Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

Aku ingin bebas tetapi tidak lepas

* Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan. Diriku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Tempatku ialah di dalam diriku, di pertemuan kiri dan kanan. Maka adalah Aku dahulu dari diriku. Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah Aku berada di dalam badanku *

Maknanya…

Aku ingin bebas berbuat apa saja dengan Kudrat dan Irodhatku teta...pi tidak dapat kerana Aku tidak bebas. Aku berdiri dan berbadan iaitu diriku adalah tenaga dan badan adalah zahirku.

*DIRI-ku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya *

Ertinya diri bagi badan ini adalah asalnya dari ROHULLAH dan berasal dari Zatullah maka dengannya lah Aku berdiri dengan sendiri pada badanku.Tempat Aku adalah di dalam diriku iaitu di dalam hakikat diriku sendiri.

* di pertemuan kanan dan kiri” *

Ertinya di dalam badan iaitu ditengah-tengah dada kita.

*Maka adalah Aku dahulu dari diriku”

Ertinya sebelum diriku terbit atau nyata maka dahulunya ALLAH menyatakan Aku dahulu di umpamakan ia sebagai titik atau noktah awal dari ZATULLAH.

*Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah Aku berada di dalam badanku*

Ertinya setelah Aku menerima badan atau memasuki badan maka Aku yang seumpama titik yang datang dari zatullah kini telah menjadi diri pada badan dan diri itu telah meliputi badan dan ia menjadi diri bagi badan.

Dialah zat yang meliputi sekalian alam luar dan dalam,terhad pada alam dan mutlak pada kekuasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.