MEDITASI/TAFFAKUR SUFI
Hanya ada satu cara / kaedah untuk sampai kepada tahap mengenal diri dan mengenal Allah. Satu-satunya cara atau kaedah itu, hanyalah melalui keredhaan Allah. Dengan pertolongan Allah sahaja, yang membolehkan kita mengenal diti, Allah, sabar, taat dan sebagainya. Tanpa redha Allah tidak kemana cita-cita dan kemahuan kita!. Redha Allah itulah yang diistilah dan yang dikatakan berkat. Biar sedikit asal saja diberkati Allah, sungguhpun banyak jika tidak diberkati Allah! Jangan kejar yang banyak, marilah kita kejar yang berkat, kerana yang berkat itulah keredhaan Allah.Firman Allah yang bermaksud:-"Dan mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan dengan mengerjakan Sembahyang"Al-Baqarah : 45Lagi firman Allah"Bersabarlah dan tidaklah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah"An-Nahl : 127Didalam kaedah menuntut ilmu Allah, kita tidak boleh menggunakan akal untuk sampai kepadanya. Gunalah rohani, hanya dengan ilmu rohani sahaja yang membolehkan kita sampi kepada Allah.Baginda rasulullah SAW, untuk sampi kepada Allah itu, bukan kerana pandai membaca dan menulis. Tanpa pandai menulis dan membaca sekalipun, kita boleh sampai kepada mengenal Allah! Menunjukkan bahawa ilmu Allah itu, bukan boleh diterima melalui bahasa akal! Untuk memahami dan mengajar ilmu Allah, tidak perlu kepada tauliah, sijil, ijazah, baiat, atau belajar diuniversiti Al-Azhar. Ilmu Allah itu adalah bahasa rohani. Itu mskanya Rasulullah SAW tidak perlu kepada menulis dan membaca!Hanya kepada keredhaan dan hidayah Allah sahaja, yabg boleh membuka hati kita dalam memahami rahsia-rahsia rohani disebalik huruf. Segala bentuk pintar, cerdik, tekun, rajin, sabar dan taat itu bukan databgnya dari kehendak akal, sesungguhnya datang ia dari keredhaan serta kehendak Allah. Oleh itu jabgan mudah putus asa, dalam menuju jalan kepadanya.Dalam mencari ilmu mengenal diri mengenal Allah, disamping melalui guru, jangan dilupa untuk mencari ilmu melalui kaedah keredhaan Allah.Yang benar-benar boleh membimbing kita, bukannya guru yang mursyid. Guru yang murdyid itu hanya sekadar menuntun atau menunjukkan jalan sahaja. Sebenar-benar yang boleh memberi faham itu. Adalah Allah sendiri. Hendaklah kita mencari ilmu melalui keredhaan Allah.Firman Allah yang bermaksud:-"Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"At-Thalaakq : 3Satu-satunya jalan untuk sampi kepada Allah adalah melalui kaedah ketentuan dan keredhaan Allah. Sampinya kita kepada tahap ilmu mengenal diri mengenal Allah bukan dengan jalan berguru, membaca Quran, sunnah, malaikat atau kepandaian melalui menuntut ilmu.Sampainya kita ketahap ilmu mengenal diri dan ilmu mengenal Allah adalah melalui ketentuan, ketetapan dan keredhaan Allah sendiri. Itulah makna baginda Rasulullah SAW mengenal Allah dengan Allah.Mengenal Allah itu bukan dengan melalui Malaikat, Quran, guru atau tuntunan makhlok. Mengenal Allah adalah dengan Allah.Oleh itu, jangan kita taksub kepada seorang guru, guru sekadar memberi galah dan sekadar memberi lampu, yang selebihnya, jolok dan suluhlah sendiri melalui kehendak dan keredhaan Allah.Kami berpesan kepada kalian dan kepada diri saya sendiri, jadi guru itu, bukan untuk dipuji atau dipuja, cukuplah sekadar menghormati kepada ilmunya dan bukan kepada orangnya.Jangan dipuja guru itu berlebih-lebihan, kebimbangan takut-takut terjadi riak kepada pihak guru dan taksub kepada pihak murid. Cukuplah bergantung harap segala ilmu itu atas keredhaan Allah. Bagi seorang guru makrifat itu tidak lagi menganggap dirinya seorang guru. Dalam ilmu makrifat itu tidak ada guru dan tidak ada murid. Yang ada hanya sifat IKHLAS.Setelah sifat ikhlas telah menjiwai kedalam hati seseorang guru, bukan lagi murid yang mencari guru, malahan sebenar-benar guru makrifat itu, guru itu sendiri lah yang keluar mencari murid. Bukan timba mencari perigi, malahan telaga gurulah keluar mencari timba murid!Tugas guru itu, hanya sekadar menyampaikan apa yang ada padanya, ilmu yang ada pada dadanya, adalah juga milik Allah. Bukan dari milik siGuru !Yang selebih itu, carilah dalam diri kita sendiri. Sebenar-benar guru itu, adalah diri rohani kita sendiri ! Guru zahir itu hanya selaku penyampai