Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri

Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri. Orang-orang yang lupa pada diri itu bererti orang yang lupa kepada roh. Orang yang lupa kepada roh pula, bererti orang yang lupa kepada Allah dan orang yang lupa kepada Allah, termasuklah mereka kedalam golongan orang yang tidak mengenal diri.

Bilamana kita tidak dapat mengenal diri / roh, maka tidaklah ia dapat mengenal Allah.

"Tidak kenal A...
llah, maka tidak akan ingat kepada Allah"

Bagi mereka yang telah berjaya mengenal diri, tidak sekali-kali mereka menjadi lupa kepada roh.

Manakala bagi mereka yang tidak lupa kepada roh / diri, itulah tandanya mereka tidak lupa kepada tuhannya Allah Ta'ala.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 13)
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong (lupa diri) di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya
engkau dari golongan yang hina".

Mereka yang duduk didalam surga (mengenal diri) tidak seharusnya ada sifat lupa.

Bila lupa akan diri, itu tandanya sombong. Bila sombong menyebabkan lupa diri, bila lupa diri, maka lupa pula kepada Allah.

Bagi yang masih ada menyimpan sifat lupa kepada diri / roh, bermakna juga menyimpan sifat lupa kepada Allah. Apabila kita lupa kepada Allah, menyebabkan kita boleh terkeluar dari surga Allah. Sebagaimana yang terjadi kepada Adam dan Hawa, semasa memakan buah khuldi.

Engkarnya Adam dan Hawa daripada perintah Allah dengan memakan buah khuldi itu, tidak menyebabkan murka Allah. Yang menjadi kemurkaan Allah ialah lupa kepada Allah semasa memakannya.

Durhaka untuk mematuhi "INGAT" kepada Allah itu, ianya satu perkara yang tidak dapat diampunkan Allah.

Dosa lupa dan lalai itu, menandakan kita telah mensyirikkan Allah.

Lantaran lupa untuk memandang kepada diri /roh sendiri menyebabkan kita lupa kepada Allah, apabila lupa kepada Allah menyebabkan kita tersingkir dari nikmat surga.

Apabila kita lupa untuk memandang kepada diri / roh sendiri, dengan sendirinya membuatkan kita lupa untuk memandang Allah. Bilamana lupa untuk memandang Allah, menyebabkan hati kita mudah terpaut untuk memandang dunia sebagai tuan.

Apabila kita tidak dapat mengecapi nikmat "INGAT" kepada Allah tidaklah Allah itu dapat terzahir pada sekalian alam.

Bilamana Allah tidak dapat dizahir atau dinyatakan itulah yang dikatakan lupa atau lalai. Bila lupa atau lalai kepada Allah walaupun sesaat, Syaidina Ali menghukum atas dirinya "KAFIR"

Begitulah besarnya mertabat atau darjat ingat kepada Allah. Apabila kita telah dapat mengenal diri / roh, seumpama kita telah dapat nikmat surga Allah, surga dan nikmat mengenal diri itu, lebih beruntung dan lebih bahagia dari surga akhirat.

Surga akhirat nikmatnya hanya akan dapat dikecapi dan dinikmati semasa dialam akhirat sahaja. Manakala surga mengenal diri itu, akan dapat dinikmati dan dikecapi semasa hayat masih berada didalam dunia lagi, yang boleh membawa sehingga sampai kealam akhirat.

Nikmat surga dunia dan surga akhirat itu adalah bagi mereka-mereka yang tidak lupa kepada Allah.

43.Surah Az-Zukhruf (Verse 36)
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang
menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

58.Surah Al-Mujādila (Verse 19)
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

Oleh itu marilah sama-sama kita menyeru kepada diri kita masing-masing dan kepada sekalian umat yang ada disini, agar jangan lupa kepada Allah.

Bagi yang lupa kepada Allah, itulah iblis yang akan menguasai kerajaan akal yang kosong, setelah kerajaan akal menjadi kosong, ianya akan diisi dengan kerajaan lupa dan lalai kepada Allah, yang akan mengisi kekosongan akal hati itu ialah iblis.

Bidang tugas atau skop kerja iblis itu, hanyalah menunggu peluang, masa, saat dan ketika manusia menjadi lupa supaya ia boleh mengambil tempat.

Apabila manusia menjadi lupa tugas iblis memasuki dan menakluki kerajaan akal manusia itu akan menjadi lebih mudah.

Setelah manusia menjadi lupa dari mengingati diri / roh dan mengingati Allah secepat kilat itu juga kekosongan hati kita itu akan dimasuki, diisi, dipenuhi, dihiasi dan diambil alih oleh kerajaan iblis. Teman atau sahabat bagi mereka yang lupa itu adalah iblis dan syaitan.

