Pages

Isnin, 29 Julai 2013

Perumpamaan Orang buta mengenal gajah



Perumpamaan Orang buta mengenal gajah

http://kelisasamudera.blogspot.com/2010/09/gajah-planters-heaven-dan-emerald-west.html
Pada suatu hari, ada beberapa orang buta yang berhajat untuk mengenal gajah. Salah seorang darinya, terpegang bahagian kaki gajah, lalu dia berkata kepada sahabat-sahabatnya (yang sama-sama buta), aku sudah kenal gajah, gajah itu sama seperti batang kelapa. Orang buta yang kedua pula, terpegang perot gajah, lalu dia berkata, aku sudah kenal gajah, gajah itu sama seperti tempayan air. Orang buta ketiga terpegang ekor gajah, lalu dia berkata, aku sudah kenal gajah, gajah itu sama seperti tali yang ada rambu-rambu dihujungnya, begitulah seterusnya.

Ada yang terpegang gading, dia kata gajah itu, sama seperti hujung lembing, yang pegang belalai, berkata gajah itu, sama seperti batang pisang dan berbagai-bagailah kenalnya orang buta kepada gajah.

Setelah tuan-tuan baca cerita diatas, sekarang saya mahu bertanya kepada tuan-tuan, Salahkan orang buta pertama, salahkah orang buta kedua, salahkah orang buta ketiga dan salahkah orang-orang buta seterusnya?. Cuba jawab, salahkah mereka itu?……………………….
Bagi orang yang berpengajian feqah dan orang yang berilmu syariaat, mereka tetap mengatakan yang orang buta itu salah. Semua orang buta itu, salah belaka. Pendapat dia sahaja yang betul, yang benar, yang sah dan yang diterima Allah. Pendapat orang buta lain itu, semuanya sesat, salah, tak betul dan semuanya ajaran sesat.

Adapun bagi pendapat ulamak yang keempat (orang yang makrifat kepada Allah), Berlainan, berbeza dan bertentangan dengan pendapat orang feqah dan orang syariaat. Orang mengernal Allah (orang makrifat) itu, adalah orang yang membenarkan semua pendapat orang buta!.

Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, apa tidak benarkah dan apa salahkah orang buta pertama yang mengatakan gajah itu seperti batang kelapa?. Cuba jawab pertanyaan saya sebelum membaca ulasan saya selanjutrnya!. Salahkah orang buta pertama mengatakan yang gajah itu seperti batang kelapa?.

Salahkah orang buta kedua, orang buta ketiga, keempat dan orang buta yang lian-lainya, yang mengatakan gajah seperti tempayan air, seperti tali, seperti lembing dan sebagainya, salahkah?, cuba jawab……………
Itu makanya, kita jangan cepat menuduh orang itu salah, orang ini salah, orang itu sesat dan orang ini sesat!. Sedangkan semuanya menunjukkan kepada gajah (gajah yang sama)!.

Orang makrifat itu, adalah orang yang celek, orang yang sedar dan orang yang khasyaf yang dapat melihat gajah pada keseluruhan. Bila melihat dengan penglihatan, keseluruhan gajah akan kita kenal. Setelah kita kenal, kita tidak menyalahkan orang lain. Melainkan benar belaka. Lainlah jika orang buta itu mengatakan yang kaki gajah itu berbulu seperti beruang atau kaki gajah itu panjang seperti unta, itu dah tentu salah dan dah memang tentu salah.

Orang yang bergelar sebenar-benar ulamak (mengenal Allah) atau orang makrifatullah, tidak sekali-kali mengatakan oranng lain salah. Tujuan kita sama, iaitu mengenal gajah!.

Begitu juga dengan orang Kelantan nak ke Kuala Lumpur. Boleh saja melalui jalan Gua Musang, jalan Kuala Terengganu, Jalan Gerik, jalan keretapi dan boleh juga melalui jalan kapal terbang. Janji semuanya sampai ke Kuala Lumpur. Jangan sahaja tahu jalan Gua Musang, lalu menuduh orang yanng ikut jalan lain itu salah!. Inilah kedudukkandan iktikad orang ulamak keempat yang makrifatullah, benar belaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.