ilmu sahaja, sesungguhnya yang memberi faham adalah Allah sendiri.Ilmu makrifat adalah ilmu rohani. Hanya pintu rohani sahaja yang dapat menerima rohani. Pintu akal itu tidak sekali-kali akan dapat menerima dan menilik ilmu rohani, hanya pintu rohani sahaja yang akan dapat menerima dan manilik ilmu rohani. Oleh itu carilah guru yang betul-betul berkebolehan rohani, supaya dapat membawa dan membimbing kita sampai keakhirat, agar kita tidak tersesat olehnya.RAHSIA ILMU ROHANI, TEORI DAN PRAKTIK....Alhamdulillah, di dalam risalah kecil ini diberikan sedikit panduan sebagai pengenalan ringkas kepada kursus yang berikut yang dituliskan oleh penajanya sendiri, Yang Berbahagia Bagindo Mokhtar, Palembang Indonesia.Di dalamnya terjalin dan tersusun baik gambaran cerita-cerita Alam Rohani yang patut dapat dikupas oleh ahli-ahli Ilmu sejak zaman dahulu kala.MENGENAL ILMU ROHANI TEORI DAN PRAKTIKSebelum saudara-saudara mempelajari, memahami dan mengikuti kursus berikut ini, terlebih dahulu perlulah saudara meneliti garis-garis kasar agar lebih cepat dapat mendekati dan memahami secara mendalam.Jika dibaca dan diteliti akan terbayanglah cerita Ilmu Rohani, kiranya saudara bernasib baik ada bakat semulajadi diberi Allah, bersedia dan bersanggupan untuk turut masuk berenang dalam kolamnya dengan mengikut cara-cara latihan yang tertentu. Rasanya akan terbongkar rahsia kekuatan Rohani yang diluar dugaan dan akan dapat dialami sendiri keanehan dan keajaiban yang luar biasa..Bertambah didkawal, dijaga garis-garis kasarnya dengan penuh cermat akan aturannya dan dengan penuh hormatnya dan sungguh kuat akan ajaran-ajaran Allah, akan berjumpa betapa besarnya ilmu ini untuk hidup kita di dunia dan akhirat. Harga nilai hidup kita mengangkat naik sebagai hidup seorang yang berilmu dan beramal menuju ke darjat hidup sebagai seorang muslim, seorang mukmin lagi Aarif akan hakikat sesuatu yang ada di sebalik alam fizikal atau Alam Jasad dan Aalam Mental atau Alam Fikiran ini.MENGENAL ALAM FIKIRAN DENGAN ALAM HATI ATAU ALAM ROHANIBila kita melihat tubuh kasar kita yang tersergam ini nyatalah bahawa tubuh kita ini adalah dibawa oleh kemahuan kita sendiri.Kemahuan kita berpusat di dalam akal, dan akal bersemayam di dalam otak.Di dalamnya terdapat mahkota tempat berfikir, menapis, mengkaji segala sesuatu isi alam hingga ke akar umbi kelapisan sains dan teknologi yang telah tiba ke puncak kemajuan Apollo yang termasyhur ini.Bila difikirkan sejenak, walaubagaimana gagah perkasa otak berfikir, kemahuan,beranalisa bahawa kekuatan tersebut adalah terbatas selama alam kita berada di alam jaga.Apabila kita telah tertidur, setakat itulah sahaja batas kebolehannya, kekuatan berfikir, kekuatan otak akan terhenti dan diberhentikan. Mari kita berfikir sejenak, seluruh anggota kita dikawal dan diperintah oleh otak. Adakah anggota di dalam badan kita yang tidak dapat diperintah oleh fikiran ?.Jawabnya, ada. Nafas, gerak paru-paru dan gerak jantung, tenaga otak tidak dapat memerintahnya. Malahan, fikiran dan tubuh kasar kita bergantung kepadanya.jantung dan paru-paru bergerak terus, walau kita tidur.Ini bererti badan kita dikuasai oleh dua tenaga dan satu lagi tenaga yang kuat di masa kita sedar iaitu tenaga otak dan satu lagi tenaga yang lebih kuat,, tenaga yang menguasai disebalik tenaga sedar tersebut.Tenaga sedar, tenaga alam fikiran, memang biasa dipelajari orang, tetapi jarang benar orang sanggup menyelam lebih mendalam, mengkaji dan mempelajari tenaga yang terpendam dan lebih kuat: daya tenaga yang berada disebalik tenaga lahir itu. Tenaga disebalik gerak jantung dan paru-paru itulah yang dinamakan TENAGA ROHANI.LAPISAN ALAMLapisan alam terbahagi kepada dua. Pertama, Alam Lahir iaitu melalui otak dan yang kedua Alam Rohani yang melalui kekuatan hati.Alam Lahir:Segala ilmu yang tertulis di dalam kitab-kitab atau buku buatan manusia boleh dipelajari dengan kekuatan otak dan daya fikiran, melalui pendengaran dan penglihatan samada di dalam teori atau praktik. Alam ini berpusat dari otak kerana pelajaran-pelajaran itu tersusun dari kekuatan otak manusia. Kekuatan belajar adalah bergantung kepada nilai tenaga yang telah ujud di dalam fitrah semulajadi otak seseorang itu di