Pages

Memaparkan catatan dengan label bai'ah dua kalimah syahadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bai'ah dua kalimah syahadah. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mei 2015

Talkin Syahadah

Salamun Qadirun Ya Allah hu Ya Basirun Ya Makrifatullah! Assalamualaikum wahai sahabat! Marilah kita bersama merenung dan berfikir sejenak akan hal Talkin/Bai'ah/Akad Dua Kalimah Syahadah. Salah seorang daripada 6 orang Imam Hadith, iaitu Abu Daud As-Sajistani. Beliau menghafal 500,000 hadis sahih. Beliau memampatkan (compress) hadis yang sebanyak itu menjadi 4,800 hadis. Katanya: memadailah dengan 4 hadis untuk kamu faham / reti akan agama Islam. yang pertamanya: “innamal a’ma lu binniyyat” mafhumnya:‘bermula segala amal itu dengan niat’. Jadi niat itu amat mustahak ! Jadi hendaklah kita ambil faham. Niat fardu yang paling utama sebelum datang niat2 yang lain? Kita solat dah, kita puasa dah, kita keluar zakat dah, kita tunai haji dah... apa lagi fardhu yang kita tak buat ? apa hukum dia ? contoh: kita ada duit, kita berkira2 dengan barang yang kita nak beli. Nak beli peti ais, perabut, TV dll tetapi rumah tak ada lagi. Hadis dari At-Tabroni dan Ibnu Majah : “man ma ta walaisa fi ‘uluqihi bai’atun ma ta mi tatan jahiliyyati” Mafhumnya: barang siapa diatas pundaknya tidak pernah menerima baiah (yakni menerima syahadah dengan niat memfardhu agama ke atas diri) maka matinya seperti mati jahiliyyah. Jadi terimalah talqin syahadah dengan niat menfardhukan agama ke atas diri barulah jatuh taklif syarak ke atas diri. Bukan semua orang boleh beri agama, yang boleh mengajar hal agama Islam ramai. Tetapi yang boleh memberi agama sangat sedikit. Agama Islam ini ada pewarisnya yang berhak. Pewaris yang menerima pusaka secara berhak dan beramal dengan barang yang dipusakai itu sajalah yang berhak memberi agama / memberi talqin syahadah. Barulah sempurna menunaikan fardhu – fardhu yang lain kerana kita sudah ada rumah. Syahadah itu adalah rumah untuk simpan amalan – amalan kita. Bila dah ada rumah barulah sesuai kita menghias dia dengan apa – apa isi yang sesuai selari dengan buat apa yang disuruh oleh Allah Tala dan tinggal apa yang dilarangNya. Buat yang fardhu dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib. Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, “Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?”. Ramai akan menjawab “semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat). Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam ‘Rukun yang Kedua’. Kerana jika ‘Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu’, maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima. Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua? Kalau ditanyakan kepada seorang mualaf, beliau dapat menjawab dengan tepat mengenai waktu, tarikh, tempat, penalkin / pembaiah Dua Kalimah Syahadah serta saksi – saksinya sekali. Tetapi kita ?? Tanyalah Ilmu dan Iman kita ! Jadi bilakah kita bersyahadah ? Islam baka kah (Taqlid / ikutan) kita, atau Islam Pusaka (Pegangan / anutan)? Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi azan dan iqamah. Apakah kita semasa bayi (secara adatnya) memahami apa yang telah dilakukan kepada kita? Ada pula yang berkata “semasa kita berada di alam ruh” (sebelum turun kealam missal, ijsam dan insan. Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan ataukah nanti orang yang akan mengingatkan semasa kita lahir dan dewasa serta tua di dunia ini? Ada yang bersyahadah sendiri... tanpa saksi? tanpa Pengesahan Pembaiah /Penalkin? Ada yang berkata semasa hendak meninggal. Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar“La ilaha illalLah” tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah “Asy haduan la ilaha illallah, wa asy haduan anna Muhammadar Rasulullah”. Kenapakah Rasulullah SAW membai’ah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali? Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu – fardhu yang lain? Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini? Fikir dan renungkan se dlm2nya dan carilah jawapannya di lubuk hati yg paling dlm. JawapanNya ada di sana. Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayahNya. Aamiin ya rabbul alamin.

DUA KALIMAH SYAHADAH - Kalimah Persaksian

DUA KALIMAH SYAHADAH - Kalimah Persaksian


DUA KALIMAH SYAHADAH. Paling mudah untuk dimengertikan, kalimah sebagai perjanjian yakni ambil janji (bai'ah) dengan dua kalimah syahadah untuk menjadi Islam. Perjanjian iktiqad didalam hati, disebut dengan lisan dan diperlakukan dengan perbuatan. Sebuah perjanjian yang disaksikan, dipersaksikan serta menyaksikan. Sesudah itu maka benarlah seseorang itu memasuki Islam mengikut pintunya yang pertama.

