Pages

Jumaat, 10 Ogos 2018

Poket Kosong

Poket Kosong

Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan:

Hati-hati dengan poket yang kosong

Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) poket kosong

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti)
poket kosong

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) poket kosong

Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket kosong

Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) poket kosong

Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu poket kosong

Pada akhirnya kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong, kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)

1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, bukankah perdagangan Allah itu mahal

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. bukankah perdagangan Allah itu mahal

Sanggup membaca beratus-ratus mesej _(whatsapp, fb dll)_ setiap hari,  namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran  dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca...
bukankah perdagangan Allah itu mahal

Sedikit yang mau menyebarkannya kerana merasa berat dan tak guna.

Tanamkan di fikiranmu bahwa Allah selalu melihatmu. Dan engkau menyebarkannya keranaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.