Diceritakan juga di dalam kitab I'anah bahawa pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan, terdapat seorang pemuda yang tampan di Syam yang asyik menunggang kudanya.
Pada suatu hari, ketika sedang menunggang kudanya, tiba-tiba kuda tersebut menjadi liar dan tidak dapat dikawal sehinggalah ia memasuki ke dalam kawasan larangan dan sampai ke pintu rumah Khalifah.
Lalu kuda tersebut melanggar putera khalifah sehingga menyebabkan putera Khalifah tersebut meninggal dunia.
Apabila berita kematian putera Khalifah sampai kepadanya, maka pemuda tersebut diperintahkan mengadapnya.
Ketika tentera Khalifah pergi menangkapnya , tiba-tiba terlintas di hati lelaki tersebut untuk bernazar:
" Sekiranya Allah melepaskan aku daripada perkara yang buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri yang besar untuk menyambut hari Keputeraan Rasulullah SAW".
Ketika pemuda itu sedang mengadap Khalifah, tidak semena-mena kemurkaan Khalifah menjadi reda dan hilang, malah Khalifah tersenyum memandang pemuda tersebut.
Khalifah pun berkata : "Adakah kamu mempunyai ilmu sihir ? Jawabnya : " Demi Allah, tidak wahai Amirul Mukminin ".
Maka Khalifah berkata : " Beta telah mengampunkan kamu, tetapi katakanlah kepada beta apakah yang telah kamu katakan tadi".
Maka katanya : " Aku telah berkata : Sekiranya Allah melepaskan aku dari peristiwa buruk ini, nescaya aku akan mengadakan kenduri menyambut Maulid Nabi SAW".
Maka Khalifah pun berkata : " Aku telah mengampunkan kamu dan ambillah wang sebanyak seribu dinar ini untuk kamu mengadakan kenduri maulid Nabi SAW , dan aku telah halalkan darah anakku daripada kamu".
Maka pemuda tersebut pun keluar. Dia telah dibebaskan dari hukumannya dan diberikan wang sebanyak seribu dinar dengan keberkatan Nabi SAW ".
Al ' Allamah Abu Bakar Uthman ibn Muhammad al Bakri , Hasyiah I' anah al Tolibin jilid 3, H: 608-609.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.