Pages

Sabtu, 3 Jun 2017

JANGAN MENCAMPURI URUSAN ALLAH

JANGAN MENCAMPURI URUSAN ALLAH

PEKERJAAN MEMBERIKAN PIMPINAN, HIDAYAH PETUNJUK IALAH KERJA ALLAH, PEKERJAAN ALLAH MEMBERIKAN PIMPINAN, PETUNJUK DAN HIDAYAH INI DINAMAKAN DENGAN NAMA MALAIKAT JIBRO'IL.

PEKERJAAN ALLAH YANG MEMBERIKAN REZEKI DINAMAKAN DENGAN NAMA MALAIKAT MIKAIL

Firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 97)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

2.Surah Al-Baqarah (Verse 98)

Sesiapa memusuhi Allah dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.

Kita buat kerja yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah saw, Allah akan pimpin serta berikan hidayah petunjuk kepada jalan yang lurus iaitu yang dibersihkan daripada sebarang syirik yang selalu disebut dengan MAKRIFATULLAH

BUKAN KITA MENCAMPURI URUSAN ALLAH DENGAN MENERANGKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG SIFATNYA TIDAK TERTERANGKAN KERANA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MEMBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK

SEBENAR-BENAR ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT IALAH YANG DIBERIKAN PIMPINAN, HIDAYAH SERTA PETUNJUK OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU..

HAQ MEMBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK ADALAH HAQ ALLAH, JADI JANGAN SEKALI-KALI KITA MENCAMPURI URUSAN ALLAH

Hadis Rasulullah saw

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Abu Al Aswad telah menceritakan kepada kami Al Fadll bin Al 'Ala telah menceritakan kepada kami Ismail bin Umayyah dari Yahya bin Muhmmad bin Abdullah bin Shaifi ia mendengar Abu Ma'bad mantan budak Ibn Abbas, berkata, aku mendengar Ibn Abbas berkata,"Dikala Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengutus Mu'adz ke negeri Yaman, Nabi berpesan:

"Wahai Mu'adz, engkau mendatangi kaum ahli kitab, maka jadikanlah materi dakwah pertama-tama yang engkau sampaikan adalah agar mereka mentauhidkan Allah ta'ala.

Jika mereka telah sadar terhadap hal ini, beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan lima shalat kepada mereka dalam sehari semalam.

Jika mereka telah shalat, beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan zakat harta mereka, yang diambil dari yang kaya, dan diberikan kepada yang miskin,

dan jika mereka telah mengikrarkan yang demikian, ambilah harta mereka dan jagalah harta mereka yang kesemuanya harus dijaga kehormatannya."

Dari Hadis Rasulullah saw diatas

Cuba kita lihat Rasululullah saw mengarahkan secara berperingkat-peringkat jika sudah selesai dikerjakan dengan satu barulah diarahkan dengan mengerjakan rukun yang satu lagi ...

TALQIN DZIKIR, YANG TIDAK TERPUTUS SANADNYA SAMPAI KEPADA RASULULLAAH

Hadits Riwayat Thabrani dan Baihaqi

‎عن علي كرم الله وجهه قلت: يا رسول الله، أي الطريقة أقرب إلى الله وأسهلها على عباد الله وأفضلها عند الله تعالى؟ فقال: يا علي، عليك بدوام ذكر الله. فقال علي: كل الناس يذكرون الله. فقال صلى الله عليه وسلم: يا علي لا تقوم الساعة حتى لا يبقى على وجه الأرض من يقول الله الله. فقال علي: كيف أذكر يا رسول الله؟ فقال صلى الله عليه وسلم: غمض عينيك واسمع مني ثلاث مرات، ثم قل مثلها وأنا أسمع. فقال صلى الله عليه وسلم: لا اله الا الله، ثلا ث مرات مغمضا عينه، ثم قالها علي كذالك.

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

DIDALAM HADIS YANG LAIN

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Dimulakan dengan mentauhidkan Allah, setelah mereka telah mentauhidkan Allah barulah memberitahu mereka Allah telah mewajibkan solat lima waktu keatas mereka..

Yang perlu diberikan tekanan bukan sekadar dibicarakan secara sambil lalu sahaja, sebenarnya ibadah yang perlu kita lakukan sendiri (sebab dimasa dan ketika masih syirik kita masih lagi merasakan keberadaan diri sendiri - itulah yang dikatakan yang perlu kita lakukan sendiri). Ialah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid dengan melaksanakan perintah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang syirik iaitu dengan menunaikan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Setelah diri sendiri terbunuh (sudah bersih daripada sebarang syirik bukanlah merupakan kerja kita lagi, kita sebut kita tetapi kita itu bukanlah kita lagi..

Itu sudah dijamin oleh Allah sendiri dan merupakan satu jalan lurus yang tetap akan dipelihara oleh Allah dan sudah tentu Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus..

Firman Allah

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

Kerja kita hanyalah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau bersih daripada sebarang syirik atau makrifatullah untuk membunuh diri kita sendiri (diri kita yang selama ini disangka ada).. iaitu hilang keberadaan atau keakuan diri kita sendiri.