Hendaklah berkalimah syahadah terlebih dahulu sebelum mengerjakan segala rukun wajib yang diperintah untuk mengerjakan amal makruf dan meninggalkan nahi mungkar bagi seseorang yang mengakui Islam adalah agamanya. Umpama mendirikan sebuah rumah kalimah syahadah adalah merupakan tapak konkrit (foundation) sebelum mendirikan bahagian bahagian lain sehingga menjadilah sebuah rumah. Sembahyang itu adalah tiang agama dengan menyusul puasa, zakat fitrah dan mengerja haji maka sempurnalah Rukun Islam yang lima itu. Terbinalah Islam seseorang itu pada dirinya.

Bicara Khalifahhimpass mahu menjurus kepada dua kalimah syahadah sahaja pada kali ini. Ringkasan dari sabda Nabi saw - ' setiap bayi yang lahir itu sifatnya adalah fitrah (bersih dan suci) Terpulanglah kepada ibu bapanya menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi 'Persoalannya, mengapa Nabi saw tidak menyebut Islam disini? Sebenarnya Nabi saw bermaksud bahawa setiap kelahiran bayi itu sama sahaja samada dia dari keturunan Melayu, Arab, Cina, India dan sebagainya. Bermaksud keturunan apa pun setiap bayi itu bersih dan suci dari dosa pahala.

Setiap kelima lima Rukun Islam ini ada syarat hukum sah dan batalnya. Mengucap dua kalimah syahadah adalah titik bermulanya seseorang itu menganut Islam sebagai agamanya. Rukun untuk mengucapkan kalimah syahadah adalah baligh dan berakal. Ini bermakna apabila seseorang itu baligh lagi berakal maka barulah dia berhak menentukan agama anutannya. 

Apabila tiba waktu seseorang itu baligh dan berakal maka perlulah membuat peristiharan untuk dia menjadi penganut Islam. Tidak ada istilah dia mewarisi agama Islam ini dari keturunannya semata mata. Automatik menjadi Islam kerana ibu bapa dan nenek moyang mengamalkan kerja buat ajaran dan amalan Islam tidak menjadikan dia Islam disisi Allah swt. Jika sedemikian maka inilah yang disebut sebagai agama ikut ikutan, agama celupan, ngaku ngaku sahaja, agama nenek moyang, agama tradisi atau pun agama keturunan (baka)

Golongan seumpama itu disebut Allah SWT didalam fimanNya yang bermaksud - 

Q.S Yusuff 12 " Kamu tidak menyembah yang selain Allah, kecuali hanya (menyembah) nama nama yang kamu dan nenek moyang mu membuat buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui ", 

Q.S al Anfal 35 " Sembahyang mereka disekitar Baitullah itu lain tidaknya hanyalah siulan dan tepukan tangan, maka rasakanlah azab disebabkan kekafiran mu itu " 

dan Q.S al Maun 4 & 5 " Maka kecelakaanlah bagi orang orang yang solat, (yaitu) orang yang lalai dari solatnya "
Mana mungkin Allah menerima amalan amalan kerja buat Islam itu sedangkan seseorang itu belum masuk Islam kerana tidak mengucap dua kalimah syahadah seperti yang sewajarnya. Kerja dan amalannya adalah ikut ikutan semata kerana keIslamannya tidak berada sisi Tuhan! "INNADDINA'INDALLAHHILISILAM - Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam " 

Sesungguhnya adalah wajib seseorang itu bersyahadah untuk menjadi Islam apabila telah baligh dan berakal. Maka berlakulah kerja buat rukun Islam yang pertama. Masuklah seseorang itu kepada Islam melalui pintu pertama apabila sudah bersyahadah. Apabila sudah masuk Islam maka turunlah perintah kepadanya untuk menunaikan solat, puasa, berzakat dan mengerjakan haji. Berlakulah kewajiban baginya untuk mengamalkan ajaran Islam keseluruhannya didalam kehidupan, asal serah janji dahulu ......

Oleh yang demikian ambillah janji (bai'ah) berkalimah syahadah itu dengan sempurnanya kerana Allah telah berfiman, mafhum Q.S Maryam 87 " Mereka tidak berhak mendapat syafaat (pertolongan) kecuali orang yang telah mengambil janji disisi yang Maha Pengasih "

Khalifahhimpass semata mengkhabarkan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Tiada maksud penyelewengan apa lagi kepentingan pribadi, segalanya adalah berlandaskan kalamullah, al Quran nulkareem. 

Maksud Q.S al Hijr 89 " Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya memberikan peringatan yang nyata " InsyaAllah diruangan lain(DUA KALIMAH SYAHADAH - Kalimah Persaksian siri II) akan diperjelaskan dengan lebih detail perkara berkaitan.

Disamping itu Khalifahhimpass mengajak pengunjung untuk berajin dan selalulah membaca, mentelaah dan memahami al Quran. Mahfum firman Allah SWT - 

Q,S al Baqarah 121 " Orang orang yang Kami turunkan Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan sebenar benarnya membaca, mereka itu beriman kepada kitab itu; dan siapa yang engkar akan dia, mereka itulah orang yang rugi "

Sekian, WASSALAM