Pages

Sabtu, 5 Mei 2018

Kisah seorang yang memfitnah seorang ulama

Berhati2 dalam menyampaikan apa sahaja berita. Pastikan dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disampaikan. Kalau terdapat keraguan atau ketidakpastian jangan dipanjangkan.

Ambil iktibar dari kisah ini... mengenai seorang yang memfitnah seorang ulama. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf.

Lalu ulama itu berkata. Dengan suatu syarat. Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam.

Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis. Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf.

Lalu dia melakukannya..Hingga sampai di masjid. Dia berjumpa dengan ulama tersebut.

Wahai Habib. Aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya.

Ulama itu berkata. Nanti bila kamu balik. Kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok. Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang. Ini suruh ambil kembali.

Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya. Keesokan hari. Dia berjumpa dengan Tuan Habib..Tuan..Saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang..Semua telah di terbang angin entah ke mana.....

Lalu habib itu berkata. BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya setelah ia tersebar... Dan terus tersebar...

Aku maafkan kamu.. Bertaubatlah.. Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.... Nah.. Itulah dosa yang jaariah..Dosa fitnah Terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar....

Sanggupkah kita untuk berjumpa dengan orang-orang yang telah disebarkan fitnah demi membetulkan kembali maruah orang yang telah difitnah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.