Pages

Jumaat, 12 Mei 2017

Tawadu' bermaksud merendah diri menundukkan hati

Tawadu' bermaksud merendah diri menundukkan hati, menyerahkan kelebihan diri hanyalah kepada Allah

Lawan tawadu' adalah takabbur iaitu angkuh dan sombong, lupa akan kelebihan diri adalah nikmat Allah

Sikap takabbur adalah sifat Iblis laknatullah yang engkar perintah Allah agar tunduk kepada Adam walaupun Azazil ini penghulu segala malaikat, diriwayatkan setiap penjuru langit penuh kesan tinggalan sujud Iblis kepada Allah, akhirnya dikeluarkan dari syurga dan dilaknat hingga kiamat

Demikian juga Firaun yang takabbur mengaku menjadi Tuhan tenggelam kelemasan di Laut Merah

Namrud yang angkuh, ingin berlawan dengan jundullah, mati akhirnya disebabkan hanyalah seekor nyamuk

Abrahah yang sombong direjam dengan batu oleh burung Ababil

Qarun yang bongkak tenggelam ke dalam tanah bersama harta kekayaan yang berkoyan

Justeru berjalanlah di atas mukabumi Allah ini dengan tawadu' merendah diri kerna besok atau lusa akan bersemadi di dalam perut bumi, tika itu hilang segala keegoan dan kesombongan

AnaFakir
15 Sya'ban 1438 H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.