Pages

Khamis, 14 Februari 2013

Awaludin makrifatullah


Awaludin makrifatullah: Pendapat ramai, awal agama mengenal Allah. 
Bila kita memecahkan satu persatu perkataan maka begini berikutnya: 

AWALU : Ertinya, yang pada satu permulaan. DIN : Ertinya, Agama, Ilmu, Cahaya 

MAKRIFATU : Ertinya, dalam bahasa termudah, tenungan, melihat dengan mata bathin. Di sini bukannya di lihat dengan mata kepala tetapi diberi penglihatan dengan penglihatan Allah. Makrifat adalah anugerah Allah pada hamba di mana Allah berfirman? Tidakkah kau melihat anugerah makrifat Ku kepada mu berbanding ibadah solat mu hanya satu imbalan jasa mu kepada Ku?. 

LLAH : Ertinya, jika di susun kembali pekataan LLAH, maka jadinya ALLAH. 
Pada keseluruhannya, bila di susun kembali mengikut pada erti maksud sebenar pada dasar bahasa nahu, maka begini seharus jadinya: 

AWALU : Pada terawal sekali tentang DIN : Agama, Ilmu, Cahaya Allah MAKRIFATU : Rahsia-rahsia yang tersembunyi hanya dapat diperlihat dengan penglihatan LLAH : ALLAH. 

Hanya sesudah mencari dan menjalani amal ibadah kepada Allah melalui jalan suluk dan sesudahnya si salik itu sudah benar-benar memahami sebenar jalan yang terawal ia lalui sehingga dibuka hijab Allah dan telah dianugerahkan makrifat Allah kepada nya dan telah di anugerah taufik dan hidayah Allah kepadanya dengan izin dan kehendak Allah, maka telah Allah memperkenalkan diri Nya kepada hamba Nya, maka disitulah baru boleh dikatakan AWALU DIN MAKRIFATU LLAH. Maka sah dengan kata-kata tersebut. Ini hanya pecahan dan penghuraian saya, mudah-mudahan sesiapa yang benar jujur kepada Allah akan mendapat taufik hidayah Allah menuju jalan kesempurnaan ke hadirat ALLAH YANG MAHA SUCI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.