Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku

Selagi diri masih bergelar diri dan badan masih bergelar badan, selagi itulah kita tidak akan dapat memandang Allah.

Sesudah badan tidak lagi bergelar badan dan setelah diri tidak lagi bergelar diri, disitulah Allah akan dapat dikenal dan dilihat melaluinya.

Cahaya akal tidak cukup kuat untuk kita mengenal Allah, jika tidak dibantu oleh cahaya rohani. Melalui cahaya rohani sahaja, membolehkan k...
ita mengenal dan memandang Allah.

Sifat zahir kita sebagai makhlok, tidak layak untuk memandang Allah yang bersifat ghaib.

Hanya Allah sahaja yang dapat mengenal dan memandang diriNya. Selagi bergelar diri selagi itulah Allah tidak dapat dikenal.

Allah terhijab dan terlindung disebalik diri kita sendiri. Setelah kita binasa, lebur dan ghaib, disitulah Allah akan terzahir dan ternyata dilubuk hati kita. Setelah nyata Allah, maka Allah lah yang mengenal Allah

Maksud hadis :-

"Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku"

Apabila diri tidak lagi kelihatan badan dan apabila badan tidak lagi kelihatan diri, itulah tandanya cahaya makrifat telah menerangi hati kita.

Diri tidak lagi bergelar diri dan akan bertukar menjadi fana, binasa dan badan bertukar menjadi baqo'. Apabila diri telah menjadi fana', baqo' dan hilang dalam kilauan sirna cahaya wajah Allah, disitulah Allah akan dapat dilihat, dipandang dan dapat dikenal melaluinya. Setelah diri mencapai tahap baqo', akan terlafazlah perkataan seumpama hadis diatas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.