KUASA SIAPAKAH YANG BERKEHENDAK DI ATAS SEGALA GERAK AFA'AL ?
Firman Allah :-
81.Surah At-Takwīr (Verse 29)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
...
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),
kecuali yang dikehendaki oleh Allah, Tuhan seluruh alam.
Bermakna disini bahawa, berkehendaknya kita itu, adalah terlebih dahulu berkehendaknya Allah Ta'ala. Bermakna berkehendaknya kita itu adalah berkehendaknya Allah.
Allah menetapkan kehendak kita itu lebih awal dari apa yang kita hendak kerjakan. Maksudnya kehendak Allah itu mengatasi kehendak diri. Bermaknanya disini bahawa, kehendak kita itu, sudah termasuk didalam kehendak Allah. Kemahuannya kita itu adalah termasuk didalam kemahuan Allah sejak azali, yang telah ditetapkan sedari mula. Tidak berkehendak, tidak berkeinginan, tidak bercita-cita, tidak berangan-angan dan tidak berkemahuan diri kita ini, kalau tidak terlebih dahulu yang dikendaki Allah.
Setiap gerak daripada niat kita, setiap kerja yang diatur, setiap perilaku yang kita laksanakan, sampailah kepada perjalanan darah di dalam tubuh, pengaliran peluh dan air liur dan termasuk perkara yang telah kita atur mahupun perkara yang tidak kita sedar, semuanya dari gerak yang telah dikehendaki Allah, yang telah direstui Allah dan yang telah diredhai Allah sebelumnya
Firman Allah :-
8.Surah Al-'Anfāl (Verse 17)
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْۚ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰۚ وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًاۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang membunuhnya. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang
melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan)
daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Ini menunjukkan bahawa segala perbuatan dan segala gerak, adalah perbuatan dan gerak Allah. Bukannya perbuatan dan gerak dari kemahuan diri sendiri.
Kita sebagai hamba tidak punya kuasa, tidak punya kudrat untuk menggerakkan sesuatu tanpa gerak Allah. Sebelum bergerak, sebelum sesuatu terjadi dan sebelum sesuatu berlaku, gerak itu sebenarnya, telah tersedia didalam ilmu Allah, sudah tersurat dan sudahpun tercatat didalam kitab Allah Ta'ala.
Firman Allah :-
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 22)
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَاۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan
tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya
mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Sebelum sesuatu itu berlaku, ianya telah sedia tercatat yang tidak akan ada perubahan lagi walau sepatah dan kitab asalnya tidak akan terpadam lagi tulisannya. Kitab ini adalah kitan yang tiada perubahan. Catatan dakwat Allah, tidak lagi ada yang basah, melainkan semuanya sudah kering sedari ditulis. Tidak lagi ada catitan baru atau perubahan. Allah bukan pembohong dan Allah bukan pendusta. Setiap yang dicatat itu adalah pasti, setiap yang ditulis itu adalah benar. Ianya pasti dan benar mengikut apa yang dicatat, yang tidak akan berubah dan tidak akan ada yang boleh menukar ketetapan itu.
Firman Allah :-
6.Surah Al-'An`ām (Verse 34)
وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَاۚ وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِۚ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِن نَّبَإِ الْمُرْسَلِينَ
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan
menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan
sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
Dalam penyerahan perbuatan, jangan kita lupa untuk menyerahkan sifat-sifat anggota yang lain seumpama sifat, nama dan zat. Semua sifat-sifat itu hendaklah juga dikembalikan kepada tuannya.
Pemulangan segala sifat, perbuatan, bukan sahaja tertanggung atau terletak pada bahu manusia sahaja, malah tertanggung juga kepada semua makhlok Allah. Termasuk gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan melata dan tumbuhan menjalar, ikan dilautan, burung diudara, ulat dan cacing didalam tanah juga tidak terkecuali. Hidupan di darat dan hidupan di laut tidak terkecuali barang satu pun. Makhlok selain manusia dengan cara mereka, kita sebagai insan manusia dengan cara kita. Semuanya akan kembali mengikut cara masing-masing.
Firman Allah :-
6.Surah Al-'An`ām (Verse 59)
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
Perhati dan perhatikanlah ayat diatas dengan cermat. Ayat-ayat Allah yang terang lagi nyata itu, sebagai kayu pengukur, kayu pengimbang untuk kita mematikan sifat keakuan. Pulangkanlah harta Alkah, kembalikanlah hak milik kepunyaan Allah itu kepada yang berhak. Pulangkan perbuatan diri kita, kembalikanlah kelajyan duri kita kepada tuan yang empunya.
Sekali lagi dijelaskan bahawa mati tabie atau mati perangai atau mati sebelum mati itu, adalah bermaksud menghilangkan segala pendengaran, melenyapkan segala penglihatan, membinasakan segala daya upaya yang ada pada tubuh badan. Mengaku bahawa tiada sezarah pun yang lekat dan yang ada pada jasad kita ini melainkan kepunyaan Allah dan milik Allah.
Didalam hati kecil kita, mungkin ada orang yang tertanya-tanya bahawa mana mungkin meletakkan Allah sebagai punca dari segala punca dan mana mungkin menuduh Allah menjadi sebab atas segala sebab dari perbuatan hambanya! Allah maha suci dari yang keji, mana boleh menyalahkan Allah dalam kelakuan jahat makhloknya.
Jika semua perbuatan baik dan perbuatan jahat makhlok datangnya dari Allah, kenapa Allah menghukum siapa-siapa yang melakukan kejahatan ? Sedangkan segala kejahatan dan kebaikan datangnya dari Ketetapan Allah sendiri ! Tentunya hati kecil kita mangatakan yang Allah itu tidak adil. Orang lain diberinya kaya, manakala kenapa kita dijadikan miskin ?
Masakan Allah yang membuat, merancang, dan menetapkan segala punca kejahatan dan segala punca kebaikan , bila tiba diakhirat, kita pula yang dipersalahkan dan kita pula yang menanggung hukuman, balasan azab dan seksa api neraka ?
Apa ini dikatakan Allah itu adilnya?.. Dia yang menentukan buruk baik kelakuann kita, sedangkan kita semua tidak minta dilahirkan dalam kejahatan, semua orang berhajat kepada kebaikan, sedangkan segala baik dan buruk talah Allah tetapkan dari sejak azali.
Untuk menangkis tuduhan yang mengatakan Allah itu, tidak adil untuk menolak dakwaan yang mengatakan Allah itu zalim ( Na'uzubillah)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.