“Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”
Apakah yang telah ada padamu itu ?
Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita. ...
Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan
Sehingga kita dapat mengatakan rasa yang mengandungi rahsia.
Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.
Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan
Ini gerak Qudratullah
Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat.
Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri kita keluar dan kedalam
Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya,
Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku siapa?
Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku.
Tetapi AKUNYA
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah )
Diriku = ruh = Muhammad
Badanku = jasad = Adam
Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya".
Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye tak?
Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.
- yang didalam tak mengenal yang diluar
- yang diluar tak mengenal yang didalam
Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki, terus, terus, terus.
Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.
Berjalanlah pada jalannya,
MANA JALANNYA ?
- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa
- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan
- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang
Ingat saja kepadanya, Turut saja
Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran.
Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat
Tempuh-tempuh ini tidak ada erti
Perubahan akan terjadi di badan diri kita
Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi
Kalau kita bukan kita, siapa pula kita?
Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia.
Tapi kita bergerak dibidang rahsianya,
oleh yang maha kuasa tadi.
Apakah sebenarnya rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu.
Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ialah rahsia yang telah dipecahkan oleh BBM
Apakah rahsia yang BBM pecahkan itu ?
Rahsianya ialah Yang didalam (ruhku - huwal batinu = dialah yang tersembunyi) dan yang diluar (badanku - huwazzohiru = dialah yang nyata) sedang saling kenal mengenal.
Telah menjadi satu, (AKU) ketika ini tanyalah siapa AKU ?
Yang sedang bertanya itu juga yang akan menjawab.....
Kita bukan kita lagi = hilang kesedaran pada badan diri ku, yang tinggal kesedaran kepada AKU Allah...
Kata BBM perbaikilah ke-ADA-an mu dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari. Maksudnya jangan kita lupa untuk merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu.
Jika kita lupa nak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu bermakna terputus hubungan diantara badan diriku dengan AKU...
Lakukan saja jangan banyak memikirkan, ingat saja (rasa saja) pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu, jangan banyak soal.....
Tidak hilang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu maknanya ingat kepadanya....
Kalau kita tidak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu , bermakna kita sedang tergelincir dari jalan yang lurus....
AKU = Rahsia Allah = Zat semata2 = kita bukan kita lagi
Dikiku = Batin Allah = sifat Allah = Namanya Muhammad = kenyataannya pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari = kekasih yang datang dari yang Maha Pengasih
Badanku = Zahir Allah = Afaal Allah = Namanya Adam = gerak yang tergerak dengan sendiri...( Kenyataann Tajalli AKU (Rahsia) yang terlihat pada badanku )
Bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Ini bermakna dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu, kita sedang berpraktikal melakukan makna ayat diatas..
Padanya ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan gerak menggerakkan ) TIDAK ADA YANG TIDAK ADA... Kerana ia datang dari yang Maha Kaya, dari yang maha pengasih.
Sesiapa yang tidak putus dari rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan selalu gerak menggerakkan AKU ( ALLAH) akan memberikan rezeki, berupa ilmu RM, dan lain-lain dengan tiada hitung hisabnya.
Amalkan dengan apa yang ada, ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) Jangan ragu-ragu. Selagi masih ada terasa itu, (rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) katakanlah apa yang dapat dikatakan. Buatlah apa yang dibuat selagi "DIA" masih ada. InsyaAllah ! Tak akan terjadi apa-apa
Sebab "DIA" benar
KITA TENANG NANTI DIA DATANG
INGAT SAJA PADANYA ( tidak putus pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari )
Allah sangat nyata dalam penglihatan tanpa fikiran.
Apa yang dapat disimpulkan lakukan saja jangan banyak soal, Jangan dibawa bertanya ( pada badan diriku ) jangan difikirkan ( kosongkan fikiran )
Lakukan saja.... Beramal terus beramal ..... Sehingga tercapai kita bukan kita lagi..
Lakukan hingga hilang rasa, hilang gerak, yang ada hanya AKU ( ALLAH )
Sehingga menemui AKU sejati. AKU yang terlahir pada badan diriku..
Maksud hilang rasa @ hilang gerak = maksudnya rasa-rasa yang terasa itu @ gerak tetap ada tetapi bukan kita yang terasa rasa-rasa itu @ gerak itu tetapi AKU ( kita yang bukan kita lagi )
Dalam diam ada gerak, dalam gerak ada diam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.