APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAYANG ALLAH, BEKAS ALLAH DAN SIFAT ALLAH?
Yang dimaksudkan bayang, bekas dan sifat Allah itu adalah merujuk kepada makhlok. Makhloklah bayang Allah, makloklah bekas Allah dan makhloklah yang dikatakan sifat-sifat Allah.
Dengan cara memandang dan melihat bekas-bekas Allah pada sifat makhlok, Allah itu akan dapat dilihat dan dapat dipandang oleh pandangan mata. Terma...suklah dengan cara melihat kepada diri kita sendiri. Maksud melihat itu, bukan melahat dengan mata zahir tapi ianya hendaklah dilihat dengan menggunakan mata batin, iaitu melalui pandangan mata hati.
Tempat melihat Allah itu, adalah pada diri sendiri. Oleh itu untuk melihat dan memandang Allah, kita dikehendaki terlebih dahulu melihat dan memandang kepada diri sendiri. Setelah kita mengenal diri, barulah Allah itu dapat dilihat dan dipandang dengan nyata dan terang oleh sebarang penglihatan. Mengenal Allah itu, adalah dengan cara melihat diri manakala untuk mengenal diri pula. Adalah dengan cara melihat Allah.
APAKAH ALLAH DAPAT DIPANDANG DAN DAPAT DITILIK?
Allah dapat dirasa, Allah dapat dipandang dan Allah dapat ditiliki dengan senyata-nyatanya oleh hati-hati mukmin dari mereka-mereka yang bermata basirah (melalui pandangan mata hati yang halus). Seumpama sifat angin, angin itu tidak nampak untuk dipandang dan tidak nampak untuk dilihat tetapi ternyata ianya dapat dirasa dan dapat dinikmati dengan perasaan.
Melihat Allah tidak dapat hendak diukir melalui lukisan, tidak dapat hendak digambar dengan perkataan. Cara melihat Allah itu, tidak memerlukan kepada dalil dan tidak memerlukan apa-apa bukti.
Orang mengenal Allat itu, tidak boleh membuat dalil dan tidak dapat mendatangkan bukti. Melainkan orang makrifat itu sendiri sahaja yang tahu, yang dapat memahami dan merasai duduknya perkara.
Tidak ada bahasa hendak diucap dan tidak ada perkataan untuk dilafazkan, tentang cara mana Allah itu dapat dilihat, bagaimana Allah itu dapat dipandang, dan dirasa oleh mata hati.
Perkara melihat Allah adalah perkara rasa, bukan perkara yang melalui pancaindera mata kasar. Hanya bagi mereka yang menikmati sahaja yang merasainya. Yang jelasnya Allah itu dapat dirasa, dapat dipandang dan dapat dilihat.
KENAPA MELIHAT ALLAH TIDAK DAPAT DIBERI DALIL?
Hadis yang bermaksud ;-
"Mata kasar tidak dapat melihat yang halus, mata hati juga yang dapat melihat yang halus"
Melihat Allah itu adalah pencapaian pengetahuan ilmu yang paling tinggi dan paling sempurna. Kesempurnaan yang paling tinggi dalam pencapaian tahap melihat Allah itu, apabila sampainya kepada tahap "TIDAK TAHU".
Selagi perkara yang masih kita tahu, selagi itulah ada banyak perkara lagi yang masih kita tidak tahu. Makin banyak yang kita tahu, semakin banyak pula yang kita tidak tahu. Ilmu pengetahuan yang sudah sampai kepada tahap "TIDAK TAHU" itulah satu pencapai pengetahuan melihat yang sempurna.
Perkara anugerah melihat dan mengenal Allah itu, hanya Allah sahaja yang dapat mengenal dan memandang Allah. Jauhari sahaja yang mengenal manikam ( permata sahaja yang mengenal sirna kilaunya)
Cara meluhat dan cara memandang Allah itu, tidak terkandung didalam pengetahuan makhlok, tidak terkandung didalam khayalan akal. Tidak terkandung dalam hadis dan tidak termuat didalam Al-Quran.
Perkara mengenal, melihat dan perkara memandabg Allah itu, adalah terkandung didalam dada (kalbu) para mukmin (orang mengenal Allah), yabg tidak dapat untuk mendatangkan dalil
Firman Allah :-
53.Surah An-Najm (Verse 11)
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ
Tidaklah Hatinya mendustakan apa-apa yang dilihatnya.
Yang dapat digambarkan oleh para-para sufi, hanyalah sekadar kiasan dan sebagai ibarat semata-mata. Yang mutlah dan yang sebenar haq itu tidak dapat dibawa oleh lingkungan akal dan tidak dapat dibawa oleh gambaran lisan.
Para sufi hanya dapat menceritakan tentang melihat dan tentang memandang Alkah, melalui pengalaman peribadi. Sekadar perihal bayang pada bayangan bekas-bekasnya. Yang selebihnya itu adalah hanya hak Allah.
