Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

CARA BERGERAK

CARA BERGERAK...

Salam para sahabat - anak anak Bapak yang dihormati,

Sudah tentu kita semua MAHU BERGERAK mengikut CARA CARA yang diajar oleh Bapak Dr Bagindo Muchtar....


Sumber yang ada pada kita selain guru guru kita yang membuka jalan dan pengalaman pengalaman peribadi kita sendiri ialah NOTA KULIAH BAPAK.

Bagi sahabat yang ada buku NOTA KULIAH sila rujuk pertamanya mukasurat 188 Kuliah 8 ( Bacaan Awal ) , dan keduanya mukasurat 117- 118 Kuliah 6. ( Cara Mula GERAK ) Bagi para sahabat yang tidak memilikki buku Nota Kuliah saya perturunkan disini perkara yang disebutkan diatas :-

Mukasurat 188 Kuliah 8 di Bagan Jermal- Penang 21hb Januri 1974
BACAAN AWAL

Ya turutlah kami...duduklah ditempat masing masing..

( Bapak MENGETUAI GERAK )

Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Lailaha Illallah, Wallah Hu Akbar -3 X
( Maha Suci Allah, Segala Puji-pujian Bagi Allah , Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar )

Asyhadu Allaailaha il-Allah Wa –asyhadu anna Muhammadur ar – Rasuulullah
( Bapak baca sebanyak - 4 X )

Mukasurat 117- 118 Kuliah 6 – Bagan Jermal – Penang 19hb Januari 1974 – CARA BERGERAK

( Isteri Pak Kusib ..Kak Nab duduk dihadapan Bapak )

Cuba macam kami bikin tangan..terus..ya ...terus
Air Hiba , katanya ( apa maksud air hiba ini ???= admin )
Ha ..ha..ha..terus..terus saja..Hmm ..hmmm ..hmm
Jangan dibuka dulu..terus saja

( Kedua-dua telapak tangan Kak Nab BERTEMU RAPAT dan MENJULANG NAIK keatas )

Satu jalan. Ini dulu. Itu bisa ( boleh ) KUNCI MENGUNCI. Terus saja dulu. JANGAN SAMPAI TERBUKA TANGAN. Tutup Menutup, kunci mengunci. Rapat ..ya gerak boleh. Jangan sampai, jangan sampai terbuka macam kami ini. Titik tolaknya, ini KUNCI. Kunci, ya , ya rapat. Sampai BEHENTI pula seluruh gerakan.

Ya Daulat Tuanku. Tidak apa apa . Jalan terus. Yang Di-Pertuan Agung.

Ya sampai berhenti SETENANG-TENANGnya...seluruh gerakan tidak bergerak lagi. Sampai DIBAWA KE-DADA. Rapat. Ya ..sampai dia TURUN KEBAWAH. Ya sampai setenang-tenangnya hendaknya.

Jangan dibuka tangan tu. JANGAN DI-BUKA. Jangan dibuka. TUTUP terus. Kunci rapat rapat. RAPATKAN TANGAN. Rapat ..rapat. Tidak boleh macam ini.
( Bapak menunjukkan kedua-dua telapak tangannya betul betul rapat - BERTEMU SEPULUH JARI )

Rapat terus. Untuk diri sendiri terus saja itu. TAHANKAN Ya itu pertahankan. Ya dan BERGERAK TENANG...SETENANG-TENANGNYA.

( Kedua-dua telapak tangan Bapak rapat di- TENGAH TENGAH DADA. KEPALA-nya TUNDUK )

Ya Tuhan ...macam saya sekarang ..TUTUP MATA ..macam ini. Ayat2 Quran saja yang saya boleh lihat.

Ya tenang saja kita BERSEMADI lagi.

Jadi kalau mahu tengah malam SEMBAHYANG DUA RAKAAT terus begini saja bertekun. ( Kedua-dua telapak tangan bapak rapat ditengah tengah DADA. Kepalanya TUNDUK. Matanya PEJAM. ) Mudah2an ada PETUNJUK – PETUNJUK dan PELAJARAN – PELAJARAN akan diperdapat.

Satu jalan ya...hmm ..hmm.hmm Rapat didada. Setenang-tenangnya. Ya sampai lepas. BUKA JARI TELUNJUK . Jari SRI MALAM..sampai merupakan jari sepuluh..hmm ..hmm.

