Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

CARA-CARA & ADAB BERZIKIR

CARA-CARA & ADAB BERZIKIR
===================
Perlulah ditegaskan di sini bahawa satu satunya zikir yang dibuat tampa menepati peraturan dan petua petua berzikir nescya zikir berkenan tidak akan mencapai matlamatnnya.Banyak orang zikir mengikut salera masing masing,terasa hendak berzikir dengan nyaring lantas dinyaringkan suaranya,terlintas dihatinya hendak melagukan lantas dilagukanya,terasa hend...ak dilengang dilingangkan tubuhnya lantas dilingang lingukkan,pindek kata berzikir bagi mereka adalah dengan cara melafazkan mengikut kehendak hatinya sahaja tampa mendapat patua yang sebenar.

Apabila disebut petua berzikir maka ia meliputi peraturan,cara melafazkan dan adab sebelum dan selepas berzikir.

(1) ADAB SEBELUM BERZIKIR

1. bersihkan diri pada pakaian yang bersih lagi suci dan beruduk.

2.Baca Al-Fatehah dan banyakan Istighfar disamping memohon sufaat daripada Baginda RasuluLlah.

(2) ADAB KETIKA BERZIKIR

1.Duduk bersila diatas tempat yang suci atau duduk seperti duduk tahyat awal dengan mengadap kiblat.

2.Letakan tangan dikanan di atas peha kanan dan tangan kiri di ats peha yang kiri.

3.Pejamkan mata rapat rapat seboleh bolehnya jangan dicelikan ketika berzikir.

4.Hendaklah kita benar benar menghadirkan diri semasa berzikir deengan cara mematikan (menghilangkan) diri dimana kita harus merasai diri kita kosong tiada mempunyai suatu dan tidak ada upaya terhadap sesuatu,

seelok eloknya baca :-لا حي لاعلم لاسمع لابصر لاقادر لامريد لامتكلم بالحق الاالله

5.Benar benar ikhlas hati kepada Allah.

6.Se elok eloknya mulakan zikir لإاله الا الله daripada zikir zikir yang lain.

7.Hendaklah menghadirkan diri kita pada tiap patah zikir dengan setiap path zikir dan di ikuti pula oleh setiap angota zahir dan batin.

8.Hendaklah menilek diri batin disamping acara berzikir.

(3)PERATURAN DAN ADAB SELEPAS BERZIKIR

1.Hendaklah berdiam diri seketika di tempat berzikir setelah selesai sambil menilek diri batin melalui "KAF" kausar yang terletak diantara kening kanan dan kiri.

2.Tahan nafas seketika perlahan lahan dan ulangkan perbuatan itu sebanyuak banyak 7 kali,lepas itu mengucaplah.......اشهدان لا اله الا الله واشهدان محمدرسول الله.

3.Tahan diri daripada minum air se;agi merasa haus dahaga selepas berzikir,ini bertujuan supaya pati hasiat zikir yang berkenaan itu dapat meresapi jantung dan tubuh seluruhnya.



(CARA CARA MELAFAZKAN ZIKIR)

ZIKIR AFAAL:لإاله الا الله

Lafazkan perlahan lahan (tidak nyaring) cuma sekadar untuk di dengar oleh diri sendiri sahaja.cara bacaanya adalah:-

LA pertama, LA kedua LA ketiga dan HA.......di panjangkan tiga alif ( 6 harkat).

Ketika melafazkan LA itu hendaklah dihalakan daripada mulut sampai kepusat,dan ketika melafazkan ILAHA itu daripada arah pusat ke ubun ubun,kemudian di lafazkan pula ILLA itu dengan pendek dari ubun ubun ke halkum dan di pukulkan pula lafaz ALLAH dengan kuat sampai kepusat menghala ke jantung.Selepas sahaja melafazkan لإاله الا الله maka hendaklah di sambung di dalam hati....لاموجودالاالله.



ZIKIR ASMA...ALLAH,ALLAH.

Mulakan dengan lafaz ALLAH yang pertama dengan panjang iaitu 2 alif (4 harkat) daripada pusat naik ke kepala (ubun ubun) dan dongakan muka ke arah langgit dan lafazkan ALLAH ( HU ALLAH) yang kedua dengan kuat dipukul pada pusat dan mengalir kejantung,lafaz ALLAH yang kedua ini juga panjangnya 2 alif.

Sebutkan ALLAH ALLAH itu dengan terang mengikut makrajnya.

Sila than nafas seketika dapat menyebutkn ALLAH ALLAH beberapa kali dalam satu nafas.



Pada peringkat awal zikir ALLAH,ALLAH itu hendaklah dibuat secara nyaring di mulut kemudianya diperlahankan seketika tidak berbunyi pada mulut dan berzikir di dalam hati sahaja.



ZIKIR SIFAT....ALLAH HU.

Sila lihat cara berzikir ini di dalam bab yang membincangkan zikir nafas.



ZIKIR ZAT.......(RAHSIA/SILA RUJUK KEPADA AHLINYA).

Adapun zikir zat itu hendaklah didalam hati semata mata, lafazkan (.....) dari pusat menghala ke ubun ubun dan kemudiannya dipukulkan dengan kuat kepusat mengalir kejantung,tahan nafas ketika berzikir (....) sehingga dapat dibuat beberapa kali diulangkan sebutan sebanyak banyak mungkiin dan ISTIKAMAH.

NAMUN BERGITU UNTUK KETERANGAN LANJUT BAGI GAMBARAN PENERANGAN INI YANG MUNGKIN TIDAK BEGITU JELAS,SILALAH BERTANYA KEPADA ORANG HAKIKAT DAN MAKRIFAT LAGI MURSHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.