Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

SIAPAKAH PENCIPTA SEGALA PERBUATAN ( AFA'AL )?

SIAPAKAH PENCIPTA SEGALA PERBUATAN ( AFA'AL )?
Firman Allah :-
37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
...
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan apa-apa yang kamu buat itu!"

Pengertian perkataan "Apa-apa yang kamu perbuat" bermaksud "segala-galanya". Segala apa yang kita perbuat, segala apa yang kita lakukan dan segala apa yang yang kita kerjakan adalah datangnya dari Allah.

Daripada sekacil-kecilnya sampailah kepada yang sebesar-besar perbuatan. Samada yang diperbuat secara terang-terangan mahupun yang terselindung, disengajakan mahupun yang tidak disengajakan dan samada perbuatan itu baik mahupun yang buruk. Samada yang ma'aruf mahupun yang mungkar, semua itu sesungguhnya datang daripada perbuatan yang maha pencipta.

Allah swt telah berfirman bahawasanya segala itu datangnya daripada Allah. Inilah konsep mati perbuatan ( mati afa'al) atau penyerahan perbuatan. Allahlah yang mencipta dan yang menjadikan segala perbuatan dan segala kelakuan. Diri kita hanya boleh melakukan mengikut ketetapan yang telah Allah tetapkan sejak dari azali.

Gerak akal, gerak hati dan buah fikiran yang kita terjemahkan kepada kehidupan seharian adalah merupakan sebahagian daripada gerak perbuatan dan sebahagian daripada gerak kelakuan, yang mana perbuatan dan kelakuan itu adalah juga merupakan gerak dari Allah, samada baik mahupun yang buruk.

Firman Allah :-

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Menjadi wakil pada tiap-tiap sesuatu"

Allahlah yang mencipta dan menjadikan segala sesuatu dan kepada Allah jugalah dikembalikan segala sesuatu. Inilah yang dimaksudkan dengan mati tabie ( mati perangai, mati perbuatan, mati kelakuan atau mati gerak.) maksud mati perangai bukan bererti mati berpisahnya nyawa dari badan, tetapi yang dimaksudkan dengan mati perangai atau mati perbuatan ialah memulangkan segala perbuatan, memulangkan segala kelakuan, memulangkan segala afa'al, segala perangai dan segala nafsu dan segala kehendak kepada Allah Ta'ala.

"DIA MENJADI WAKIL PADA TIAP-TIAP SESUATU". Allahlah yang menjadi wakil dalam segala afa'al / perbuatan / kelakuan dan perangai makhlok.

Allahlah yang menjadi wakil berjalan bila kaki melangkah, wakil melihat bila mata memandang, Allah menjadi wakil Takbir bila tangan diangkat. Allah menjadi wakil rokuk dan sujud bila anggota bersembahyang.

Bukan diri kita yang menjadi wakil untuk bergerak, yang menjadi wakil untuk bergerak itu adalah Allah. Selaku wakil dialah yang bertanggungjawab dalam segala hal. Kita tidak perlu buat apa-apa, serah saja pada wakil kita menjalankan tugasnya.

Apabila kita melantik peguam sebagai wakil dalam sesuatu perbicaraan, kita tidak perlu bercakap dalam mahkamah. Semuanta terserah atas kebijaksanaan wakil kita (peguam) untuk bercakap dalam mahkamah.

Begitu juga halnya dengan hubungan kita dengan Allah. Apabila Allah sendiri yang mengaki diriNya mencipta sesuatu dan menjadi wakil atas tiap-tiap sesuatu. Bermaknanya disini, kita berserah kepada Allah, telah lepas tangan kepada Allah, lepas tanggungjawab kepada Allah. Konsep ini juga kita terjemahkan dalam penyerahan afa'al kepada Allah (mati perangai / perbuatan)

Dengan mengaku segala kelakuan adalah kelakuan dari Allah, segala perbuatan dan perangai dari afa'al Allah dan segala gerak adalah gerak dari Allah swt. Sifat kira sebagai makhlok, sedikit pun tidak boleh bergerak, tanpa izin dan gerak dari Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan mati rabie ( mati perangai atau mati kelakyan).