Ya TUNDUKKAN KEPALA yang satu dan selesai habis ..ya hmmm ..hmm . Macam GERAKAN tadi , sampai SEHENING-HENINGNYA. Akan tercipta BERSEMADI . habis....hmm ..hmm

Satu pula CARANYA ya Tak ...BERSEMADI


Gerak yang berlaku padamu ketika didalam peramalanmu itu sebenarnya adalah Gerak qudratullah ( Hakikat Gerak Allah ).

Maka padanya pula mendatangkan daya2 ghaib yang merupakan suatu tenaga serbaguna buatmu. Oleh itu perhatikanlah dan perdalamilah kajianmu dan renunganmu terhadap apa-apa yang kau telah rasakan dari gerak itu.

Gerak yang terjadi secara automatik itu berlaku apabila tumpuan dan pe...nyerahan secara total kepada Yang Maha Esa dan ia merupakan connectting bagi si hamba dan Tuhannya.

Dalam perjalanan kita ini gerak adalah jalan bagi kita dan jalan ini adalah fungsi utama. Oleh itu jikalau kita inginkan sesuatu maka hendaknya gunakanlah kaedah gerak, kerana gerak itu adalah Kuasa Ilahi,

Tangan kanan dan kiri kita berGerak sendiri itu merupakan dalil nyata bagi kita yang membawa maksud kudrat dan iradhat tuhan, RASA yang terasa di hujung jari-jari kita itulah sebenarnya Pancaran Kudrat dan Irodhat Ilahi.

Bagi mereka2 yang minat didalam bidang perubatan atau persilatan maka sayugianya anda memahami akan keadaan nya supaya kita mendapat hasil keputusan yang memuaskan. Akan tetapi kaedah gerak ini bukannya dapat digunakan didalam satu dua bidang sahaja akan tetapi ianya dapat di gunakan didalam berbagai perkara asal kita tahu menggunakan nya.

Niat, Doa, Serah adalah isi penting didalam peramalan dan proses ini dan terlebih utama adalah Kata Kunci (password) yang perlu didahulukan.

Kemudian kita niatkan dan doakan serta serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Keiklasan jua memainkan peranan penting didalam hal ini bagi menyatakan hati dan rahsia kita tetap kepada Allah jua digantungkan.

Gerak yang terjadi dari hasil pembukaan jalan oleh guru kepada kita sebenarnya bukanlah sekadar gerak dan daya energy sahaja bahkan ia dibukakan juga akan Hijab Alam Sir (alam rahsia) Ilahiah kepada kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mengamalinya, mengkaji, menghayati serta memahami akan keberadaan nya,,,,

Pada mulanya kau yang tidak mendapat gerak kini telah tergerak dengan sendiri tanpa kawalan dari mindamu. Apakah itu suatu hal yang luar biasa. Kalau kita fikir2kan dari mana gerak itu datang maka kita akan dapat mentafsirkan nya bukan?

Oleh itu ketahuilah wahai saudara2ku gerak dan hijab serta energy ghaib adalah suatu hal yang sama jadi sama datang nya, dari tuhan jua datangnya maka perbaikilah keadaan ini dengan gerak yang telah terbuka padamu.

Yang paling penting kenalilah DIRImu dan TUHANmu dahulu sebelum kau melangkah keluar alam batang tubuhmu, pastikan jalan datang dan kembalimu itu sama tempatnya dan sama jalannya,,,

Jalan badan lain dan jalan diri lain serta jalan aku lain. Akan tetapi ia kait mengait antara satu sama lain. Untuk itu sama2lah kita mencari mengkaji memahami nya mudah2an kita mendapat kejayaan didunia naupun di akhirat.

Gerak Silat atau gerak dalam perubatan bukanlah perkara pokok didalam hal ini akan tetapi permahaman tentang gerak itu yang di titik beratkan.

Wahai anak2ku

Tempahlah kejayaanmu melalui jalan gerak ini kerana aku telah dapat merasai akan nikmat darinya (gerak)

gerak kedalam bermula jalan
untuk mencari rahsia tuhan
hidup dan mati tahu bezakan
supaya selamat di hari mendatang

gerak keluar menembusi alam
untuk sempunakan alam kehidupan
supaya selamat akan keadaan
moga mendapat rahmat tuhan

PERGERAKAN oleh Ayahdi PakNgah

Pergerakan yang kita dapati selepas kita membaca password nya itu adalah ia terjadi daripada proses semula jadi dari rahsia hidup yang berada didalam dada kita apabila dihubungi.

