WAHDAH
Cara untuk menyatukan segala makhlok itu, adalah dengan "membinasa, menyerah dan mengembalikan sekalian sifat, perbuatan, nama dan sekalian zat makhlok kepada Allah"
Iaitu dengan membinasakan sifat wujud diri dan alam. Melainkab yabg wujud, yang ujud dan yang maujud itu, segalanya adalah wajah Allah belaja.
...
Tidak wujud (ada), tidak ujud (diadakan), dan tidak maujud (mengadakan) sekalian sifat makhlok alam ini, melainkan yang wujud, ujud dan maujud itu, adalah wajah Allah Ra'ala belaja.
Seperti sifat rupa paras bumi, langit, bulan, bintang termasuk sifat rupa paras diri kita sendiri, adalah merupakan sifat rupa paras wajah Allah. Itulah makanya syarat untuk melihat dan mengenal Allah itu, adalah melalui cara melihat dan mengenal diri sendiri.
Semua sifat makhlok yang ada di alam ini, bagi memperzahir, memperlihat dan mempamirkan wajah Allah. Sayangnya tidak ramai yang dapat menterjemahkan kenyataan dan penzahiran Allah itu. Untuk menyatu, mengEsakan dan untuk mewahdahkan Allah supaya benar-benar bersifat Esa (wahdah) hendaklah kita menfana', membinasa dan meleburkan sifat makhlok.
Mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa sesungguhnya "tidak ada yang bersifat , berafa'al, berasma' dan berzat di alam ini, melainkan semua sifat, semua afa'al, asma' dan yang berzat itu, adalah wajah Allah belaka.
Tidak ramai yang dapat memahami kaedah in dan tidak ramai yang dapat menjiwai konsep ini, melainkan orang yang benar-benar terbuka hijabnya dan orang-orang yang mendapat pertolongan hidayah Allah. Oleh itu mohonlah pertolongan Allah. Ramai dikalangan kita yang tidak mahu memikir dan berfikir kearah itu, kerana teramat buta mata hatinya.
Firman Allah :-
2.Surah Al-Baqarah (Verse 171)
وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءًۚ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
Mengenal Allah melalui keEsaan (wahdatul wujud) itu, adalah mengenal Allah dengan cara mengaku bahawa, sifat mulut yang berkata-kata itu, adalah sifat Allah, sifat kita adalah bisu, mata yang berpenglihatan itu, adalah sifat Allah, sifat kita adalah buta, telinga yang berpendengaran itu, adalah sifat Allah, sifat kita pekak.
Kumpulan dan cantuman sifat pekak, buta, bisu, lemah, fakir, bodoh, mati, baharu dan yang binasa ini supaya menjadi satu bungkusan, kemudian bungkusan itu hendaklah diserahkan kembali kepada Allah Ta'ala.
Cantum, satukan, bungkus dan masukkan ia kedalam satu bekas, iaitu ke dalam bekas yang bernama "binasa". Setelah kesemuanya dibungkus ke dalam satu bungkusan dan dicantumkan kedalam satu uncang, campakkan ia kepada Allah Ta'ala.
Setelah semuanya menjadi bulat dan menjadi satu, humban dan lontarkan ia kepada Allah. Seumpama melontar dan mencampakkan sup bunjut kedalam belanga yang berisi air, agar ianya menjadi kuah.
Selagi sup bunjut itu, tidak dicampakkan ke dalam belanga, selagi itulah ianya tidak akan menjadi kuah sup dan selagi itulah ianya tidak boleh dirasa.
Percaya dan yakinlah bahawa semua sifat alam dan sifat yang ada pada pancaindera diri kita, pada hakikat sebenarnya adalah tidak ada dan tidak ujud.
Segala sifat yang ada, yang ujud dan yang maujud ini, semuanya merupakan " CAHAYA WAJAH ALLAH YANG ESA" ( cahaya Allah yang satu dan wajah Allah yang satu ) yang sebenar-benar ujud itu, adalah Allah, segalanya selain Allah itu, tidak ada.
Cara mengenal Allah melalui keEsaan (wahdatul wujud) itu, adalah melalui cara mengembalikan semula keujudan alam makhlok, kepada Allah.
Allah akan hanta dapat dikenal melalui sifat-sifat makhlok. Makhlok itu sebenarnya adalah merupakan bayangan Allah. Wajah Allah itu adalah terzahir pada alam dan ada terzahir pada diri kita sendiri.
Barang siapa yang dapat menyatukan alam dan mencantumkan diri sendiri ke dalam wajah Allah, maka orang itu pasti akan dapat mengenal Allah. Cara mengenal Allah melalui alam itu, adalah dengan cara mengembalikan (membinasakan) kesemua sifat-sifat zahir dan sifat batin makhlok alam kepada diri Allah.
