Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Di balik badan adalah diri

 
"Di balik badan adalah diri. Di dalam diri adanya ‘A’-ku dan sebelum ‘A’-ku adalah hamba. Ditemuinya hamba dipertemuan kiri dan kanan." (DkYKk Edisi 2003, ms 205, perenggan terakhir.) dalam praktik / kaedah pastilah ia menuntut pengalaman yg sewajarnya, supaya ia benar-benar menjadi kenyataan.

caranya adalah seperti yang Bapak nyatakan (DkYKk Edisi 2003, bermula di ms 16 perenggan terakhir);

"Ya...ng akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati. Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknya pernafasan kita.

Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulang-ulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam. Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita."

tetapi ini bagi orang yg belum 'buka jalan'. bagi yg sudah buka jalan, dia akan dapat menemui suatu keadaan tenang (tiada apa yg ada di dalam fikiran dan di dalam hati) serta dapat berasakan suatu tenaga yg sangat kuat dari dalam, yg kemudian berkembang meliputi seluruh tubuhnya. maka pada saat ini kita haruslah mengikut gerak tenaga berkenaan.

Jikalau tenaga itu tak membuatkan kita bergerak, maka duduklah diam-diam sambil mengambil perhatian penuh pada apa yg sedang berlaku. tenang dan sabarlah... lagi pesan Bapak; "dudukku duduk menanti, menanti sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu..." inipun salah satu dari amalan duduk menanti... menanti sesuatu... dengan apa yg sedang berlaku... kemukanya Aku menjadi kita...jadi...

Aku itu hanya akan menjadi kita apabila kita sudah tidak ada (tiada yg ada dlm fikiran & hati). kalau bergerak, inilah yg Bapak istilahkan sebagai 'gerak berisi'... manakala 'gerak kosong' pula ialah gerak yang dicetuskan oleh diri yg masih dikuasai oleh alam fikiran, iaitu masih ada kebimbangan, ketakutan, harapan, sejarah (ingatan masa lalu), angan-angan, dsb.

justeru di peringkat awal perjalanan/belajar membawakan, Bapak nasihatkan; "perbaikilah badan dirimu dengan apa yg ada padamu... ."

"kita berlatih sampai terlatih," nasihat Bapak. maksudnya, pengalaman2 sendiri yg akan dipakai untuk memahami tingkah-laku Aku itu, misalnya mahu bergerak atau tidak... dan apabila kita sudah biasa dengan penemuan keadaan tenang tenteram itu, kita apply (gunakan) untuk kehidupan harian...

Jadi jangan hanya berusaha untuk duduk pada tenang tenteram itu pada masa2 tertentu sahaja... misalnya masa nak duduk bergerak sahaja... atau masa menghadapi orang sakit ... ataupun masa mahu menghilangkan rasa cemas ataupun berharap. berada dalam keadaan tenang tenteram itu kunci bagi banyak (mungkin juga bagi semua) perkara...

boleh? hehehe... ini kan pengertian saya peribadi... kalau rasanya boleh dipakai, pakailah... kalau tidak, tolak sahaja ke tepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.