Dari Allahlah datangnya segala-gala punca perangai, punca kelakuan dan punca perbuatan. Dari Allah belakalah datangnya punca segala sebab.

Kembalikan segala apa perbuatan atau kelakuan ( fe'el ) kepada tuan yang empunya perbuatan, iaitu Allah. Inilah yang dikatan mengenal Allah dengan cara Fana fis tabie iaitu mati tabie, mati kelakuan atau mati perbuatan.
Firman Allah :-

4.Surah An-Nisā' (Verse 78)
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍۗ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَۚ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِۖ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan
kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka
berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca)
dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan itu ?.

Lagi firman Allah :-

54.Surah Al-Qamar (Verse 49)
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan sebelumnya

Dari firman-firman diatas tidakkah kita percaya dan tidakkah kita yakin ! Segala perbuatan datangnya dari Allah dan telah ditakdirkan Allah semenjak Azali. Allah mengetahui sesuatu yang bakal terjadi pada masa dan tempat yang ditentukan. Percaya dan yakinlah dengan sepenuh kepercayaan bahawa sesuatu pergerakkan itu terjadi menurut ketentuan takdirnya Allah.

Dengan cara melepaskan sifat keakuan kepada Allah, maka terlepaslah kita dari dakwaan Allah Ta'ala. Allah meminta hamba-hambanya memulangkan dan mengembalikan haknya. Diantara hak Allah yang minta dipulangkan dari hamba-hambanya adalah kelakuan dan fe'el perangai diri. Inilah perkara yang menjadi tuntutan Allah dan inilah yang menjadi dakwaan atas sifat hambanya.

Apabila segalanya kita serahkan kepada Allah, sebagai bahasa kiasannya, Allahlah menjadi wakil dalam menjalankan sebarang kelakuan, pergerakkan, pertuturan, perjalanan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

Kita sebagai makhlok tidak berkuasa menentukan akal dan menentukan gerak. Bermakna disini, kita terlepas dari dakwaan Allah, dengan syarat kita telah mati sebelum mati, dan dengan syarat semuanya telah dikembalikan kepada Allah, Allahlah yang menjadi kelakuan dan menjadi perangai hambanya, kepada Allahlah jua kita kembali dan pertanggungjawabkan afa'al kita.

Segala gerak dan segala kelakuan itu, adalah ciptaan dari yang maha berkuasa, Allah. Allahlah pencipta segalanya

Firman Allah :-

52.Surah Aţ-Ţūr (Verse 35)
أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

Allah bertanya kita dan bertanya kepada sekalian makhlok ciptaannya, Apakah kita yang mencipta sesuatu atau kita yang kena cipta? ( kamu menjadikan sesuatu atau kamu yang kena jadi ?)

Firman ini menunjukkan bahawa yang mencipta segala sesuatu perbuatan dan segala sesuatu perangai itu adalah Allah.

Dengan cara penyerahan perlakuan kepada perlakuan Allah, maka tidaklah ada lagi tuntutan dan dakwaan Allah keatas kita. Tidak ada lagi tuntut menuntut, dan tidak ada lagi mendakwa-dakwi.

Tuntut menuntut dan dakwa-mendakwi, itu adalah kerana kita tidak jelaskan hutang afa'al (perangai) kepada Allah, kalau kita lunaskan hutang perangai, hutang perbuatan, dan hutang gerak kepada Allah, tidaklah lagi ada apa-apa tuntutan Allah terhadap kita.

Allah hanya meminta haknya dikembalikan, haknya dipulangkan dan haknya dijelaskan semula kepadanya. Setelah semuanya dikembalikan kepadanya, tidak ada lagi soal jawab dan tuntut menuntut keatas diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.