Pages

Sabtu, 12 Mei 2018

Puasa Syariat, Puasa Rohani Dan Hakekat Puasa

Puasa Syariat, Puasa Rohani Dan hakikat Puasa

Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara2 yang membatalkan puasa  daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat.

Puasa rohani pula adalah selain yang demikian, ditambah lagi dengan memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, baik pada lahir dan batin.

Rusak sedikit saja niat mengenainya maka menjadi rusak juga puasa rohani. Inilah makna atau inti dari ibadah puasa yang sebenar-benarnya.

Nabi s.a.w bersabda, “Banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”.

Puasa syariat ada waktu untuk berbuka, tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan.

Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain.

Untuk itu Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya” .

Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat” .

Orang yang mengenali agama sebatas syariat sahaja mengatakan, kesukaan yang pertama itu ialah saat ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah ketika melihat tanda bulan Syawal yang menandakan hari raya.

Sedangkan Orang yang mengetahui makna atas ibadah puasa akan mengatakan bahwa kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan makna dari suka “apabila melihat’’ ialah ketika dapat melihat Allah dengan mata hati.

Tapi ada yang lebih berharga daripada dua jenis puasa tadi, Yaitu puasa yang sebenarnya puasa hakikat , yaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah .

Puasa ini dilakukan dengan membutakan mata hati terhadap semua wujud, kecuali Allah, baik yang ada di alam dunia dan di akhirat kelak. Tidak ada yang dapat mengisi hatinya dengan cinta, melainkan kecintaannya kepada Allah, walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, tetapi dia akan jadikan cinta pada manusia itu hanya karena Allah.

Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika setitik saja daripada “sesuatu” itu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat.

Ketika itu terjadi maka seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di dunia dan akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.