Pages

Selasa, 1 Ogos 2017

TERSESAT DI ALAM JIN.

Alam diri itu sungguh luas.. keluasan nya tiada batasan. ..Sempadan nya hanya lah keupayaan diri bathin itu sendiri.
.
Allah lah yg mentadbir sekelian alam2 ghaib dan alam nyata.. dibumi dan juga dilangit yg tiada siang dan malam itu.
.
Tidak ada istilah siang dan malam dilangit itu. ..Siang dan malam hanya berlaku dibumi.. alam ghaib dilangit bukan alam ghaib disekitar bumi yg rendah ini.
.
Alam ghaib dibumi ini dipenuhi bangsa Jin yg sdh Allah ciptakan pada hari ke empat sewaktu penciptaan alam..
.
Jin2 itu amat2 banyak jumlahnya dan mereka sudah amat lama berada di bumi ini ..lama sebelum manusia pertama tercipta, iaitu Adam AS..
.
Naluri ingin tahu manusia itu boleh menjerat diri sendiri jika dia tidak mengawal naluri tsb.
.
Alam ghaib dan alam nyata itu menempati ruang yg sama di atas bumi dan dibawah matahari.
.
Allah Maha Pencipta telah menciptakan bumi ini wujudnya berlapis-lapis alam masing2 manusia dan alam jin.
.
Alam ghaib yg paling hampir kpd manusia adalah alam jin dan yg paling mudah ditembusi.
.
Di alam tsb jugalah bersarangnya puaka2 dan jembalang2 dibumi ini dan mrk menghuni sehingga dibawah tanah.
.
Syaitan2 bertanduk dan tdk bertanduk, bersayap dan tdk bersayap, yg terbang, terapung,, jin2 sekerat-(berwujud hanya sebelah tubuh dari kepala hgga ke kaki). ..teramat banyak jenis bangsa jin itu dari haiwan2 yg berkata-kata spt manusia, sehinggalah jin yg berwujud seperti manusia yg di gelar bunian,, rijalul2 ghaib dan sejenisnya.
.
Haiwan2 di alam nyata tdk berbual-bicara, tetapi haiwan2 di alam Jin itu berbual-bicara dan punyai akal.
.
Jin ular adalah syaitan, Jin harimau biasanya saka dan punyai kebolehan merawat.. Jin katak, burung dan Jin beruk adalah Jin2 suruhan dlm kerja sihir. ..Jin beruk adalah yg punyai sifat ganas melebihi yg lain.
.
Jika jiwa sorg itu tidak kental, dia boleh pengsan atau mati dikejutkan dengan keadaan di alam Jin yg di huni oleh syaitan2 yg bersifat amat2 jahat tanpa ada sedikitpun belas kasihan kpd manusia. ..meraka jauh lebih kejam dari mana2 manusia2 kejam yg menzalimi haiwan.
.
Alam yg paling sukar ditembusi adalah alam kematian. ..Amat2 jarang sekali terjadi sorg yg telah masukki alam kematian itu dapat kembali ke dunia ..kecuali atas Qudrat dan Irodat Allah sahaja. .
.
Berjinak-jinak dgn alam ghaib adalah berbahaya kpd jiwa2 manusia yg masih punyai tenaga kegelapan didalam dada, iaitu dosa.
.
Pendosa2 berjiwa gelap. ..Jiwa yg gelap dapat dimasukki syaitan2 jin di alam ghaib itu.
.
Dan Jin yg paling berbahaya kpd akhirat se sorg itu adalah jin2 penyesat.
.
Syaitan2 memang akan menyesatkan.. jiwa2 yg mereka sesatkan, akan bersama mereka dineraka.
.
Sukma2 manusia yg disesatkan itu akan diajarkan oleh Jin2 penyesat dgn mangajarkan manusia itu akan ilmu2 menyakiti manusia lain seperti sihir ilmu hitam.. ilmu kebal, ilmu apung(dgn bantuan jin), silat2 sakti yg mencarik adat.
.
Ada juga sukma manusia yg terperangkap di dunia jin itu sehingga dia mati didalam tidur.. kerana salah satu lapisan sukmanya telah tidak dapat kembali ke dunia nyata dimana jasadnya berada.
.
Ada beberapa sebab org mati didalam tidurnya.. tdk semua berpunca dari alam ghaib.. tetapi bagi pengembara2 alam jin yg mati dalam tidur, kerana sukmanya terperangkap atau ditawan bangsa Jin kufur dan diri sukma itu tdk dapat pulang kepada jasadnya yg berada di alam nyata ini.
.
Di alam ghaib, diri sukma itu adalah diri yg nyata.. diri jasad pula seperti diri impian.  ..dan sukma itu tdk mempunyai sifat mati sehinggalah Kiamat besar.
.
Jika kesluruhan diri2 sukma itu terkeluar dari jasad, jasad itu akan mati, dan diri sukma itu tdk boleh mati lagi kerana kerana jasadnya sudahpun mati. (Hanya jasad yg boleh mati.. sukma tdk mati dan tdk dapat mati).
.
Di alam jin, sukma manusia dan Jin, sama ghaibnya,, manusia dan Jin dpt melihat satu sama lain. ..
.
Lazimnya mereka bangsa Jin akan dapat mengesan sesiapa manusia yg masukki alam mereka. ..dan jika jiwa yg masuk ke alam mereka itu bertenaga gelap-(dosa dan nafsu), mereka sudah punyai ruang atau "pintu" masuk ke dalam jiwa manusia itu dan kawali manusia itu.
.
Mereka dapat "tampakkan" gambaran2 hidup tetapi ilusi kpd manusia itu dan manusia itu akan percaya.
.
Tetapi jika sukma manusia itu dilindungi malaikat, dia tdk dapat dilihat oleh sebarang jin sedangkan dia dapat melihat sekelian jin2.. keadaan menjadi terbalik dimana jin dapat melihat jasadnya dialam nyata tetapi tdk dapat melihat jiwa atau sukma manusia tsb di alamnya sendiri.
.
Bertaffakur dapat menembusi alam2 ghaib, tetapi sorg itu harus punyai pembimbing atau guru yg mempunyai pengalaman nya sendiri.
.
Elakkn bertaffakur di dalam keadaan bernafsu dan brdosa..
.
Malaikat akn prgi menjauhi jiwa yg kotor kerana mereka makhluk suci, dn syaitan2 akn hadir pd pentaffakur2 yg berdosa,,
.
Mrk akan paparkn pandangan alam ghaib yg indah tetapi palsu..
.
Dan mrk akn bisikkn janji2 palsu.. ..jika termakan budi syaitan, neraka lah padahnya..
.
Mereka yg menuntut ilmu2 kesaktian dari bangsa Jin2 kafir adalah juga kafir. ..Jin2 Islam tdk akan mengganggu manusia dan tidak akan mengajarkan ilmu2 kesaktian.
.
.
(An-Nahl:43) ..“Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.”
.
.
(Maryam 19:68) ..فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.