Teman, kawan atau sahabat bagi mereka yang mengingati Allah itu, adalah fana' ( binasa atau tidak ada). Manakala teman kepada sifat fana' atau binasa itu pula, adalah sifat baqo'.

Setelah diri kita telah sampi kepada tahap baqo' barulah kita dapat rasai bahawa Allah itu sebenar-benar wujud / Ada. Ada itu hanyalah sifat Allah, maksud ada itu hanyalah merujuk kepada adanya Allah.

Bila diri zahir / badan dan diri batin / roh telah fana' ( binasa) yang mengambil tempat dan yang mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh sifat fana' itu adalah sifat baqo',

Manakala setelah sifat baqo' mengambil tempat, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sifat fana' itu, akan diganti dengan sifat baqo'. Setelah sifat baqo' mengambil tempat, ianya akan diisi dengan sifat ingat kepada Allah / zikir.

Bilamana kita sudah masuk kedalam surga zikir ( ingat kepada Allah), bermakna kita telah masuk kealam mengenal diri / roh. Bilamana kita telah masuk kealam mengenal diri / roh bermakna kita telah menjadi manusia yang patuh kepada kehendak dan ketetapan Allah.

Apa yang berlaku telah berlaku dan yang bakal berlaku itu akan diterima sebagai ketentuan Allah. Tentunya diterima tanpa ada rasa keterpaksaan dan ketidakrelaan, semuanya akur, patuh, taat dan diterima dengan hati yang berlapang dada. Sabar taeakal dan ikhlas. Inilah buah hasil dari mengenal diri / roh.

Mandat atau tugas kita sebagai hamba yang bersifat manusia yang mengenal diri rohani itu, adalah kepatuhan kepada Ketetapan dari yang maha pencipta. Manakala tugas atau mandat selaku hamba yang bersifat iblis ( yang tidak mengenal diri ) dan hamba yang tidak mengenal rohani diri sendiri, itulah diri yang akan engkar kepada segala ketetapan Allah.

Sifat angkuh dan sifat lupa asal usul diri, itulah sifat warisan iblis.

Apabila kita tidak mengenal diri / roh, itulah yang dikatakan iblis. Nantinya, iblis itulah yang akan menepati, mendiami dan memerentah kerajaan diri kita.

Bilamana kita sedar yang sebenar diri kita itu adalah roh, marilah kita sama-sama fana' ( binasa ) dan baqo' ( berkekalan ) diri kita selamanya dalam wajah Allah ( dalam ertikata berserah diri )

Setelah sekali kita berserah diri kepada Allah, jangan sesekali berpatah balik. Sekali berserah diri, ertinya selamanya hendaklah berserah, itulah "IKHLAS"

IKHLAS yang sebenar itu adalah apabila seseorang itu mengenal diri. Apabila kita mengenal diri ianya akan menjadikan diri kita berserah dan terserah kepada Allah.

Samada baik atau buruk, samada sihat mahupun sakit dan samada nikmat ataupun bala, semuanya terserah kepada Allah !.

Tidak kisah, tidak peduli dan tidak merungut dengan apa yang ditetapkan, diturunkan dan ditentukan Allah Ta'ala keatas dirinya. Yang mereka tahu dan yang mereka ada, adalah sifat berterima kasih dan bersyukur dari diri yang kosong, itulah IKHLAS.

Selepas mengenal diri / roh, sifat ikhlas itu akan muncul dengan sendiri. Mereka yang ikhlas itu adalah mereka yang berada didalam negeri atau didalam wilayah ketiadaan diri.

Ikhlas itu, adalah negeri atau wilayah kefana'an, keghaiban, kehancuran, kehilangan, kebaqo'an, karam dan ghaib, itulah wilayah atau negeri mereka-mereka yang mengenal diri / roh.

Ikhlas itu wilayah kepatuhan serta berada dalam negeri kesempurnaan sejagat. Bagi mereka yang berada didalam negeri atau wilayah ikhlas, tidak akan lagi dimasuki, diganggu, digoda, dipesong atau disesatkan oleh mana-mana iblis.

Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri atau keberadaan sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah mereka yang bersifat ketiadaan diri ( tidak ada diri ). Bila mana sudah tidak ada sifat keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan.

Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadaan diri itu sudah tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi adanya syaitan! Bilamana keberadaan diri telah tiada dari mana lagi datangnya godaan iblis atau syaitan pada diri.

Yang dikatakan iblis itu, adalah apabila adanya sifat aku atau yang masih adanya sifat keakuan ( masih ada diri ). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana lagi ada iblis dan mana lagi ada sifat goda menggoda!

Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri yang sudah binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah dipulangkan kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau terbaki, apa lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?.

Apakah bodoh sangat iblis itu, nak menggoda orang yang sudah mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau syaitan itu, adalah dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada sifat diri dan yang masih ada sifat keakuan.

Setelah tidak ada sifat keakuan, maka tidaklah adanya sifat iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka fana', baqo', lebur dan binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan iblis-iblis itu sekali akan binasa!

Bilamana sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang yang ikhlas dapat digoda iblis.

Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati, binasa dan hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah, apa lagi yang boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah ikhlas ( alam mengenal diri ) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong, takabur, angkuh atau bongkak, segala-galanya Allah.

Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga / patung, jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh nyawa / roh, siapalah kita?

Untuk melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, kita hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh.

Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis,

Iblis ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu, adalah diatas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh.

Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.

Yang mentebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah dari surganya, adalah diatas dasar sifat lupa iblis kepada roh Adam. Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya adalah roh, yang disebalik jasad Adam

Mati itu membawa maksud tidak ada,

siapa yang tidak ada ?

Selain dari Allah yang tidak ada.

Hidup itu membawa maksud kepada Ada.

Siapa yang ada?

Yang ada hanya Allah, Esa adanya.

..........................
................................

Masaalah yang timbul ...

Dalam kehidupan sekarang ini.

Kita lihat, kita menyaksikan selain dari Allah Ada, Allah tidak ada.

Mengaku selain dari Allah ada mendatangkan syirik, Tidak mengaku Adanya Allah itu kafir.

Jalan selamat mengaku dan bersaksilah bahawa yang ada pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah, yang berkuasa itu Allah, yang berkuasa pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah,

yang berkehendak pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah,

Yang mengetahui pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah

Yang hidup pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah

Yang melihat pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah

Yang mendengar pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah

Yang berkata-kata pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah.

Mengaku yang Ada itu Allah menandakan Islam, mendatangkan iman dan menghasilkan Ihsan.

Tidak mengaku adanya diri kita dan selain dari Allah menjauhkan syirik. menghilangkan ujub, riak, dan takabur.

Kesombongan adalah selendang-Ku, keangkuhan adalah sarung-Ku, oleh karena itu barang siapa yang mengambilnya dari-Ku, maka Aku akan mencampakkannya ke neraka, Hadist Qudsi.

Yang lebih menimbulkan duka nestapa kita adalah, kalau kita pakai selendang dan sarung Allah itu, kita TAKABBUR, maka Allah menjadi TIADA dihadapan kita. Coba bayangkan, tidak ada Allah!. Akibatnya kita akan merasa sangat bebas melakukan apa saja untuk memuaskan dahaga diri kita yang tak pernah habis.

Mari sama-sama jadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh.

Ya…, Beliau selalu berbicara tentang Keagungan Allah. Bingkai pembicaraan Beliau adalah segala sesuatu tentang Allah. Saat Beliau berbicara tentang Allah, jelas sekali Beliau tidak saja berbicara. Allah yang sedang Beliau bicarakan itu benar-benar ADA tepat dihadapan Beliau. Sehingga Beliau berbicara dengan PASTi tentang Dzat Allah, tentang Af’al Allah, Tentang Sifat-Sifat dan Nama-Nama Allah. Pasti sekali apa-apa yang Beliau bicarakan itu dengan kenyataan Allah. Mata Beliau dengan pasti berbicara, seluruh sel-sel saraf Beliau berbicara, perasaan Beliau berbicara, eksperasi Beliau berbicara. Sehingga para sahabatpun semakin yakin bahwa Beliau adalah utusan Allah.

Beliau juga bercerita dengan sangat PASTI tentang kehidupan dan kematian, tentang syurga dan neraka, tentang masa lalu dan masa yang akan datang. Bahkan Beliau juga boleh bercerita tentang para sahabat yang sedang shalat dibelakang Beliau, mana diantara mereka yang khusyu dan mana yang tidak khusyu. Karena semua keadaan itu sudah ada dihadapan Beliau sehingga Beliau hanya tinggal menyampaikan dan menghuraikan kedalam bahasa yang dipahami oleh sahabat-sahabat Beliau.

Karena Ada Allah dihadapan Beliau, maka Beliaupun tidak pernah merasa takut, khawatir, dan sedih lagi terhadap berbagai peristiwa dan keadaan, apapun, yang datang dan pergi merupakan hidup dan kehidupan Beliau. Apa-apa, Belau selau Berkata: ” jangan takut…, Ada Allah; jangan khawatir…, Ada Allah; jangan sedih…, Ada Allah”.

39.Surah Az-Zumar (Verse 42)
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu
jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain
(ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.