Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

KESELURUHAN IP BBM

KESELURUHAN IP BBM = Kaedah Tafakur Berlandaskan Syahadah = Perjalanan Keruhanian Secara Menaik / Uruj dari Alam INSAN ke Alam Lahut / Pada Nabi Mikraj ..pada kita URUJ atau Perjalanan Kembali Ke Alam Asal Semasa Hidup

DOA PERJALANAN = Penentuan Destinasi / Matlamat Gerak / Niat

GERAK = Kenderaan ..Pada Nabi BURAQ pada kita GERAK ( Buraq maksudnya laju umpama kilat )...

RASA = Indikasi Kedudukan Makam / Stesyen / Alam / Kewujudan Ruhullah / Diri Terlahir dan di-MUKA ( didepan )

DIRI DIRI = Sangka Sangka / Khayalan Dari Tenaga Fikiran / Otak

DIRI = Ruhani / Nurullah / Pancaran Dari Ruhullah ( Diri Rahsia ) / Nyawa

AKU = Ruhullah / Diri Rahsia / Diri Sebenar / Punca Kehidupan / Diri Ketuhanan

KEHIDUPAN BARU = Cara Hidup dengan berlandaskan TAUHID yakni Penyerahan Diri kepada AKU atau Ketentuan Ilahi Sepenuhnya dengan KESADARAN bahawa semuanya adalah KUDRAT & IRADAT Allah jua seperti yang dibuktikan oleh GERAK dan RASA yang otomatik sahaja ..yakni satu Kesan atau Keupayaan Tenaga Hakiki

MANUSIA BARU = Manusia Yang BERTAUHID HAKIKI

BERMODALKAN DIRI = Penyerahan Total Kepada Ketentuan Ilahi

BERGANTUNG TIDAK BERTALI - BERTALI TIDAK TERGANTUNG = ESA yakni ESA Jasad dan Nyawa atau Ruhullah Ghaib - terzahir sebagai Jasad atau kita inilah KE-NYATA-AN Allah..atau Nyatanya Allah pada kita...atau kita inilah Sifat Allah.

TITIK / SEGEMPAL= Tajalli / Penampakan Zat Allah Yg terhad yakni kita sebagai manusia

LAUT / GUNUNG = Zat Mutlak / Zat Wajibul Wujud / Tuhan kita

SETITIK DILAUTKAN / SEGEMPAL DIGUNUNGKAN = Penyerahan Total = Menyerahkan Amanah Allah KepadaNya / Penyerahan Tajalli Kepada Yang Mutlak atau Meng-ESA-kan Diri dengan Zat Sifat Asma' dan Af'al Allah SWT

RAHSIA HIDUP = Kita ini ialah KE-NYATA-AN Allah atau KETUHANAN..kita ini NISBI bergantung sepenuhnya kepada Zat Mutlak ..kita ini pada hakikatnya Kosong / Tidak Wujud - Yang Wujud Hanya Allah ( La Maujuda Illallah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.