Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya,
langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan
bintang-bintang ??dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)?? .
Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
??menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang?. Sekiranya lampu
rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.
Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk
langit memancarkan ?cahaya di atas cahaya? berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. ?(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi?dengan cuaca pagi yang cemerlang?? malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan
?bertaubat di awal pagi? terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur
kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul
di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur
sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Jika seorang hamba
dikasihi Allah yang mendapat bimbingngan Allah dan mendapat anugerah iman dan
Islam dari Allah, sedikit dia tidak akan menyangkal kebersan kekuasaan Allah.
Adalah Allah dari segala dzat meliputi selurah alam semesta, adalah sifat Allah
meliputi diatas segala-gala nya, adalah asma' Allah dari segala nama tercipta
dan adalah afa'al Allah diatas segala-gala gerak dan geri yang bergerak
diselurh alam semesta. Dan adalah dari Allah, kehendak kekuasaan Allah yang
Maha Berkuasa diatas segala-galan nya apa yang ada dilangit dan apa yang dibumi
dan adalah milik Allah segala-galanya dan adalah seluruh alam semesta didalam
genggamannya. Dan Allah Maha Mengetahui pada setiap niat sebelum dan sesudah
pada hamba yang tersingkap diantara dua lambung. Hanya jauhari mengenal
manikam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.