dalam fitrahnya.Alam Rohani:Alam yang diluar dari alam lahir tersebut di atas. Kepada manusia yang dianugerahi Allah mudah sangat mereka tertarik dan dapat mengenal secara arif. Sebagaimana cerita Nabi Musa belajar dengan Nabi Haidir. Peringkat tingginya seperti cerita Asif Barkhaya dengan Nabi Sulaiman. Bilangan manusia di dalam lapangan ini adalah terhad dan terlalu sedikit. Mencari mempelajari rahsia yang menguasai, yang menggerakkan paru-paru dan jantung inilah di mana mempelajari rahsia kekuatan tenaga hati, atau rahsia kekuatan tenaga rohani.Sebagaimana Firman Allah:Yang bermaksud: Mereka bertanya kepada engkau cerita rohani, katakanlah, roh itu dari urusan Tuhanku, dan kamu tiada diberi ilmu kecuali sedikit.Bererti terlalu sedikit orang yang dibukakan ke jalan Alam Rohani ini dan ada yang mengertikannya pula, kalaupun dapat mengetahui ia adalah terlalu sedikit jika dibandingkan luasnya Alam Kerohanian itu. Asas ilmu ini berpusat kepada ajaran Allah di dalam surat An Nur ayat 35-38.Antara lain yang bermaksud: Allah memberi cahaya kepada langit dan bumi, contoh cahayanya seperti satu lubang di dinding. Di dalamnya ada lampu dan lampu itu di dalam kaca. Kaca itu seperti bintang-bintang yang berkilau-kilauan dan lampu itu dinyalakan dari minyak kayu yang berkat jenis kayu minyak zaiton yang tidak tumbuh di timur dan tidak di barat. Minyak zaiton( minyak yang mneyalakan lampu) ini sendiri bercahaya-cahaya walaupun ia tidak disentuh api.Cahaya atas cahaya, Allah akan memberi hidayah kepada hambanya dengan cahayaNya. Allah mempunyai ilmu yang sangat luas.Di dalam rumah-rumah yang Allah izinkan supaya dinaikkan dan disebut namaNya, dan di dalammya orang bertasbih pagi dan petang.Demikian juga bagi sesetengah ahli tariqat yang menyeru sheikh mereka, pernah terdapat di dalam pengajaran mereka bahawa sebelum membuat amal perlulah berzikir dahulu menyeru nama sheikh-sheikh mereka dan menggambarkan rupa Tok guru sebagai Sheikhul Murabbi atau Imam Batin.Apakah yang menggerakkan kedua-dua jenis manusia ini? Gerak yang berlaku ini adalah diibarat mencari cahaya dari tok-tok guru atau cahaya sandarannya dan yang diseru itu datang menyinarkan rumah orang menyeru.Di dalam pelajaran ilmu ini, kita sendiri boleh melahirkan cahaya lampu kita sendiri,,melahirkan cahaya itu keluar melalui lubang dinding yang tertentu dari bahagian kita, dengan latihan-latihan yang ditunjuk ajar oleh guru tanpa menyeru namanya. Kita harus meminta izin Allah dan menyebut nama Allah supaya daya cahaya kita terus memancar keluar. Bagi Pelajar-pelajar ilmu dukun melayu atau dukun hindu, siam dan sebagainya, mereka memakai cahaya atau pancaran orang lain kerana tiada dapat memahami bagaimana cahayanya sendiri boleh dipancarkan keluar. Dipakai hingga sesetengah ahli tariqat yang memakai amalan tersebut, serupa sahajalah mereka seperti mereka tersebut di dalam keadaan menyeru dan memakai cahaya orang lain, tetapi nilai cahaya roh-roh yang diseru adalah berlainan.Ahli-ahli tariqat yang serupa itulah yang disangkal ( disanggah) oleh orang yang berpegang teguh kepada ajaran Sunnah dan Al Quran. Untuk meniliti ilmiah yang lebih jelas dan lebih mendalam, bolehlah dibaca kursus berikut sesudah mendapat latihan praktik yang diajarkan kelak.Latihan-latihan yang perlu diamalkanDi antara latihan-latihan di dalam ilmu ini ialah:a. melatih diri supaya sentiasa berada di bawah tenaga HATI.b. Melatih diri melahirkan rasa pancaran hidup melalui saluran anggota tertentu.c. Peringkat pertama dinamakan dapat merasakan diri lahir kedua-dua kalinyad. Pendeknya melatih kuasa kekuatan akal, menyerahkan alam fikiran dan gerak badan tunduk di bawah kuasa yang mneggerakkan jantung dan paru-paru, dan terus menyerah diri kepada Allah, hingga lahirlah satu gerak yang disandari tetapi gerak itu bukan di bawah kuasa kemahuan akal, walaupun keadaan kita di dalam Alam Sedar.Itulah latihan peringkat pertama dan dari tangga pertama itulah membawa naik sedikit demi sedikit sehingga ke alam yang tidak pernah kita alami dan di luar dugaan akal yang kita pelajari kelak.Hasil yang akan diperolehi.Peringkat rendah sekuirang-kurangnya boleh dirasakan Gerak Silat, sebagaimana yang disukai oleh anak-anak muda