Kisah Ashabis Sabti (Black Sabbath - sabtu yang hitam)
Ibnu
Katsir rah. dalam Al Bidayah wan Nihayah menyatakan kota terjadinya peristiwa
tersebut adalah antara Madyan dengan Thur dan merupakan penduduk Alyah. Negeri
yang subur dengan kurma dan banyaknya hasil laut yang berlimpah. Kota ini
merupakan batas pertama wilayah Hijaz. Penduduknya terdiri dari berbagai bangsa
dan kota ini termasuk dibawah jajahan kerajaan Romawi zaman dahulu.
Allah
dalam firman-Nya:
“Dan
tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut
ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka
ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan
di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka.
Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.” (Al-A’raf
163)
Dalam
ayat ini, Allah memerintahkan Nabi-Nya menanyai orang-orang Yahudi di Madinah,
tentang saudara-saudara mereka yang dahulu menyelisihi perintah Allah sehingga
mereka ditimpa azab kerana perbuatan tipu muslihat (hiyal) mereka dalam
menyelisihi dan agar mereka jangan menyembunyikan kisah-kisah yang tercantum
didalam kitab mereka.
Pada
awalnya, mereka menghormati hari Sabtu dimana mereka diharamkan melakukan usaha
dalam bentuk apa pun. Sementara ikan-ikan banyak berenang dari laut ke tempat
mereka dengan tenang dan aman tanpa diganggu sedikit pun pada hari Sabtu,
sedangkan hari lain, ianya amat berbeza.
Melihat
hal ini, merekapun melakukan tipu muslihat agar dapat menangkap ikan-ikan
tersebut. Mereka memasang tali, jaring serta menggali lubang perangkap kearah
tempat aliran air buat untuk menampung ikan-ikan yang berenang dari laut.
Ikan-ikan itu sudah berada didalam lubang tersebut, terperangkap dan tidak
dapat keluar untuk berenang kembali ke laut.
Mereka
memasangnya pada hari Jum’at dan sedang ikan-ikan datang dan terperangkap pada
hari Sabtu, mereka menutup jalur menuju laut. Manakala pada hari Ahad, mereka
akan mengambil ikan-ikan tersebut.
Akhirnya
Allah murka dan melaknat mereka kerana perbuatan yang mereka lakukan untuk
melanggar perintah-Nya serta apa yang diharamkan-Nya dengan sebuah tipu
muslihat (hiyal). Pada pandangan mata-kasar, seolah-olah mereka tidak berbuat
apa-apa, padahal mereka telah melakukannya suatu penipuan muslihat (hiyal)
untuk melanggar perintah Allah.
Allah
berfirman:
وَسۡـَٔلۡهُمۡ
عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى
ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعً۬ا وَيَوۡمَ
لَا يَسۡبِتُونَۙ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُواْ
يَفۡسُقُونَ (١٦٣) وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةٌ۬ مِّنۡہُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًاۙ
ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُہُمۡ عَذَابً۬ا شَدِيدً۬اۖ قَالُواْ
مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (١٦٤) فَلَمَّا نَسُواْ مَا
ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا
ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٥)
Dan
bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang
letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika
datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada)
mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain,
ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka
(dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (163) Dan (ingatlah)
ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang
Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat
berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah)
untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka
bertakwa. (164) Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang
telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang
daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan
azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
(165
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.