MALAIKAT vs SYAITAN
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya.
Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya , " Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? " Baginda menjawab , " Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata cacian lelaki itu.
Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang ada Syaitan duduk di situ.”
[ Hadith riwayat Abu Dawud]
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam.
(HR Bukhari)
Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka.
(HR Ibnu Hibban)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.