ISRAK & MIKRAJ...
Sekarang ini ramai Umat Islam sedang meraikan ISRAK & MIKRAJ. Banyak surau dan masjid mengadakan kenduri dan syarahan Israk Mikraj. Kita dilaman ini mahu meraikan Israk Mikraj dengan satu rencana guru saya seperti dibawah. Selamat membaca :-
AKU YANG DIBAWA BERJALAN …(ISRAK DAN MIKRAJ)
...
Ketahuilah gerak itu adalah suatu pembawaan tuhan kepada kita yang mana kita perlu memahami akan pembawaan itu,,,
Pembawaan ertinya dibawa berjalan dari luar kedalam dan dari dalam ke luar serta dari dalam kedalam lagi mendalam.
Ada juga kata-kata lain dalam perjalanan ini makna nya kita dibawa berjalan oleh tuhan ketempat atau destinasi yang kita inginkan ianya berhubung dengan niat dan doa kita kepada Allah. Maka dia akan membawa kita ke tujuan yang kita hajati mengikut cara nya bukan cara kita. Kalau cara kita munkin kita akan mengatur hajat dengan daya fikir kita untuk itu dan ini akan tetapi usaha dan daya kita pasti gagal dan disaat itulah kita akan merasa kecewa dan seterusnya kita akan berputus asa.
Akan tetapi dengan penyerahan dan kaedah Ilmu Pengetahuan Bapak Bagindo Muchtar ini kita dapat mengerti akan keadaan ini bahawa bermula dari hasrat dan hajat kita kita serahkan kepadanya dan ia bertukar menjadi kehendak tuhan.
Aku dibawa berjalan..didalam perjalanan ini kita adakalanya kita dibawa berjalan merentasi alam-alam tinggi serta ghaib dan ghaibul ghuyub dan ada juga yang dibawa ke tempat lainnya seperti mekah, madinah dan lainnya
Akan tetapi hal-hal ini janganlah kita meletakkan hasrat ini kedalam hati kita takut-takut nanti kita terlupa tugas dan tanggungjawab kita terhadap tuhan dan badan diri kita serta ummat lainnya.
Perjalanan kita ini seumpama israk dan mikraj nabi besar kita bahawa didalam perjalanan nya dari mekah ke palestin serta mikraj ke hadrat tuhan,yang perlu kita fahami akan keadaan nya kalau kita fikir secara logik mana munkin seorang manusia dapat berjalan pantas dari satu tempat ke satu tempat lainnya,,,
Hal ini bukan saya nak merendahkan pangkat kenabian tidak sama sekali. Namun inilah kebesaran tuhan pada hamba2nya begitulah yang terjadi kepada nabi besar kita ia dibawa oleh kenderaan tuhan yang bernama buraq atau didalam al-quran disebut sebagai al-barqu (kilat) maknanya kepantasan atau kelajuan...Tentang bagaimana bentuknya itu wallahu a'lam.
Berbalik kepada ilmu kita ini pula begitulah keadaan gerak maka gerak itulah kenderaan tuhan pada kita dan pemandunya adalah aku DIA yang tersirat itu maka aku yang tersurat ini hanya menaikki dan duduk pada tempatnya lalu bagi tahu padanya dengan isyarat atau kalamnya dan serahkanlah kepada pemandu itu jangan kau tanya kita perlu ikut jalan mana, masuk lorong mana, kekanan atau kekiri, duduk dan ikut sahaja gerak kendaraan itu.
Pemandu yang serba tahu itu dia amat mahir dalam hal ini maka tak usahlah kau bimbang akan keadaan perjalanan mu itu. Yang pasti kau perlu jelaskan dan mudtamadkan akan hasratmu itu.
nabi musa khaidir
yang bawa nabi muhammad buraq
yang bawa hamba pula gerak
Yang bawa menuju tempat yang sama mengadap tuhan yang maha esa
kembali ke pengkalan membawa jasa penerang ummat dikala gelita itulah nabi dan juga hamba dibawa berjalan kenderaan rahsia
Lain martabat lain pula caranya. Engkau dibawa aku pun sama menuju kesempurnaan yang insan mulia kenderaan tuhan aku dibawa gerak kudratullah ia bernama.
Permohonanku padamu, ada berbagai-bagai hasrat yang wujud didalam hati ini yang telah terucap dibibir-bibir yang manis sebagai doa kepada tuhan namun belum kesampaian jua akan hasratnya walaupun ia tahu dan yakin penyerahan kepada tuhan serta gerak perjalanan itu gerak dari nya maka hasrat dan cita-cita tidak kesampaian.
Maka perasaan resah gelisah gundah gulana duka dan kecewa giat bermain di benak fikiran...kenapa, bagaimana, mengapa dan beribu persoalan akan muncul di benak fikiran kita.
Sesungguhnya selagi kau tidak dapat memperelokkan badan dirimu dan dirimu itu maka perjalanan mu cukup-cukup terhad,
kalau kosong mohon diisikan
kalau kurang mohon ditambah
kalau lemah mohon diperkuatkan
kalau sulit mohon di permudahkan
kalau sakit mohon di sembuhkan
kalau sempit mohon dilapangkan
kalau keruh mohon dijernihkan
kalau kusut mohon diungkaikan
Nah inilah caranya untuk kita berjaya dalam membaik pulih badan diri kita ini moga-moga kita berjaya. Sabar menanti kerana itulah kedudukan seorang hamba yang sejati. Janganlah kita memaksa maksa kelak kau nanti akan kecewa, berserah pada si dia sahaja dia pasti tahu akan keadaan hambanya.
burung tak bebas sangkar tak berpintu..keluar menyempurnakan...
s-kalau anda mengatakan anda telah keluar apa buktinya?
j-pancaran yang memancar yang ku rasa dihujung2 jari.
s-apakah tujuanmu keluar?
j-untuk bebas
s-apakah cukup untuk bebas sahaja?
j-tidak
s-jadi apakah tugas asalmu dan alasanmu utk bebas?
j-menyempurnakan keadaan ku yang diluar
s-adakah kau telah sempurnakan nya?
j-dalam proses
s-kalau dalam proses kenapa kau banyak berkhayal?
j-apa maksudmu
s-kau mau menjelajah kesana kemari tapi kau lupa pada keadaanmu?
j-aku terlupa kerana desakkan hawa nafsu yang samar membuatkan aku tertekan dan ingin cepat berjaya.
s-kau tidak sabar?
j-ya
s-kau gelojoh?
j-benar
s-kau ingin cepat berjaya?
j-betul
s-kau mengajar tuhan?
j-maafkan aku
s-adakah kau mahu aku ajarkan suatu doa utk mu?
j-doa apakah itu?
s-doa yang akan membawamu menuju alam bahagia?
j-ya saya mahu
s-selepas kau baca kata kunci itu maka ucapkanlah ihdinal sirotol mustaqim..sampai akhir surah fatihah, kemudian kau serahkan padanya.
j-terima kasih tuan hamba.
s-sama2,kau mesti sabar serta yakin bahawa siapa yang bertaqwa ALLAH akan membuka jalan baginya.
fa inna azamta fatawakkal alallah innallaha yuhibbul mutawakkilin=jika kamu berazam maka berserahlah, sesungguhnya aku mengasihi org2 yang bertawakkal.
Sabarlah wahai saudaraku suatu saat nanti tuhan akan membawa kamu menjelajah kealam yg suci lagi tinggi martabatnya dari apa yang kamu kehendakki selama ini, dan tuhan amat tahu kedudukanmu pada saat ini makanya tuhan tangguhkan perjalananmu itu,,,,sabarlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.