Setelah diri yang disangka ada itu sudah terbunuh, keseluruhan perjalanan kehidupan, bukan lagi merupakan tanggung jawab diri yang disangka ada, tetapi segalanya terserah kembali kepada Allah yang mentadbir keseluruhan Alam...

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

19.Surah Maryam (Verse 65)

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

20.Surah Ţāhā (Verse 14)

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.

8.Surah Al-'Anfāl (Verse 17)

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

2.Surah Al-Baqarah (Verse 115)

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri, maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

16.Surah An-Naĥl (Verse 22)

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16.Surah An-Naĥl (Verse 51)

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana  sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Tanggung jawab diri yang disangka ada hanyalah bunuh diri yang disangka ada itu, dengan melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, sesudah diri yang disangka ada itu telah dibunuh, itu bukan lagi menjadi beban tugas diri yang disangka ada itu kerana diri yang disangka ada itu sudah terbunuh hasil daripada melakukan perintah Allah untuk bertaubat daripada sebarang syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" atau "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

Kerja sebenar kita yang disangka ada ini adalah untuk melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada sebarang syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Kita hanya perlu belajar tentang bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid dengan melakukan cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"... Allah yang akan pimpin kejalan yang lurus dengan memberikan hidayah petunjuk..

Setelah diri yang disangka ada itu telah terbunuh tidak akan ada lagi diri yang disangka ada itu, yang ada sebenarnya Allah sahaja yang sedang mencipta dan mentadbir akan zat, sifat, nama dan perbuatanNya

Langsung tidak ada campurtangan daripada makhlok (yang selama ini yang telah disangka ada)... Dah bersih daripada sebarang syirik

Kita sebenarnya hanya perlu menumpukan tentang bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu, dengan kaedah yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya sahaja..

76.Surah Al-'Insān (Verse 29)

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

CONTOH APA YANG PERLU DILAKUKAN TENTANG BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH MENGIKUT FIRMAN ALLAH

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

MACAM MANA NAK MENYEBUT ALLAH SEPERTIMANA YANG DITUNJUKI OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN

MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 9)

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia;  maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

CARA UNTUK MELAKSANAKAN

PEJAMKAN MATA KAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN KITA KEPADA KEBERADAAN YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, (JANGAN DIRASAKAN KEBERADAAN YANG SEDANG DIRASA SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN JANGAN JUGA DISANGKA KEBERADAAN YANG SEDANG DIRASA ITU SEBAGAI ASA ALLAH) ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ADA YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAI HANYA DENGAN

TONGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT DAN SEBUTKAN ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

SEBUT NAMA ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA HENDAKLAH DISERTAI DENGAN RASA PERASAAN YANG SEDANG TERTUMPU KEPADA RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, BUKAN DIDALAM KEADAAN LALAI. (MAKSUDNYA SUPAYA BERLAKU KEDUA-DUA PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH "SEBUTLAH NAMA TUHANMU SERTA TUMPUKANLAH KEPADANYA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADANTA" PADA ATAU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA...

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN KEPADA TURUN NAIKNYA PERNAFASAN (SIFAT HIDUP) YANG SEDANG DIRASAI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT HIDUP YANG DIRASAI DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU ADALAH SIFAT HIDUP ALLAH DENGAN HANYA TONGKATKAN LIDAHMU DAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN KEPADA FIKIRAN YANG SEDANG BERLAKU (ILMU) DENGAN SEPENUH TUMPUAN, ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT TAHU YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH SIFAT TAHU ALLAH HANYA DENGAN TONGKATKAN LIDAHMU SERTA MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASA KEPADA GERAK DAN DIAM (KUDRAT DAN IRIDAT) YANG SEDANG DIALAMI DENGAN SEPENUH DAN SEBULAT TUMPUAN, ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT QUDRAT DAN IRODAT YANG SEDANG DIRASAI ITU ADALAH SIFAT QUDRAT DAN IRODAT ALLAH HANYA DENGAN MENUNGKATKAN LUDAH KELANGIT-LANGIT SERTA MENYEBUT ALLAH DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA.

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA PENGLIHATAN YANG SEDANG DILIHAT, ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT PENGLIHATAN YANG SEDANG DISEDARI ITU ADALAH SIFAT BASOR ALLAH HANYA DENGAN TONGKAT LIDAH KELANGIT-LANGIT, DALAM MASA TANG SAMA HENDAKLAH MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA...