dan ahli-ahli seni silat hari ini.Beberapa lelaki yang sentiasa menyebut Allah ( mengingati) walaupun ia berniaga atau berjual beli, namun perniagaan dan urusan jual belinya tidak mengganggunya dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka bimbang pada suatu hari kelak` boleh mengubah atau memusingkan hati dan pandangan. Diterangkan di dalam ayat yang tersebut bagaimana cerita cahaya yag lahir dari lubang dinding bilik sebuah rumah. Bagaimana cahaya berlapis-lapis, cahaya di dalam cahaya- cahaya lampu, cahaya kacanya, cahaya minyak zaiton yang sebelum kena api telah bercahaya. Cahaya ini memancar keluar rumah. Cahaya kaca sahaja seperti cahaya bintang yang bertaburan. Terdapat pula perkataan tuan rumah yang sentiasa bertasbih di dalam rumah tersebut. Jelas cerita rumah dengan tuan rumah, jelas cerita cahaya yang lahir memancar dari rumah tersebut, cahaya yang lahir dari lampu, yang memancar keluar bukanlah lampunya tetapi cahayanya. Lampu tetap di dalam rumah. Tersimpul di dalam dua cerita, cerita rumah dengan lelaki yang bertasbih dan cerita cahaya yang memancar dari lubang dinding sebuah rumah.Ayat yang kedua dari surah Al Imran.Dari ayat tersebut diterangkan terdapat cerita siang dan malam, terang dan gelap,hidup dan mati,mati di dalam hidup, mengeluarkan hidup dari benda mati dan mengeluarkan mati dari benda hidup, mengeluarkan mati dari hidup.Ada pula sesetengah ulama tafsir mengatakan cerita ini ialah cerita ayam dengan telur atau anak ayam dikeluarkan dari telurnya. Bagi pelajar ilmu rohani, kedua-dua ayat tersebut adalah menceritakan lapisan-lapisan Ilmu Rohani. Antara diri kita yang di dalam dengan badan jasmani yang di luar.Siapa yang hidup siapa yang mati, siapa yang menjadi burung dan siapa yang menjadi sangkar, siapa yang menjadi tuan rumah dan siapa yang menjadi rumah, siapa yang menjadi lampu dan siapa yang menjadi cahayanya, yang mana pula rumah dan bagaimana pula gaya dan cara boleh melepaskan cahaya lampu itu lahir keluar.Kesimpulannya, lampu adalah aku, lampulah yang boleh memancarkan cahaya, hanya sa-nya, samada kita boleh melahirkan cahaya menembusi lubang-lubang dinding yang diceritakan oleh ayat tersebut. Boleh memancarkan cahaya tersebut keluar rumah itulah punca rahsia pelajaran Ilmu Rohani itu.Perbezaan Alam Ini Dengan Alam Dukun Melayu.Apabila kita bertemu dengan pak dukun melayu yang memakai ilmu menurun, tidak sedarkan diri, selepas menyeru nama-nama sandaran mereka, hampir serupa dengan sesetengah ahli tariqat yang memakai wasilah atau tawasul dengan menyeru arwah-arwah sheikh mereka. Sesetengah ahli dukun yang memakai sandaran memakai ilmu seru, sebelum memulakan perubatan, mereka terlebih dahulu membakar kemenyan dan kemudian menyeru supaya sandarannya datang. Si dukun terus mematikan dirinya, mematikan kemahuannya, menyerahkan bulat-bulat gerak dan laku yang dilahirkan oleh sandarannya.Kata Bermula.Anak-anakku sekalian.1. Ketahuilah olehmu, meresapkan ke dadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindunganNya yang maha besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu Sembahlah Dia, Allah yang maha Esa dan pohonkanlah segala-galanya kepada Nya.2. Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tiada ibu bapamu tentu kamu tidak menjadi manusia , kerana ibu bapamu manusia. Dari itu sujud dan patuhi, dan hormatilah sedalam-dalamya dan jangan engkau derhaka kepadanya. 3. Engkau dikandungkan oleh ibumu dan jadilah engkau anak kandung, kerana dia yang mengandungkan engkau. Tapi jangan dilupa seorang anak tak akan jadi jika tiada seorang bapa..4. Di dalam bidang ilmu pengetahuanku, aku gurumu, engkau anak muridku walaupun kau memanggil bapak kepadaku.Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran kau mendatangkan bahagia pada Rasa Perasaan ibu bapamu dan kaum keluargamu. Dan…. Di manakah letaknya Bahagia mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada padamu. Tetapi di mana letaknya Bahagia itu? Letaknya bahagia itu padamu iaitu di tempatnya. Mungkin letaknya di luarmu tetapi tidak mungkin kerana engkau yang membawanya.Bahagia ku letaknya padaku dan bahagia mu letaknya padamu. Aaku mengandung bahagia dan engkau mengandung bahagia. Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandunganmu itu. Engkau tak tahu. Dalam hal ini maka aku yang engkau anggap Gurumu yang menolong melahirkan kandunganmu itu.Engkau akan merasa bahagia sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami bahagiamu yang telah dilahirkan itu.Kesedaran dan pengertianmu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Gurumu sebagai pembimbing dan pemecah Rahsia dirimu sendiri. Menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal dan abadi.Pelajarilah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada padamu dan jagalah adabmu terhadap ibu bapamu dan gurumu. Terutama dan teristimewa sekali terhadap Allah, Tuhan yang mengadakan segala yang ada, menjadikan segala yang dijadikan, yang mengetahui yang tidak mengetahui yang terkandung di badan dirimu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenar.Rabbighfir warham waanta khairurrahimin…………………………………… ………………………………………..Ya Allah ya Tuhanku, Ampunilah kesalahan ku, kasihanilah aku, Engkau sebaik-baik yang mengasihani.( 27.Nov 1965, Palembang, Baginda Muchtar)MENGGALI POTENSI DIRI SEJATI....Telah lama diteliti bahwa selama hidupnya, manusia hanya menggunakan kurang dari 10% potensi diri yang tersembunyi di dalam otak. Bahkan sebagian besar manusia menggunakannya di bawah bilangan 5%. Lalu kemana yang 90% ? Jawabannya adalah potensi diri tersebut menunggu untuk digali. Dua dekade terakhir, penelitian tentang potensi diri manusia mengalami peningkatan yang signifikan. Semakin banyak metode-metode up to date dengan hasil penelitian yang mengungkap potensi diri dengan cara pengembangan potensi otak manusia. Bagaimanakah hubungan antara potensi diri atau potensi otak ini dengan kehidupan anda ? Pada realitasnya keduanya mempunyai hubungan yang erat sekali. Hal ini berarti, kemampuan anda untuk mengoptimalkan daya otak anda akan sangat membantu anda untuk meraih target kesuksesan anda.JEMPUTLAH ANUGERAH TUHAN DENGAN POTENSI DIRIPotensi diri manusia sungguh luar biasa dahsyatnya. Lihatlah hasil karya potensi diri manusia di muka bumi ini. Meliputi berbagai bidang disiplin ilmu mengeksplorasi luasnya jagad besar, teori-teori fisika dan kimia yang membuat manusia mampu pergi menjelajah ke bulan, mengeksplorasi luasnya angkasa luar, meluncurkan satelit dengan kemampuan membaca setiap detil peta bumi secara lengkap dan jelas, menciptakan pesawat terbang super canggih, pesawat ulang alik nan menghebohkan, menciptakan kapal selam super power, menemukan jejaring internet yang membuat dunia ini serasa mengkerut seolah-olah bagaikan dalam genggaman tangan. Begitu juga eksplorasi ke dalam jagad kecil yang teramat rumit dan njelimet, temuan-temuan dalam bidang ilmu biologi, kimia mikro dan teknologi medis yang membuat manusia mampu menciptakan organ-organ tubuh imitasi yang dapat mengganti fungsi organ ciptaan Tuhan yang telah rusak. Ilmu ekonomi yang mampu membuat imperium bisnis sangat besar dan kuat, digabung dengan ilmu sosial dan politik mampu menciptakan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di berbagai negara belahan bumi Eropa. Semua itu merupakan buah karya potensi diri manusia. Dahulu, sesuatu yang tampaknya sebagai kodrat yang tak bisa lagi dirubah (diwiradat), kini manusia semakin membuktikan diri mampu membuat temuan-temuan dan hasil karya yang menakjubkan. Meciptakan lensa mata imitasi menggantikan lensa asli yang rusak terkena katarak, menganti jantung manusia dengan binatang, bahkan dengan alat pemacu jantung seseorang mampu bertahan hidup puluhan tahun.Bukankah tugas manusia di bumi ini untuk membaca, memahami, lalu menghayati bahasa dan ilmu Tuhan yang Mahaluas tiada batasnya itu. Bukankah setiap ada kesulitan, manusia selalu tertantang berikhtiar menemukan jalan keluarnya. Maka tak heran bila dalam teknologi elektronika-metafisika, manusia telah menemukan alat penyadap keberadaan roh halus dan eksistensi makhluk gaib yang kasat mata.Perkembangan potensi manusia tentunya tidak akan berkembang pesat, apabila mental spiritual, mental pikiran masih terbelenggu oleh sistem nilai di alam bawah sadar. Agama pun sesungguhnya bukan untuk mengungkung mental, mengurung kesadaran dan kebebasan berfikir, serta membelenggu kemampuan