Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

PANCARAN YANG MENEMBUSI ALAM BADAN DIRI MELALUI SEPULUH PINTU.

PANCARAN YANG MENEMBUSI ALAM BADAN DIRI MELALUI SEPULUH PINTU.

Pancaran rohani atau tenaga QUDRATULLAH yang memancar menembusi alam badan diri melalui sepuluh pintu iaitu jari-jari tangan kanan dan tangan kiri.

Ianya berlaku melalui proses-proses tertentu sehingga menyebabkan gelombang dan daya-daya ghaib memancar sehingga menembusi alamnya sendiri. ...


Sebagai bukti untuk menyatakan ianya telah menembusi alamnya sendiri maka eloklah kita tumpukan pada hujung jari-jari kita itu tentunya yang ada itu RASA denyutan menyucuk pada hujung-hujung jari.

RASA yang terasa itulah yang dikatakan pancaran rohani yang telah menembusi alamnya sendiri dan ia merupakan pancaran diriku. Dalam ilmu hakikat atau tasauf ia dinamakan proses tajalli ( penyataan ).

Denyutan-denyutan itu sebenarnya bukti bagi menunjukkan keberadaan meta-energy pada kita apabila ini benar-benar terjadi dan dapat pula dirasakan oleh anda maka itulah yang dikatakan oleh BAPAK BAGINDHA MUCHTAR…“Melahirkan kandungan”dan kini kandungan telah terlahir.

TENAGA YANG MEMANCAR - KANDUNGANKU TELAH TERLAHIR.

AKU adalah yang setitik yang datangnya dari ZAT kini menjadi DIRI memancarkan tenagaku untuk mentadbir dan mengawal serta menjaga keadaan badan diri supaya ia bahagia, mulia bebas dan senang samada didunia mahupun akhirat, MENGENAL DIRI DAN TAHU DIRI itulah kuncinya,

- AKU adalah Tuan atau Diri Hakiki.

- DIRIKU adalah aku iaitu pancaran dari AKU dan ia merupakan TENAGA QUDRATULLAH dan aku itu adalah bayangan AKU, dia yang menjadi DIRI pada badan dan merupakan sumber kehidupan alamnya.

- BADANKU tempat penyataan tenaga ( DIRI ) dan badanlah yang AKU yang berdiri ini gunakan untuk menyatakan kewujudan dan kekuasaanku dan tanda-tanda kekuasaanku adalah aku. Badan mengandungi diri, diri itulah tenaga, tenaga itulah aku, aku diliputi AKU. Badan yang ujud inilah alamku.


Bawaannya titik-titik ialah gerak dan kalau engkau mahu menurutkannya, gerak itu akan dapat pula engkau temui, yang bagi badan dirimu sendiri adalah gerak itu bergerak dengan sendirinya (datang dengan sendirinya).

Maka adalah menjadi kewajipanmu menjaga dalam menurutkan gerak yang bergerak dengan sendirinya itu (akan rasa yang terasa itu tak boleh hilang begitu) dan begitu sehingga engkau dapat ...
pula merasakan hendaknya bahawa penyebab dari gerak itu datangnya dari dalam badan dirimu sendiri dan bukan luar dari badan dirimu.

Bergerak dengan lupa kepada rasa yang terasa bererti lupa akan diri sendiri, dan kalau tak hatihati, bisa saja terjadi yang tak diinginkan bagi badan diri sendiri.

Berjalan bersertanya bererti mengikut jalannya atau sejalan dengannya, yang mana apa yang dibuat dan yang dilakukannya adalah di luar pengetahuan kita, dan hasilnya ialah di luar dari dugaan kita pula.

Kita harus belajar padanya dengan berjalan bersertanya dan dengan menurutkan jalannya. Dan yang amat penting sekali, mengenalnya sedalam-dalamnya dengan rahsia yang terkandung padanya.


“Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan
yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”


Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita....



Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung
jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan Sehingga kita dapat mengatakan
rasa yang mengandungi rahsia.


Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah
diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.


Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan Ini gerak Qudratullah


Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat.


Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri
kita keluar dan kedalam


Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya,


Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku
siapa?


Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku. Tetapi AKUNYA


20.Surah Ţāhā (Verse 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah
akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.


AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah )


Diriku = ruh = Muhammad


Badanku = jasad = Adam


Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :


3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga
yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan

Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau
jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

dengan tiada hitungan hisabnya".


Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye
tak?


Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.


- yang didalam tak mengenal yang diluar


- yang diluar tak mengenal yang didalam


Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki,
terus, terus, terus.


Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.


Berjalanlah pada jalannya,


MANA JALANNYA ?


- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa


- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan
diturutkan


- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang


Ingat saja kepadanya, Turut saja


Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula,
keluar dari garis kebenaran.


Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat

Tempuh-tempuh ini tidak ada erti


Perubahan akan terjadi di badan diri kita Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi Kalau
kita bukan kita, siapa pula kita?


Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia. Tapi kita bergerak dibidang
rahsianya, oleh Yang Maha Kuasa tadi.

Apakah
sebenarnya rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ?


Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ialah rahsia yang telah
dipecahkan oleh BBM


Apakah rahsia yang BBM pecahkan itu ?

...

Rahsianya ialah Yang didalam (ruhku - huwal batinu = dialah yang tersembunyi)
dan yang diluar (badanku - huwazzohiru = dialah yang nyata) sedang saling kenal
mengenal.


Telah menjadi satu, (AKU) ketika ini tanyalah siapa AKU ?


Yang sedang bertanya itu juga yang akan menjawab.....


Kita bukan kita lagi = hilang kesedaran pada badan diri ku, yang tinggal
kesedaran kepada AKU Allah...


Kata BBM perbaikilah ke-ADA-an mu dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung
jari. Maksudnya jangan kita lupa untuk merasai rasa-rasa yang terasa
dihujung-hujung jari itu.


Jika kita lupa nak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu
bermakna terputus hubungan diantara badan diriku dengan AKU...


Lakukan saja jangan banyak memikirkan, ingat saja (rasa saja) pada rasa-rasa
yang terasa dihujung-hujung jari itu, jangan banyak soal.....


Tidak hilang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu maknanya ingat
kepadanya....


Kalau kita tidak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ,
bermakna kita sedang tergelincir dari jalan yang lurus..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.