"Dan barang siapa mengenal diri, nescaya mengenal ia akan Allah, siapa mengenal Allah nescaya binasa jasad (makhlok) !
Bagi siapa yang dapat mengenal alam makhlok, apalagi mengenal diri, adalah menjadi suatu kepastian untuk menemui jalan mengenal Allah. Satu-satunya cara, satu-satunya jalan serta satu-satunya kaedah bagi mengenal Allah itu, adalah dengan cara mengesakan alam (satukan alam) kedalam keEsaan Allah.
Tidak ada lagi jalan lain dan tidak ada lagi cara lain selain utu. Ini sahajalah kaedah dan caranya bagi mereka-mereka yang berhajat untuk membinasakan diri. Mereka yang mengambil jalan lain selain itu, sesungguhnya orang itu adalah terpesong, pendusta, jahil, dan tergolong dalam golongan mereka-mereka yang paling sesat diantara orang-orang sudah sesat, juga orang yang paling buta diantara orang-orang yang telah buta.
Firman Allah :-
2.Surah Al-Baqarah (Verse 171)
وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءًۚ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
Kemana perginya makhlok setelah melalui konsep penyerahan Alam ?
Setelah mengenal Allah, alam makhlok pasti binasa, hancur dan lebur. Sekiranya makhlok alam belum dapat kita binasakan, bererti kita belum mengenal Allah. Yang menjadi persoalannya, kemanakah pergi dan hilangnya makhlok selepas mengenal Allah?
Sekali lagi saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian keluar dari bilik bacaan keperkarangan rumah atau mana-mana tempat yang membolehkan kita melihat labgit. Bilamana mata saudara/i pandang kearah langit, apakah yang saudara/i nampak dan apakah yang saudara/i lihat ? Apakah saudara/i nampak Allah ?
Apakah kita nampak Allah itu, berada pada langit ? Apakah lakaran wajah Allah itu terukir, tertulis atau tergambar diruangan langit? Kebanyakkan alhi sains dan pakar bintang telahpun menggunakan teropong jauh, untuk melihat bulan dan bintang dilangit, malahan tidak seorang pun terpandang Allah melaluinya.
Bagaimanakah caranya orang makrifat itu, dengan hanya melihat langit, akan terpandang Allah besertanta?; bilamana melihat bintang, terpandang Allah bersamanya? dan bilamana melihat matahari akan terpandang Allah dengannya? Kenapa dan bagaimanakah orang makrifat yang mengenal Allah itu akan terpandang Allah apabila melihat sesuatu, tambahan pula bilamana melihat kepada dirinya sendiri ?
Inilah kaedah yang heendah diperkatakan dan hendak diperjelaskan....
Mustahil langit yang kita lihat, akan terpandang selainnya, bilamana kita memandang dan melihat langit melalui mata kasar, semestinya langitlah yang ternampak dan terpandang. Itu bagi yang melihat melalui mata kasar.
Manakala bagi yang melihat dengan mata basyirah dan melalui mata rohani, pandangan serta penglihatan mereka tidak sama melihat melalui mata zahir. Kaedah melihat melalui mata basyirah inilah yang tidak dimengerti oleh kebanyakkan akal makhlok manusia yang menjadikan ramai dikalangan kita terkeliru, tersesat, tersasar dan tersalah faham.
Untuk itu perhatikanlah dan selamilah satu persatu kalimah yang akan disampaikan ini dengan cermat. Jalan atau kaesah untuk melihat Allah melalui sifat makhlok atau melalui sifat alam itu, adalah dengan cara melihat melalui mata hati. Setelah saudara/i berada diperkarangan luar rumah, cuba sekali saudara/i pandang kearah langit, pandang kearah bukit, dan pandang kearah pokok. Dongakkan sekali lagi muka saudara/i kearah langit, lihat, tilik, renung dan pandanglah langit. Jika malam pandanglah bulan, bintang dan jika saudara/i lihat diwaktu siang pandanglah matahari. Setelah itu tanya dan ajukan persoalan ini kepada diri sendiri. Dari mana asal datangnya langit yang terbentang luas itu? Apakah langit beserta isinya itu boleh terjadi sendiri ? Cuba usul sifat bulan atau matahari itu, dari mana asalnya?