jelajah spiritual manusia. Sebaliknya, sungguh ideal di saat mana agama dipahami sebagai guidance (pemandu jalan) agar potensi dan prestasi manusia mampu mengembangkan potensi berfikirnya secara maksimal, dengan orientasi yang terarah, bermanfaat sebagai rabbul alamin, berkah bagi alam semesta dan seluruh isinya. Peran semua agama bukan untuk membatasi perkembangan potensi diri, kreatifitas dan inovasi manusia. Melainkan menjaganya agar jangan sampai inovasi manusia disalahgunakan sehingga membuat kerusakan-kehancuran di muka bumi. Sebagai contoh, bila Anda percaya bahwa Tuhan itu ya rabbul alamin maka dinamit bukan untuk membunuh manusia, melainkan untuk menciptakan energi yang dimanfaatkan bagi kesejahteraan umat, serta menjaga dan melestarikan anugrah Tuhan berupa lingkungan alam.Dapat dibayangkan apabila manusia mampu mendayagunakan potensi diri yang lebih besar lagi, hingga mencapai 50 % nya saja. Sebab biar seberapapun kemajuan dan kedahsyatan potensi manusia seperti contoh di atas, kenyataannya bagian yang 90% potensi masih terpendam di dalam diri dan dibiarkan sia-sia begitu saja. Maka tugas kita adalah bisa membuka, menggali, mengenali, mengembangkan, lalu memanfaatkan potensi diri lebih baik daripada hari ini. Bukan untuk mengejar kepentingan pribadi, melainkan untuk menggapai kebaikan yang lebih utama, yakni menghayati makna yaa rabbul alamin, dengan memanfaatkan hidup kita agar berguna bagi sesama, seluruh makhluk, dan lingkungan alam. Apabila prinsip ini Anda terapkan dalam keluarga, niscaya keluarga anda akan harmonis, tenteram, selamat, sejahtera, dan selalu kecukupan rejeki. Kalis ing rubeda, nir ing sambekala. Terlindung dari segala kefakiran.Demikian pula apabila hal serupa terjadi di dalam lingkup wilayah yang lebih luas : kelurahan, kecamatan, kabupaten, propinsi, dan negara, maka ketidak-tentraman, kekisruhan, perselisihan, percekcokan, konflik di antara warga bangsa, antara pemimpin dengan rakyatnya, antar pemimpin dengan pemimpin lainnya, hampir pasti selalu berakibat tertutupnya pintu rejeki dan pintu-pintu anugrah yang disiapkan Tuhan. Nasib bukan tergantung Tuhan, tetapi tergantung pada diri kita sendiri. Tuhan telah meletakkan dan menyiapkan rejeki serta anugrah “di suatu tempat” dan tugas kita adalah menjemputnya.Untuk mengembangkan potensi dalam diri, terdapat 3 unsur utama di dalam kepribadian manusia yang harus dipahami. Ketiga unsur tersebut sangat menentukan potensi diri dan menjadi faktor penentu kesuksesan seseorang :Sistem Kepercayaan : Merupakan faktor yang menentukan pola pikir (mind set). Sistem kepercayaan mencakup seperangkat nilai, sesuatu yang dianggap berharga, segala sesuatu yang diyakini, dan segala sesuatu yang dianggap benar.Pola Pikir (mind set) atau Båwå : disebut pula sistem berfikir merupakan faktor penentu sistem perilaku atau kepribadian seseorang (behavior). Menentukan bagaimana seseorang mengambil atau menentukan suatu tindakan. Pola pikir akan menentukan respon terhadap segala sesuatu yang terjadi di dalam diri (inner world) maupun lingkungan sosial dan lingkungan alamnya.Sistem perilaku / Kepribadian (behavior) atau Solah : adalah faktor yang menentukan tata cara berinteraksi atau penentu perbuatan terhadap dunia luar, lingkungannya, atau segala sesuatu peristiwa di dalam diri dan lingkungan sosialnya.Sistem kepercayaan dan pola pikir ditampung dalam memori alam pikiran bawah sadar. Alam bawah sadar bagaikan stockpile atau database yang menyimpan banyak potensi diri. Alam pikiran bawah sadar dapat muncul dalam kondisi darurat dan bekerja secara spontan. Untuk itu perlu diketahui apakah alam bawah sadar itu?ALAM BAWAH SADARAlam bawah sadar bukan berarti tiadanya kesadaran. Sebaliknya, justru di situlah kesadaran level tinggi (high consciousness) berada. Hanya saja kenapa disebut alam pikiran bawah sadar karena yang menilai adalah pikiran sadar kita yang belum memahami kesadaran pikiran bawah sadar kita sendiri. Apabila anda telah sukses mengoptimalkan alam pikiran bawah sadar, maka alam pikiran bawah sadar sudah tidak ada lagi, karena alam pikiran sadar anda telah menyadari apa yang menjadi kehendak alam pikiran bawah sadar. Berdasarkan pengukuran melalui alat yang