู ู ุฃูู ููุฃููููู ููุญูู ู ุฃูุฎูููู ู ูููุชูุง ููููุฑูููุชูู ูููู ููุงุชูููููุง ุงูููููู ุฅูููู ุงูููููู ุชููููุงุจู ุฑููุญููู ๐*ู
*๐ฅ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani ๐*
[Surah ke 49 Al Hujurat ayat 12 Juz 26]
Antara kelebihan bersangka baik adalah:
1. Menghindarkan penyakit jiwa yang mengundang buruk sangka dan hilang kepercayaan.
2. Mengeratkan perhubungan sesama muslim.
3. Memudahkan untuk menghulurkan bantuan apabila diminta pertolongan.
4. Membersihkan hati dari titik hitam yang menyebabkan hati dalam kekotoran.
5. Mewujudkan rasa syukur dengan kelebihan yang diberikan Allah kepada orang lain.
Khalifah Umar bin Khattab r.a. menyatakan,
*๐ฟโJanganlah kamu menyangka dengan satu perkataan pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.โ๐ด*
ู
*๐ ุงูุชูููู ุงููููฐูู ุญูููุซู ู
ูุง ููููุช๐ท*ู
*๐ป๐ฟIttaqillah Haitsumma Kunta (Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Dimanapun Kamu Berada Berada)โ๐ธ*
ู
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.