Asal mula pada pertama-tama kejadiannya bulan, bintang dan matahari itu, tentunya dari Allah. Bila kesemua kejadian itu bermula dan berasal dari Allah, sudah tentu ianya akan berakhir dan berkesudahan juga dengan Allah. Allah itu tang awal, dan Allah itu jugalah yang akhir. Apakah dahulunya Allah, sekarang tidak lagi sebagai Allah?. Apakah salahnya kita mengembalikan semula kepada Allah ! Seumpama asal kerusi meja dari sifat kayu. Jangan lagi dipabggil dengan nama kerusi meja. Apa salahnya kita panggil saja dengan panggilan kayu ! Asalnya sifat ombak dilaut itu, adalah dari sifat air, apa salahnya jika kita terus panggil atau gelarkan ianya sebagai air.!
Jika sekiranya asal kain dari benang dan asal benang datangnya dari kapas, apa salahnya jika terus panggil kapas! Memang kelihatannya agak janggal pada kebiasaan, tetapi itulah kenyataan dan itulah rialitinya!
Apakah bezanya kapas dan sifat kain ? Memang baju tidak sama dengan sifat kain manakala kain tidak sama dengan sifat kapas. Sekiranya kita lihat melalui mata hati, darimana asal datangnya kain? Dan dari mana bermulanya kejadian baju? Apakah kain baju itu boleh terus menjadi baju? Memang kain atau baju itu, sifatnya tidak serupa dengan sifat kapas, tetapi dari mana asal datangnya kain baju itu jika tidak dari kapas! Kapas tidak sama dengan sifat kain, tetapi tidak lain daripadanya. Kapas bukan kain tetapi tidak lain dari kapas asalnya! Asap bukan api, tetapii tidak lain dari api. Ombak bukan laut, tetapi tidak lain dari laut. Masin bukan garam, tetapi tidak lain dari garam.
Begitu jugalah dengan sifat bulan, bintang, matahari dan seisi langit. Jika kita pandang dengan menggunakan mata basyirah, sifat kain atau baju, tidak lagi terlihat oleh pandangan mata, malahan akan terlihat, terpandang dan teringat terus hati kita kepada sifat kapas !
Sifat langit, bulan, bintang dan sifat matahari tidak lagi terlihat oleh pandangan mata, melainkan pandang memandang utu adalah Alkah dengannya, bersamanya, dan besertanya.
Saya dengan hormatnya meminta saudara/i mendongakkan pandangan saudara/i kelngit, kearah bukit atau pokok. Lihat, pandang dan tiliklah betul-betul, jangan sahaja melihat kepada sifat luaran, hendaknya saudara/i pandang sehingga sampai kepada sifat yang disebalik pokok, bukit dan disebalik sifat langit itu sendiri.
Disebalik sifat zahir binatang yang berkaki empat itu apa? Disebalik langit itu apa ? Dan disebalik matahari itu apa? ............. ? Apakah ada lagi disebalik selain dari Allah ?
Yakin dan percayalah bahawasanya disebalik segala sesuatu makhlok itu, adalah Allah Ta'ala.
Cara, kaedah atau jalan untuk memandang Allah itu adalah dengan melihat kepada sifat disebaliknya. Semasa kita melihat kepada sifat zahir makhlok alam, jangan kita lupa untuk melihat sifat yang disebaliknya. Jika mata zahir memandang gajah, maka gajahlah yang kita nampak.
Manakala mata basyirah yang memandang sifat disebalik gajah, disitulah akan terpandang wajah Allah dengan nyata. Nyata dengan segala wajah sifat, wajah afa'al, wajah asma' dan wajah zat Allah Ta'ala beserta, bersama dan meliputinya. Jika itulah kaedah tilikan kita, debgan sendirinya akan leburlah sifat makhlok.
Bilamana sifat makhlok sedah lebur, dengan sendirinya akan terpancarlah cahaya wajah Allah Ta'ala menerangi penglihatan mata. Bilamana wajah Allah telah melimpah terlihat dan terpandang oleh penglihatan mata zahir, apa lagi melalui pandangan mata hati. Disitu baru kita sedar bahawa yang menggerakkan kaki binatang berjalan itu siapa? Yang menggerakkan mulut binatang mengunyah makanan itu siapa? Yang membuka mata binatang itu siapa? Yang memutarkan alam itu siapa ? Yang mengeluarkan api pada bebola matahari itu siapa? Yang disebalik makhlok itu sispa?
Cuba ajukan pertsnyaan itu kepada diri kita sendiri. Kemudian cuba jawab sendiri! Sekarang cuba sekali lagi kihat kearah langit, lihat bulan bintang dan lihat alam sekeliling anda.
Apa yang tuan-tuan nampak sekarang?. Pastinya mata basyirah kebanyakkan dari tuan-tuan akan terlihat dan terpandang hanya Allah.............
Pastinya penghayatan pandangan tuan-tuan pada kali ini, amat berlainan dan berbeza dari pandangan atau tilikan pada kali yang sudah-sudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.