Pages

Memaparkan catatan dengan label tanda sihir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanda sihir. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2017

JENIS JENIS SIHIR

😈😈JENIS JENIS SIHIR 😈😈

🎃1) SIHIR PEMISAH

✏️ digunakan utk memisahkan atau memutuskan ikatan antara suami isteri. Memporak perandakan hubungan persaudaraan, rakan taulan dan saudara mara.

🎃2) SIHIR GUNA GUNA (PERCINTAAN)

✏️ digunakan untuk mengikat kasih sayang agar tidak melihat atau kasih kepada yang lain atau mendapatkan kasih sayang dengan jalan paksa.

🎃3) SIHIR PENGANTIN

✏️ digunakan untuk menghalang pernikahan kerana hasad dengki sama ada kerana perbalahan keluarga, putus cinta atau khianat.

🎃4) SIHIR MAJNUN

✏️ Tujuannya adalah supaya mangsa menjadi gila disebabkan dendam, pergaduhan, perebutan harta dan lain lain

🎃5) SIHIR TARIK SEMANGAT

✏️ Tujuannya agar mangsa menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya. Dalam keadaan ini, mangsa berupaya untuk membunuh diri.

🎃6) SIHIR MENDENGAR PANGGILAN.

✏️ Mangsa yang mendapat sihir ini akan selalu mendengar panggilan atau melihat bentuk lembaga yang berupa haiwan buas yg mengancamnya.

🎃7) SIHIR PENDARAHAN

✏️ Hanya berlaku pada wanita. Terjadi apabila jin yang diutuskan memasuki saluran darah dan berjalan bersamanya serta mengeluarkan darah tanpa henti melebihi masa yang sepatutnya.

🎃8) SIHIR BAU BAUAN

✏️ amalan syirik yang diamalkan oleh kaum wanita terutamanya dengan tujuan untuk menarik selera lelaki terhadapnya.

Us Hassan
Darul Muallij

Khamis, 1 Disember 2016

SIHIR PEMISAH

INFO RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ

👻SIHIR PEMISAH👻
🔥Takrif dan pengertiannya:🔥
💀Memutuskan hubungan anak dan ibu.
💀Memutuskan hubungan anak dan ayah.
💀Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
💀Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
💀Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
💀Memisahkan antara suami dan isterinya.

☠Tanda-tanda sihir pemisah:☠
👹Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
👹Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
👹Enggan memohon maaf.
👹Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
👹Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
👹Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan....

Us Hassan
Darul Muallij