dinamakan Electro-encepalograph dan perangkat eletronis pengukur kinerja otak lainnya, pada dasarnya otak memiliki 4 Fase Gelombang yaitu Bheta, Alpha, Theta, dan Delta.BhetaFase gelombang otak pada frekuensi/cyclon 12 – 40 Hz/Second. Di saat mana anda sedang sangat aktif seperti mengobrol, mengerjakan sesuatu, gugup/gelisah atau keadaan aktif lainnya. Beta sangat diperlukan jika kita harus memikirkan beberapa hal sekaligus, tapi tidak jika kita ingin menyerap informasi secara cepat.AlphaFase gelombang otak pada frekuensi/cyclon 12-8 Hz/Second. Fase otak penuh kreatifitas, di mana otak dalam keadaan yang lebih rileks. Fase ini sangat baik untuk belajar, menyerap informasi, melakukan terapi, mempercepat proses penyembuhan, meningkatkan kekebalan tubuh, juga mengurangi stress mental-emosional dan fisik. Sering disebut sebagai keadaan Meditasi Dasar. Fase alpha merupakan jembatan antara kesadaran bheta dengan theta. Pada saat semedi/meditasi Anda dapat menangkap sinyal-sinyal akurat yang dipancarkan oleh kesadaran theta.ThetaFase gelombang otak pada frekuensi/cyclon 8-4 Hz/Second. Fase gelombang otak yang lebih dalam, yaitu saat anda meditasi atau trance. Fase ini sangat bagus untuk proses auto-sugesti/ auto-hypnosis. Pada fase inilah mimpi terjadi, sehingga dengan teknolgi yang mampu mengontrol fase ini, anda dapat memperoleh mimpi “Extra-Sensory Perception” atau biasa disebut kewaskitaan/wangsit. Melalui fase ini anda dapat menemukan jawaban yang tepat atas suatu permasalahan yang rumit dan berat. Dapat mengetahui apa yang sesungguhnya terjadi, tanpa harus susah payah melakukan penelitian dan pengumpulan data terlebih dulu.DeltaFase gelombang otak pada frekuensi/cyclon 4-0,1Hz/Second. Delta merupakan fase gelombang otak yang terakhir dan paling dalam. Keadaan ini diperoleh saat anda tidur nyenyak atau keadaan koma. Dengan mampu mengontrol fase ini, anda dapat memperoleh kondisi tidur yang nyenyak dan berkualitas. Dengan teknik tertentu, fase ini dapat menghubungkan theta Anda dengan Energi Kesadaran Astral yang diberikan Tuhan. Melalui fase ini pulalah anda dapat mewujudkan energi pikiran menjadi materi. Bahkan dapat weruh sadurunge winarah.DAPATKAH PIKIRAN SADAR MENYADARI ALAM BAWAH SADAR ?Gelombang otak pada frekuensi bheta dan alpha berada di level alam pikiran sadar. sedangkan frekuensi theta dan delta disebut sebagai alam pikiran bawah sadar. Sekali lagi, bukan berarti tidak adanya kesadaran otak/pikiran. Melainkan disebut alam bawah sadar, karena kesadaran delta dan theta belum mampu dipahami oleh alpha dan beta (pikiran sadar). Fungsi alam bawah sadar merupakan stockphile atau memory card yang menampung dan menyimpan “bahan-bahan” jadi hasil olahan pikiran sadar yang sudah terseleksi oleh RAS (reticular activating system). Sedangkan pikiran sadar berfungsi sebagai “mesin produksi” bahan “olahan jadi” tersebut. Tugas pikiran sadar mengolah pemaknaan, lalu disaring mana yang dianggap memiliki nilai/value untuk dimasukkan ke dalam alam bawah sadar. Sementara itu cara kerja RAS adalah sebagai berikut :Data-data (stimulan) diolah oleh rasio/pikiran sadar, lalu masuk ke pikiran bawah sadar melalui proses penyaringan diri, dinamakan RAS (reticular activating system).RAS tidak hanya menerima bahan jadi dari pikiran sadar. Bahan jadi yang telah diberi nilai pikiran sadar sebagai bahan jadi negatif atau bahan jadi positif.RAS bekerja otomatis tergantung pada kondisi gelombang otak, pemikiran dan emosi. Fungsi RAS adalah menginstalasi dan uninstalasi program ke atau dari dalam alam bawah sadar.Kejadian /peristiwa bersifat netral bebas nilai. Sementara itu yang memberi nilai adalah pikiran sadar.Persoalannya, bagaimana kita memilih program yang bermanfaat, bagaimana menentukan program positif. Positif bernilai universal dan positif bernilai individual. Program positif individual akan dipengaruhi oleh stimulus yang berasal dari luar diri. Sementara itu, program positif universal bersumber dari rahsa sejati yang menciptakan stimulan dalam otak sebelah kanan (spiritual spot). Misalnya nilai universal hukum sebab akibat yang memandang Puncak dari penyebab (penyebab sejati) dari seluruh kejadian di alam semesta ini disebut sebagai Tuhan (God) atau Causa Prima. Sesuatu yang ada (being) namun keberadaanya (eksistensi) tidak disebabkan oleh apapun juga.Pernahkan anda merasa sudah tahu lebih dulu apa yang menjadi jawaban atas suatu kejadian sebelum rasio/logika anda melakukan analisa ? Jika pernah, berarti alam bawah sadar anda sedang bekerja. Bekerjanya alam bawah sadar tentu saja terpisah dari bekerjanya alam/pikiran sadar. Sehingga terkdang anda heran sendiri, manakala menyadari keputusan spontan anda ternyata benar dan tepat padahal tanpa melibatkan analisa rasio anda lebih dulu. Hal itu terjadi karena alam bawah sadar anda merupakan bentuk kesadaran tinggi yang tidak disadari oleh rasio/alam sadar anda. Kecepatan dan kemampuan analisanya jutaan kali lebih cepat dibandingkan dengan kemampuan rasio/logika alam pikiran sadar anda sendiri. Alam bawah sadar sudah memuat data-data yang telah diolah menjadi bahan jadi. Sewaktu-waktu diperlukan, dalam kondisi rilek, konsentrasi, hening. Kesadaran alam pikiran bawah sadar, ditandai dengan ide-ide yang inspiratif. Bila kita terbiasa mengolah keseimbangan antara alam sadar dan bawah sadar, kita akan mampu berfikir jernih, cepat, tepat, akurat walau dalam keadaan tertekan dan genting.Pertanyaannya kemudian, apa saja faktor yang mempengaruhi sistem kepercayaan ? Tentu saja sistem kepercayaan tidaklah mandiri berdiri sendiri, atau tiba-tiba ada. Berikut ini beberapa faktor yang sangat mempengaruhi sistem kepercayaan seseorang :Lingkungan terdekat misalnya : keluarga, orang-tua, saudara kandung, teman bermain, kelompok sosial, golongan, aliran/mazab. Misalnya kita memeluk salah satu agama bukan karena pilihan, namun karena faktor-faktor kebetulan. Misalnya mengikuti agama orang tua, disebut juga sebagai agama warisan. Lalu dikembangkan sebagai keyakinan mutlak.Lingkungan sosial-budaya. Meliputi kebudayaan masyarakat, sistem kepercayaan, falsafah/pandangan hidup, sub-kultur atau pola-pola perilaku masyarakat, lingkungan sosial-ekonomi misalnya agraris, maritim, atau industri.Generalized other. Atau figur yang dijadikan tulada/suri tauladan.Pengalaman spirit & tingkat pemahaman spiritual masing-masing individu.Ada dua pertanyaan, barangkali anda dapat menjawabnya :Lantas dari mana alam bawah sadar anda memiliki guru yang paling efektif menjadi pembimbing ?Apa bedanya alam bawah sadar milik seorang yang mendayagunakan “guru sejati”, dengan orang yang hanya mengandalkan rasio saja ?Manusia LinuwihManusia linuwih tidak lantas berarti orang yang sakti mandraguna. Linuwih adalah memiliki kelebihan dibanding rata-rata orang. Kelebihan itu terletak pada prinsip keseimbangan. Sebagaimana keseimbangan yang ada di dalam mikrokosmos (jagad kecil atau diri pribadi) dan keseimbangan yang ada dalam makrokosmos (jagad besar atau alam semesta). Pada galibnya, hubungan keduanya juga saling cross cuting harmony atau saling silang-menyilang dalam hubungan yang seimbang. Yakni, manusia selaras, sinergis, dan harmonis dengan alam semesta (manjing ajur ajer dengan pusaka hasta brata) atau kesimbangan mikro-makro kosmos. Di sini pembahasan saya tekankan pada adanya keseimbang di dalam mikro-kosmos terutama pada keseimbangan gelombang otak. Keseimbangan antara gelombang beta, alpha, tetha, dan delta. Untuk menyelarasakan 4 gelombang tidaklah mudah, karena banyaknya kendala yang harus dilenyapkan. Oleh sebab itu untuk menyeimbangkan gelombang otak, perlu proses pelatihan dengan menerapkan beberapa teknis melatih diri.Manfaat Stimulasi Penyeimbangan Gelombang OtakMemprogram ulang pola pikiran dan perasaan anda menjadi mudah meraih sukses.Menjadi lebih produktif dan kreatifMenjadi lebih relaks dan bebas stressMeraih sukses lebih cepat di bidang apapunMearaih kredit poin lebih tinggi pada prestasi kerja andaMemiliki daya tangkap dan daya ingat lebih baik, cepat, kuat dan permanenMemiliki kepercayaan diri lebih baikMemiliki kemampuan komunitas bisnis dan sosial yg lebih baikMampu memecahkan berbagai masalah secara kreatifMenghilangkan berbagai macam kebiasaan dan tabiat burukEmosi dan mood lebih stabilMeningkatkan kemampuan otakMeraih hasil-hasil tersebut (perubahan diri) dalam waktu lebih cepat dan singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.