Pages

Memaparkan catatan dengan label hindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hindu. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Ogos 2015

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?
 
Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as itu maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina. Sila lihat Surah Al-Baqarah yang bermaksud Lembu/Sapi Betina. Apabila Nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.
 
 
 
Tuhan lembu bagi penganut Hindu
 
Di sinilah Yahudi Samiri memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum Hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yang memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum Hindu di India dan terus sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama Hindu yang menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan oleh penganut-penganutnya.
 
(Rujukan: http://warisanlukmanulhakim.blogspot.com/)

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?
 
Semasa berada di Oman, ketika bersama seorang rakyat Malaysia baru-baru ini, beliau yang telah bekerja di negara kesultanan itu ada menyebut dan memberitahu tentang kebimbangannya, terdapat sebuah kuil ditengah-tengah bandar Muscat.
 
Katanya, pada awalnya, ketika tanah itu mula dibangunkan sebagai kuil, ia berada di pinggir bandaraya itu, namun apabila pembangunan baru dilaksanakan, kini kuil itu terletak ditangah-tengah Muscat.
 
Seorang rakan misi mencelah, ia adalah bertepatan dengan hadis nabi SAW yang memberikan gambaran, bahawa tidak akan datang har kiamat selagi orang tidak menyembah berhala seperti lat dan uzza, di semananjung Arab.
 
IMG-20150825-WA0066
 
Rupanya bukan sahaja di Oman, bahkan di Emiret Arab Bersatu (United Arab Emirate) yang berjiran dengan Arab Saudi, telah didirikan kuil-kuil untuk manusia menyembah berhala. Beberapa laman atas talian telah mencatatkan bahawa, telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r. ‘anha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siang dan malam tidak akan tamat selagi Lat dan Uzza tidak disembah.”
 
Saiyidatina ‘Aisyah r. ‘anha berkata : “Aku memikirkan bahawa Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al Quran bahawa Dia telah mengutus Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, maka petunjuk dan agama yang benar ini akan terus hidup menguasai (dunia) sehingga ke Hari Kiamat.”
 
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Benar agama ini akan terus menguasai jika dikehendaki Allah. Tetapi ketika menjelangnya Kiamat, satu jenis bayu akan bertiup lebih lembut daripada sutera. Apabila ia melalui mana-mana orang Islam, orang itu akan mati. Kemudian hanyalah hidup orang-orang kafir. Maka mereka akan menyembah Lat dan Uzza.” (Muslim, Jilid ii, m.s. 394)
 
Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kiamat tidak akan muncul selagi wanita-wanita daripada suku Daus tidak mengelilingi berhala bernama Zil-Khalsah. Berhala itu adalah milik suku Daus.” (Ibid) Lat, Manat dan Uzza adalah berhala-berhala yang masyhur di Tanah Arab.
 
Selepas penaklukan (pembebasan – alfath) Mekah, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya jangan ada sebuah patungpun di dalam rumah. Kemudian baginda mengutus Khalid Bin Walid r. ‘anhu bersama sekumpulan Sahabat terdiri daripada 80 orang yang berkuda untuk memusnahkan berhala Uzza.
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali selepas memecahkan berhala tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya samada beliau melihat sesuatu.
Apabila Khalid r. ‘anhu menjawab tidak, baginda menghantarnya semula sambil berkata jika kamu tidak melihat sesuatu bermakna berhala itu tidaklah sebenarnya pecah.
 
IMG-20150825-WA0067
 
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali, beliau lihat seorang wanita hitam bertelanjang dengan rambut yang kusut masai, lalu dipancung oleh Khalid r. ‘anhu dengan pedangnya. Sami-sami tokong menjerit. Khalid r. ‘anhu pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. yang bersabda : “Wanita tersebut adalah Uzza. Sekarang dia tidak akan disembah dan dipuja lagi di negeri kamu.” Uzza adalah berhala golongan Quraisy dan Banu Kananah sedangkan Banu Syaiban adalah sami-saminya. (Assah-al Siyar m.s. 285)
 
Begitulah juga Zil-Khalsah adalah berhala bagi suku Daus. Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa penyembah-penyembah berhala telah tamat hasil daripada keberkatan Iman, Islam, Wahyu dan juga usaha gigih daripada orang-orang Arab yang buta huruf, maka tidak ada lagi bekas-bekas berhala tersebut.
 
Tetapi apabila perjalanan sistem dunia akan hancur maka ketiadaan majlis-majlis dan kegiatan ilmu, penyampaian dan khutbah serta terpupusnya sistem Khanqah (pondok, pesanteren dsb), ceramah-ceramah agama dan orang-orang Islam sendiri telah tidak wujud lagi, berhala-berhala tersebut akan mula disembah semula.
 
Terbuktilah daripada Hadis tersebut bahawa “keajaiban” yang terdapat di rumah-rumah berhala dan tokong-tokong adalah hasil daripada silap mata dan penyulapan ataupun tipudaya syaitan. Begitulah “keajaiban” yang berlaku di kuburan adalah satu tipu helah syaitan untuk menyesatkan orang-orang Islam biasa dan orang-orang lain juga. Tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahawa Kiamat tidak akan berlaku selagi berhala-berhala tersebut tidak disembah lagi.”