Bagaimana Cara Mengenal Allah Melalui Ilmu Tauhid ?
Cara mengenal Allah melalui ilmu tauhid ialah dengan mengembalikan dan memulangkan semula segala perbuatan, nama, sifat dan zat kita kepada Allah. Jangan lagi ada benda atau sesuatu yang menjadi hak milik kita secara peribadi.
Segala sifat makhlok alam ini akan binasa dan menjadi milik dan kepunyaan Allah. Dengan binasanya sifat alam, ianya aka...n menjadikan berkekalan lah sifat alam dalam wajah Allah. Segala sifat, segala perbuatan, dan segala nama hendaklah dibinasakan dan dipulangkan dan dikembalikan semula kepada yang empunya, itulah yang dikatakan tauhid ( berserah kepada Allah )
( Terapkan konsep iini ketika kita sedang merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan ketika melakukan gerak menggerakkan - binasakan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan gerak didalam perbuatan, nsma, sifat dan Zat Allah... Bukan kita ( badan diri ) yang terasa, Allah yang sedang merasai itu dan bukan kita yang bergerak tetapi perbuatan Allah yang sedang berlaku itu )
Berserah dengan tidak lagi memandang pada sifat makhlok, alam atau diri, melainkan yang dipandang itu, semuanya telah kembali menjadi hak Allah. Setelah selain dari Allah dan diri kita sudah hilang, lenyap binasa, kembali, pulang dan diserahkan semula kepada Allah Ta'ala, itulah yang dikatakan cara mengenal Allah melalui ilmu tauhid yang sebenar.
Setelah semua alam ini telah kembali kosong, barulah Allah itu dapat dipandang dengan pandangan esa, tunggal dan satu. Yang ditauhid dan yang diesakan itu, adalah zat, sifat, nama dan perbuatan sekalian makhlok supaya kembali pulang kedalam wajah Allah Ta'ala yang satu.
Supaya semuanya menjadi satu, tunggal dan esa dibawah satu wajah Allah, sehingga ianya menjadi satu zat, satu sifat, satu perbuatan, satu nama Allah. Penyerahan atau tauhid kita itu hendaklah sampai kepada suatu tahap yang bahawasanya. Allahlah segala-galanya.
Cara mentauhid, mengesa, menunggal dan mensatukan Allah Ta'ala itu, ianya biar sampai kepada tahap binasa sekalian wajah makhlok kedalam wajah Allah yang satu. sehingga bila menyebut sesuatu hanya nama Allah yang terpanggil.
Bila melakukan sesuatu pekerjaan hanya pergerakkan Allah yang terzahir, iktiqod dihati kita itu, biar sampai kepada tahap bahawa hanya kepada Allah sahajalah yang terpandang di alam ini.
Cahaya alam yang kita pandang ini, semyanya hendaklah menjadi wajah Allah. Tidak kira cahaya itu berupa terang disiang hari atau cahaya gelap diwaktu malam, asal saja ianya merupakan bersifat makhlok, hendaklah ianya dipandang sebagai cahaya wajah Allah.
Dari cahaya terang dan cahaya gelap itulah juga, kita dapat memandang Allah disebaliknya. Ingatlah bahawasanya cahaya itu sendiri adalah merupakan wajah Allah. Apabila sifat cahaya itu sendiri sudah menjadi wajah Allah, itulah itulah yang menyebabkan barang apa yang kita lihat itu akan terpandang dan terlihat Allah melaluinya. Sesungguhnya Allahlah cahaya langit dan bumi itu
Firman :
"Allah cahaya langit dan bumi"
An- Nur : 35
* PERINGATAN *
Yang hendak kita tauhidkan dan disatukan itu adalah sifat alam dan sifat makhlok pada keseluruhannya, termasuklah diri kita sendiri..
Allah itu tidak perlu kita tauhidkan, kerana sememannya Allah itu satu, tunggal dan esa, tiada dua dan tiada tiganya Allah itu dengan yang lain.
Maksud yang hendak ditauhidkan itu adalah sifat alam dan sifat makhlok yang banyak ini, supaya sifat yang banyak itu dapat kembali menjadi satu ( menjadi wahdah kepada Allah )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.