Pages

Jumaat, 19 Januari 2018

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI

Kawan yang Pertama :
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak boleh diperolehi.

Kawan kedua :
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga :
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Sahabat juga akan menarik kita ke SYURGA atau ke NERAKA.

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI
INSYA ALLAH KITA AKAN SELAMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.