Seumpama kita melihat gambar melalui foto. Tuan yang empunya badan sebenar tidak dapat dilihat, malainkan sekadar melihat melalui gambar foto. Foto dengan tuan sebenar itu, tidak sama, walaupun foto tersebut memuatkan gambaran raut wajahnya yang sebenar. Sebagaimana rupa pun rupa gambar dengan tuan yang empunya rupa, ianya tetap tidak seperti. Foto hanya sekeping kertas yang terhasil dari filem, sedangkan wajah tuan yang sebenar itu adalah berupa manusia.
Begitu juga seumpama melihat matahari melalui bayangan air didalam mangkok. Melihat bayangan matahari didalam air, bukan bererti telah melihat matahari sebenar.
Hadis:-
"LA YA ZUK WALA YA ARIFF"
" Yang menikmatinya sahaja yang merasainya"
Orang-orang sebegini tidak ada dalil yang hendak dibuktikan, tidak ada contoh untuk dipamerkan dan tidak ada tafsir untuk dilafazkan. Hanya orang-orang yang menikmati sahaja yang dapat merasai akan manis, tawar, pahit dan masamnya air yang diminum. Dia sahaja yang dapat memberi jawapan kepada dirinya sendiri, tidak tahu hendak dikhabarkan kepada orang lain.
Orang-orang golongan ini adalah golongan mereka yang mempunyai ilmu yakin dan ilmu percaya. Percaya yang sebenar-benar percaya dan yakin yang sebenar-benar yakin ( tahap "Ainul Yakin dan Hakqul Yakin" )
Golongan ini sahaja yang dapat melihat Allah. Melihat melalui mata hati ( mata basyirah ). Melihat dengan cara mata basirah adalah cara melihat Allah yang tidak perlu kepada dalil, tidak perlu gambaran, tidak perlu diusul, dan tidak perlu kepada bukti. Jika disoal pun tidak ada jawapan.
Orang yang sampi ketahap ini, adalah mereka-mereka yang melewati hukum akal. Orang-orang sebegitu adalah mereka-mereka yang mengenal diri dan mengenal Allah.
Allah bileh dilihat dan dipandang oleh sesiapa sahaja, tidak mengira orang kaya atau orang miskin, orang tua atau orang muda, jahil atau alim.
Allah boleh dilihat oleh sesiapa yang mengenal diri. Bagi mereka yang mengenal diri, maka Allah boleh dilihat dan Allah dapat dipandang. Allah tidak ada dinding, Allah tidak ada hijab yang boleh menghalang dari dilihat dan dipandang oleh pandangan hamba-hambanya.
Allah amat nyata lagi terang, amat hampir lagi dekat dengan diri-diri kita yang mengenal diri yang tidak perlu kepada dalil.
Oleh itu bagaimana cara meluhat Allah ?
Cara untuk melihat Allah adalah dengan cara mengenal diri yang batin terlebih dahulu. Perkara batin hanya boleh ditembusi melalui yang batin. Mata hati ( mata basyirah) boleh menembusi gunung batu, boleh meliwati 7 lautan dan boleh menjangkau 7 benua.
Mempercayai melihat Allah samalah seumpama kita mempercayai Tuhan itu ada. Bagaimana kita mempercayai Allah itu ada, sebegitu jugalah orang makrifat mempercayai Allah itu dapat dilihat, dengan tidak perlu diberi dalil, kerana segala dalil sudah terpampang dan sudah tersergam didepan mata. Tambahan pula tidak ada dinding penghalang dari kita melihatNya. Tidak ada tabir atau hujab yang membatasi hati kita dari melihat Allah
Melihat Allah adalah sesuatu pekerjaan yang paling senang dan paling mudah kerana Allah itu teramat terang dan Allah itu teramat nyata dari segala yang nyata. Hanya dengan melihat benda, hanya dengan melihat sesuatu, hanya dengan melihat makhlok dan hanya dengan melihat kepada diri sendiri, kita sudah dapat melihat dan kita sudah dapat memandang Allah swt. Allah tidak terlindung, Allah tidak tersembunyi dan Allah tidak terdinding dengan apa-apa. Allah ada dimana-mana meliputi segala sesuatu.
BAGAIMANA MELIHAT ALLAH MELALUI ALAM?
Sebagaimana yang kita tahu dan sebagaimana yang dinyatakan diatas, kita tidak perlu mendatangkan sebarang dalil dalam kaedah mengenal Allah. Kerana dengan hanya melihat alam dan isinya. Kita sudah dapat melihat dan memandang Allah.
Barang siapa yang telah mencapai kepada tahap mengenal diri, dengan hanya melihat alam dan segala isinya, sudah cukup jelas dan sudah cukup terang bagi dijadikan tanda dan bagi dijadikan dalil dalam kaedah melihat Allah.
