Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

AKU adalah diri yang sebenar-benar diri

AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati). AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari Zatullah. Menyatakan akan Ujudullah, AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu urusan Tuhan.

AKU yang hidup datangnya dari Yang Maha Hidup yang bersifat ghaib ( nagetif ) yang datang dari Yang Maha Ghaib. Tatkala Zatul Haq ingin menyatakan akan diriNya maka DIA (Zatul Haq) mentajallikan akan Nur-Nya yang... dinamakan kini Rohullah atau AKU. Kini AKUlah yang nyata dan AKU merupakan sifatNya.

Sebagaimana firman nya…

Kulli rohi min amri robbi
(setiap roh itu adalah urusanku)

Ramai yang mencari AKU namun jarang yang ketemu. Ini kerana AKU berada jauh didalam RASA iaitu dialam rasa yang mendalam. Dimanakah AKU berada tentunya pada badan iaitu didalam badan diri.

Kalau ada yang mahu mencari AKU maka katakanlah AKU ada tetapi tiada, AKU tiada tetapi ada. Ada pada hakikat namun tiada pada rupa. AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau daya-daya Qudratullah yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah Hayatullah yang asal berasal dari Zatullah.

Ada AKU ini bukanlah seperti bentuk ataupun objek. Adalah AKU ini suatu yang sukar di ungkap namun AKU tetap ujud. TanpaKu badan tidak akan hidup. Jika hidup itu tandanya AKU ada.

Kau yang tidak bisa ( boleh ) mengerti akan AKU ini Rahsia Ilahi dari Yang Maha Suci merupakan Tenaga Qudratullah yang kini ada pada badanku ini. Tuhan mengatakan kau adalah rahsia dan A-KU lah rahsiamu itu, rahsia yang ter-rahsia menjadi rahsia bagi badan diri.

“Kuntum kanzan mukhfiayatun”
(AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi)

AKU lah perbendaharaan itu padaku lah segala sesuatu itu diletakkan dan AKU yang tersembunyi didalam badan diri dan AKU berada dialam rasamu itu.

Kalau kau mahu menemui AKU kau perlu memasuki gerbangku. Manakah gerbangku? Gerbangku adalah rasa yang terasa pada jari-jarimu itu.

AKU ADALAH AKU
DARI ZAT AKAN ASALKU
DI ALAM RASA AKAN TEMPATKU
JANTUNG ITU ISTANAKU

AKU yang mengerakkan mu dan mengaliri tenaga hidupmu. Cuba kau perhatikan siapakah yang menggerakkan nafas, menggerakkan jantung, nadi dan menjalankan darah dari saluran-saluran dari kaki sampai ke otak ? Tidak kah AKU jua yang mendatangkan gerak dan daya ?

AKU yang memiliki Qudrat dan Irodhat mampu dan sememangnya AKU lah yang menjadi tuan kepadamu. Tanpaku kau akan menjadi bangkai dan kau tidak dapat berbuat apa-apa.

Segala titik dari mulanya titik AKU lah yang bermula. AKU adalah zat serba zat yang datang nya dari Tuhan. Padaku cukup dan mempercukupi kerana AKU-lah yang sempurna lagi menyempurnakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.