Pergerakkan itu adalah suatu jalan dari Allah kepada kita dan hakikatnya ia membawa kita berjalan mengikut kehendakNya mengikut hajat yang kita serahkan kepadaNya maka Allah akan mengatur urusan itu mengikut caraNya bagi jalan BBM iaitu GERAK.

Sebagaimana Firman Allah yg berbunyi....wallahu ghoolibun ala amrih (dan Allah lah yang mengatur sekelian urusan makhlukNya.).........Oleh itu kalau kita tahu akan keadaan gerak itu pasti kita tidak akan puas dengan peramalan itu kerana ia adalah dalil bagi kita yang mana Allah lah yang membawa kita bergerak atau berjalan kepada KehadhiratNya.

Terkadang ada orang bertanya mengapa orang lain beramal tidak bergerak seperti jalan BBM? Atau kita sendiri pun pernah membaca ayat2 lainnya kenapa tidak bergerak.? Maka inilah rahsia jalan BBM. sebenarnya gerak itu tergantung kepada NIAT dan kefahaman jika kita melakukan gerak dengan tiada kefahaman maka ia digelar atau dikategorikan dalam gerak kosong

Akan tetapi ada juga gerak yang bercampur. Ini adalah kerana kelakuan abadi masih lagi bercampur dengan kelakuan zahir. Ianya terjadi akibat dari ketidak-fahaman didalam hal pemisahan. Orang kata mereka ini tidak dapat lagi nak membezakan antara mana gerak abadi dan mana gerak lahiriah. Kalau gerak lahiriah ia terjadi dari tindakan akal.

Akan tetapi gerak abadi itu hasil dari tindakan AKU atau QUDRAT Ilahiah.

Gunakanlah gerak yang ada padamu itu untuk membawa segala apa yang ada padamu samada tangan, kaki, hati, fikiran dan juga lainnya agar kita mendapat Rahmat dari Nya. Gunakanlah daya kekuatan yang ada itu untuk melenyapkan segala ajakan dan pengaruh2 jahat yg sentiasa mendampingi kita sejak dari lahir.

Pisahkanlah akal fikiranmu dan jiwamu dari sifat pergantungan kepada hal yang bersifat mati, dan gunakanlah tenaga ghaib itu untuk melakukan pemecahan2 yang mendatangkan manfaat kepadamu, dirimu dan badanmu. Dan sesungguhnya gerak yang kita dapati itu adalah suatu hal yang ajaib dari Allah. Makanya kita perlu mengambil manfaat dari gerak itu sendiri,

Kalau Nabi Muhammad dibawa oleh Allah dalam sejarah Israk dan Mikraj suatu perjalanan luar biasa bagi manusia dan Nabi di angkat ke langit tingkat ke 7 dan sampai Kehadirat Allah,,,,,,,,maka dengan ini jalan yang kita dapati dari BBM ini adalah satu hal yang sama akan tetapi berlainan pada keadaannya.

Oleh itu lakukanlah itu dengan terbaik. Marilah kita sama2 bantu membantu untuk mencapai Redha Allah di dunia dan juga akhirat,

Lakukanlah pengakuan dan penyaksian kepada Tuhan pada setiap masa dengan ucapan Kalimah Syahadah. Jalan ini Jalan Hidup dan hidup itu akan mendatangkan gerak. Maka jalan lain itu adalah jalan mati itulah keadaan nya.

Rahsia hidup iaitu AKU maka kedudukan nya didalam dada seperti yang kita ketahui kedudukan dada itu berada ditengah2 antara kanan dan kiri. Jadi rahsia itulah berada disitu.

AKU itu adalah (rahsia hidup) yang mendatangkan energy2 kepada kita iaitu badan diri ini. Kalau dikaji balik sememangnya kedudukan hidup itu terletak pada dalam dada, kerana dada itu adalah rumah bagi hidup.....ada kata ulama terdahulu mengatakan sesungguhnya AKU (Allah) mentajallikan RahsiaKu kedalam dada mu..

Ketahuilah bahawa DIRIKU dan AKU adalah satu jua dan antara AKU dan ALLAH satu jua kerana pokok dari segala yang ada (ujud) itu adalah Allah jua.

Makanya diriku itu adalah ia umpama cahaya yang memancar dari sebuah pelita minyak tanah, yang mana pelita itu akan menyala dan memancarkan cahayanya dan ia pula menerangi setiap ruangan yang ada.

Maka cahaya itulah DIRI-KU dan api pelita itulah AKU ,dan apabila sudah terzahirnya cahaya (diri) maka pelita tadi akan menjadi rahsia yangg tersembunyi didalam cahaya ( DIRI ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.