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEPENUH TUMPUAN KEPADA PENDENGARAN YANG SEDANG DIDENGAR, ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT PENDENGARAN YANG SEDANG DIDENGAR ITU ADALAH SIFAT SAMA' ALLAH HANYA DENGAN TONGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT, DIDALAM SATU MASA YANG SAMA HENDAKLAH MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

PEJAMKAN MATAMU - TUMPUKANLAH RASA PERASAAN KEPADA APA YANG SEDANG DIPERKATAKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA ADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA PERKATAAN YANG SEDANG DIPERKATAKAN ITU ADALAH SIFAT KALAM ALLAH HANYA DENGAN TONGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT DAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

PRAKTIKAL SEPERTI DIATAS ADALAH MENUNJUKKANN KITA SEDANG MENGAPLIKASIKAN

LAA MAUJUDUN, LAA HAIYUN, LAA ' ALIMUN, LAA KHODIRUN LAA MURIDUN LAA BASIRUN LAA SAMI'UN LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQQI ILLALLAH KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA...

PERBUATAN (MEMEJAMKAN MATA) ADALAH PERBUATAN SEDANG MENUMPUKAN RASA PERASAAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASAI SAMBIL MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA DIDALAM KEADAAN MENUNGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT ADALAH PERBUATAN YANG MENUNJUKKAN SEDANG BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH...

INI BELUM LAGI BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH....

KITA TIDAK MENGULANG-NGULANG MEMPERKATAKAN "LAA MAUJUDUN, LAA HAIYUN, LAA ' ALIMUN, LAA KHODIRUN LAA MURIDUN LAA BASIRUN LAA SAMI'UN LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQQI ILLALLAH"

KEMUDIAN KITA ANGGAP PULA APA YANG DIPERKATAKAN "LAA MAUJUDUN, LAA HAIYUN, LAA ' ALIMUN, LAA KHODIRUN LAA MURIDUN LAA BASIRUN LAA SAMI'UN LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQQI ILLALLAH" AKAN MENJADI PEGANGAN ARAU IKTIQAD TAUHID KITA...

Jika kita melakukan sebegini bermakna kita sedang berprasangka bahawa dengan mengulang-ngulang memperkatakan ilmu yang kita ketahui "LAA MAUJUDUN, LAA HAIYUN, LAA ' ALIMUN, LAA KHODIRUN LAA MURIDUN LAA BASIRUN LAA SAMI'UN LAA MUTAKALLIMUN BIL HAQQI ILLALLAH" kemudian kita menyangka apa yang kita ucapkan itu yang akan bertukar menjadi pegangan atau iktiqad tauhid kita..

Kita hanya melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Allah yang akan tunjukkan penyaksian dan pengakuan kepada Allah, bukan kita mencampuri urusan Allah dengan mengaku-ngaku yang kita sudah tiada yang ada hanya Allah..

JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 7)

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

Setelah kita mengetahui bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid dengan kaedah yang betul, sudah tentulah jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid yang akan dilakukan nanti akan betul sepertimana yang telah dikehendaki....

Setelah betul melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid maka akan bersihlah dari sebarang syirik, akan kembalilah segala-galanya kepada Allah sepertimana asalnya...

34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri akan disaksikan dan diakui sebagai sifat ketuhanan milik Allah sahaja, tidak lagi sifat ketuhanan yang ada itu dirasakan sebagai sifat milik diri sendiri lagi... Tidak lagi sekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

Tidak akan ada lagi rasa keberadaan diri sendiri dan rasa keberadaan sesuatu selain daripada Allah yang selama ini yang telah disangka ada,

Kembalilah kepada asalnya iaitu Allah yang sedang mentadbir sekalian alam samada alam kecil atau alam besar....

Jadi sebenarnya semasa sedang merasakan akan keberadaan diri sendiri, tidak perlulah kita berbicara tentang hal dan perkara lain selain daripada mempelajari tentang bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu tentang bagaimana hendak melakukan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang syirik iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

Sebenarnya ini sahaja yang kita perlu pelajari dan lakukan (semasa masih merasakan akan keberadaan diri sendiri serta keberadaan sesuatu selain daripada Allah..)

Jika kita ambil iktibar daripada cerita Nabi Musa hendak melihat Allah juga telah djelaskan oleh Allah

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 143)

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, (didalam keadaan Musa yang bukan Musa lagi), berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Maksud daripada setelah ia sedar semula itu ialah sedar didalam keadaan Nabi Musa yang bukan Nabi Musa Lagi...

Maksudnya setelah Nabi Musa telah hilang kesedaran kepada keberadaan selain daripada Allah (yang dikiaskan kepada hancurnya gunung thursinar) dan hilang kesedaran Nabi Musa kepada keberadaan dirinya sendiri (yang dikiaskan dengan Nabi Musa jatuh pengsan), barulah tajalli Allah akan terserlah yang selama ini tajalli Allah itu tetap sedang berlaku tetapi telah terhijab oleh rasa keberadaan sesuatu selain dari Allah dan keberadaan diri sendiri....

Setelah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, hijab ini akan terbinasa dengan sendiri dan terserlah kembali tajalli Allah yang sentiasa berlaku tersebut...

Kembalilah kita kepada hakikat tauhid yang telah dilupakan selama ini

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:

"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 173)

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"

Lagi firman Allah

Surah Al-Ankabut dari ayat 61 -63

61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"  Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

62. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

63. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad):

"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

#iktiqadtauhid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.