Kisah Nabi Daud as dan Zikir Katak
Nabi Daud diberikan suara yang hebat oleh Allah s.w.t. apabila baginda berzikir bergemalah suaranya yang diikuti oleh gunung-ganung. Ini di tegaskan Allah SWT dalam Al-Quran :
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman):
"Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama Nabi Daud, wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan Kami juga telah melembutkan besi baginya - (QS 34:10)
Satu ketika baginda merasa ujub (hebat) dengan banyaknya jenis zikir yang mampu dilafazkannya. Lalu Allah s.w.t. mengutuskan malaikat Jibril yang memberitahunya “Allah menyuruh kamu mendengar katak berzikir”.
Tercengang Nabi Daud setelah mendengar perkataan zikir katak itu, lalu baginda menyesal dan merasakan bahawa zikir katak itu lebih hebat daripada zikirnya.
Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Sayyidina Anas daripada Sayyidina Malik sesungguhnya Rosululloh S.A.W telah bersabda
“ Sesungguhnya Nabi Dawud A.S telah menyangka pada dirinya sendiri bahawa tidak ada seorang pun dari mahluk Allah yang bertasbih melebihi tasbihnya,
Maka Allah menurunkan seorang malaikat di mihraba Nabi Daud a.s. kemudian Malaikat itu berkata “ Wahai Daud fahamilah apa yang disuarakan oleh katak, dengarkanlah suaranya sesungguhnya katak tersebut mengucapkan :
YA MUSABBIHA BI KULLI LISANIN WA YA MADZKURA BI KULLI MAKANIN SUBHANAKA WA BI HAMDIKA SUBHANAL MALIKIL QUDDUS WA MUNTAHA ILMUKA .
(Wahai zat yang disucikan oleh tiap-tiap lisan wahai zat yang diucapkan di tiap-tiap tempat maha suci engkau ya Allah, maha suci dengan segala pujimu ya Allah, Maha suci Allah yang maha memiliki segenap kesucian dan ilmu engkau ya Allah yang tiada akhirnya.
Zikir katak jugalah yang membesarkan bumi ini dengan izin Allah s.w.t. Setelah Allah SWT menciptakan bumi ini daripada air yang dibekukan di atas air hingga terbentuklah tanah, kemudian dia menciptakan katak. Lalu katak ini berzikir sehingga permukaan bumi yang kecil ini dibesarkan oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.