Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

AKU yang datang dari Tuhan

AKU yang datang dari Tuhan kini menjadi DIRI kepada BADAN menerima Aliran Tuhan GERAK dan DAYA ia sertakan. AKU adalah Penyata bagi semua Af'alullah segala yang terjadi dibawah minda bawah sadarku itu adalah Kelakuan Af'alullah semata-mata,

Bermula dari situlah aku mula bermakrifat pada Tuhanku. Aku mula memandang akan Nur Ilahi padaku ini.

Nah inilah pernemuanku pada jalan ini aku memandang da...n merasai akan keadaan sebenar sampai aku merasa aku telah tiada walaupun aku ada kerana maujudnya aku itu adalah dari Juzuk Zat Yang Maha . Kuasa. Kudrat dan IrodhatNya lah yang berlaku padaku ini, bergerak dan berbuat semua itu adalah Kudrat dan KehendakNya jua.

Kini aku menduduki tempat itu kalau dulu aku diluar iaitu badan kini aku didalam iaitu Ketuhanan.

Dan kini aku menyatakan tiada lah yang berkuasa antara badan dan aku melainkan akulah yang berkuasa kerana AKU ini adalah kenyataan dari Yang Esa. Nur Muhammad itu adalah kenyataan ku dan Nurullah itu adalah Hakikatku. Kini aku faham bahawa tiadalah yang ada kecuali satu jua iaitu AKU.

AKU adalah Nur asal dari NURULLAH. Itulah yangku nampak yangku lihat yangku tahu dari perjalanan GERAK yang ku dapat. Kini aku meletakkan semua gerak itu adalah gerak Allah semata-mata kerana disaat aku bergerak aku tidak jumpai dan tidak ada dalil untuk menyatakan itu perbuatan orang luar ( hamba ).

DIRI yang berdiri adalah PANCARANku dan pancaranku itu adalah Cahaya Kesempurnaanku. Untuk itu aku mulai kenal akan diriku kerana ia terpancar pada cermin makrifatku. Diriku yangku kenal itu merupakan PANCARAN NUR dan ia adalah Sifat2 Kesempunaan bagiku.

Maka sebab itulah aku tahu bahawa ianya adalah diriku. Diri (keadaaan) lah yang menjadi dalil untuk aku menyatakan akan setiap kali aku menghubungi Tuhanku. AKU- lah KETUHANAN memiliki kesempurnaan.

Dalam ilmu GERAK ( BBM ) ini berkamil adalah gerak itu sendiri sifatnya kamil kerana tanpa perkamilan antara Nurullah dan Nurul Muhammad tidak akan terjadi gerak maka itulah hakikat makrifat didalam ilmu BBM yangku temui dan yangku duduki kini.

fana=hilang ujud kudratku didalam Ujudullah- dalam gerak
baqo=nyata ujud asalku didalam Ujuidullah- dalam gerak
nyata=ada aku adalah ujudullah - zatku, sifatku, asmaku, af'alku-semasa bergerak
aku hamba=badan.

Ini adalah permahamanku didalam pencarian, dan ku yakini ilmu gerak-terima kasih guru.Aku kini tiada apa2 lagi. Berserah pada hakikatku sendiri iaitu NURULLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.