Dengan hanya melihat alam dan segala isinya kita akan dapat melihat Allah. Lihatlah apa saja yang terpandang oleh mata dan pandanglah apa saja yang terlihat oleh mata. Barang sesuatu yang terpandang, sesungguhnya kita sebenarnya telah melihat Allah, kita sebenarnya telah memandang Allah ( bagi yang mengenal diri )
Memandang dan melihat orang makrifat kepada alam itu, tidak lagi terpandang atau terlihat alam, tidak lagi tertuju kepada alam, tidak lagi tertumpu kepada alam dan tidak sahaja terhenti pada alam. Alam adalah merupakan sesuatu dan merupakan benda (ain). Pandangan atau penglihatan orang makrifat itu tidak terhenti pada alam dan tidak terhenti pada benda. Allah bukan alam, Allah bukan sesuatu dan Allah bukan ain ( benda ). Allah adalah Allah, tidak sesuatupun yang menyerupai atau yang menyamainya.
Pandangan dan penglihatan orang mengenal Allah (makrifat) itu, apabila memandang dan apabila melihat kepada sesuatu benda alam, mereka tidak lagi terlihat alam mereka tidak lagi terpandang benda. Pandangan dan penglihatan mereka hanya ternampak wajah Allah bersertanya. Alam bagi mereka sudah lagi kelihatan, benda bagi mereka sudah menjadi gelap, sesuatu bagi mereka sudah menjadi binasa.
Rupa alam dan wajah alam, tidak lagi kelihatan oleh pandangan mata hatinya. Apa yang ada didepan mereka, sudah tertutup, sedah terlindung dan sudah tidsk kelihatan. Pandangan mereka sudah ditutup oleh sinar cahaya Allah yang teramat sangat terang lagi teramat sangat nyata. Mata hati mereka sudah diterangi oleh cahaya yang teramat sangat silau dengan nur cahaya Allah yang meliputi sekalian mata hatinya yang meliputi sekalian alam maya.
Di keranakan tersangat terang dan tersangat jelasnya cahaya wajah Allah itu, sehinggakan wajah seisi alam ini, sudah tidak lagi kelihatan dan sudah tidak lagi terpandang. Begitulah perumpamaan betapa terangnya dalil alam dan seisinya dalam kaedah melihat Allah. Betapa jelasnya tanda alam dan seisinya dalam kaedah menyatakan Allah Ta'ala. Begitulah betapa nyata, betapa terang dan betapa mudahnya untuk melihat dan untuk menyatakan Allah. Sehinggakan melebihi terangnya cahaya matahari dan sehinggakan melebihi mata melihat alam.
Selain Allah, mereka tidak lagi nampak apa-apa, selain Allah mereka tidak lagi kelihatan spa-apa. Alam menjadi kosong dan gelap, segala isinya menjadi binasa, hilang dari pandangan hatinya. Yang mereka nampak dan yang mereka lihat itu, Allah disampingnya, Allah disebelahnya dan Allah bersamanya. Allah yang sebelum kelahirannya dan Allah itu juga yang dia nampak sesudah kematiannya. Allah yang sat jelas kelihatan disegenap penjuru Alam.
Firman Allah :-
41.Surah Fuşşilat (Verse 53)
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka, Allah itu benar Tidak cukup Tuhan mu, menjadi saksi atas segala sesuatu.
Ulangi baca ayat diatas sekali lagi, sekali lagi dan sekali lagi bagi mendapat faham terutama baris berikut :-
" disegenap pencuru alam dan pada diri mereka sendiri..."
Mudah-mudahan Allah membuka pintu kefahaman ke atas kita semua. Agar ilmu ketuhanan dapat dicapai sehingga makrifat kepada Allah. Supaya apa yang dibaca dan supaya apa yang dikaji, bukan saja melihat kita kepada huruf, tetapi lebih melihat kepada yang disebalik huruf. Di situ kita akan dapat melihat Allah berserta pandangan kita. Di situ kita dapat memandang Allah bersama pengliharan kita. Begitulah senang dan mudahnya melihat Allah melalui pemandangan alam.
Matahari digunakan sebagai media untuk kita melihat / memandang Allah. Sebagai kiasan.
Kita tidak boleh melihat matahari secara terus dengan menggunakan mata kita kerana kesilauan cahayanya.
Jadi untuk tidak kesilauan kita boleh melihat matahari dengan menggunakan mangkok yang berisi air yang diletakkan ditengah laman.
Cuba kita lihat kedalam mangkok yang berisi air itu ? Apa yang kita nampak ?
Sudah tentu kita akan nampak bayang matahari. Bayang matahari itu bukan matahari tetapi tidak lain dari matahari.
Demikoan itu juga untuk melihat Allah, pandanglah, lihatlah pada alam ini dan pada diri kita.
Pada alam dan pada diri kita terzahir perbuatan, nama, sifat dan zat. Hapuskan segala perbuatan, nama, sifat dan zat alam dan diri kita kedalam kewujudan Allah.
Bila terhapus alam dan diri kita baru ternampak Allah dengan nyata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.