Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

RAHSIA BISMILLAH & ALIF – LAM-RA

RAHSIA BISMILLAH & ALIF – LAM-RA..

Kita sedia maklum bahawa apa jua yang hendak kita lakukan hendaklah kita mulai dengan membaca Kalimah BISMILLAH. Ianya adalah satu Perentah Allah.

Mungkin ada yang belum tahu didalam Surah mana dan Ayat yang keberapa Perentah itu disampaikan ?...
Dari segi Hukum Akal tentulah Perentah itu disampaikan pada Ayat Yang Terawal diturunkan Allah kepada baginda Rasul …kerana jika Perentah itu disampaikan ditengah –tengah Kerasulan baginda maka akan adalah Surah yang boleh dibaca tanpa Bismillah ( melainkan satu Surah sahaja )

Dan itulah yang benar iaitu Perentah membaca Bismillah itu disampaikan melalui wahyu yang pertama iaitu IQRA’. Melalui ayat IQRA’ BISMIRAB ……………seterusnya

Yang diarah ialah Baca Dengan Menyebut Nama Tuhan kamu…dan Tuhan kita ialah Allah ..maka kalimah RABBIKA bertukar menjadi ALLAH ..maka disebutlah sebagai BISMILLAH.

Allah juga mempunyai Nama Nama yang lain yakni ARRAHMAN bererti PEMURAH diatas SifatNya dan ARRAHIM diatas SifatNya MENGASIHANI .Maka lengkaplah Kalimat Nama Allah Yang Menciptakan ..BISMILLAH HIR RAHMA NIRRAHIM.

Maka para ulamak Tasauf menyatakan bahawa Kalimat ini adalah INDUK kepada AL-FATIHAH sementara Fatihah adalah Induk kepada Al-Quran.

Bismillah Hir Rahma Nirrahim
Dengan Nama Allah Yang Pemurah & Penyayang
Alhamdulillah Hi Rabbil Alamin
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Alf Lam Mim. Zalikal kita bulaa rai ba fi hi hu dal lil mut taaqin
Alif Lam Mim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang taqwa.

RAHSIA ALIF LAM RA

Sebelum kita mengenal Bismillah ( maksud ) perlu kita mengkaji lebih dahulu Rahsia ALIF LAM RA ( Surah Ibrahim : 01 )

Tanpa Alif Lam Ra, maka tiada ujud Nama Tuhan AR-RAHMAN & AR-RAHIM.Kalau tiada Ar-Rahman & Ar-Rahim tiada Pujian akan kedengaran. Jika tiada Pujian maka tidak akan ujud ALIF LAM MIM. Jikalau Alif Lam Mim tidak ujud, maka bagaimana pula manusia boleh Mengenal Zat , Sifat, ASma’ & Af’al. Ini semua ada kaitannya.

Firman Allah : Ibrahim 01

ALIF LAM RA. Kitab yang kami TURUNKAN kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari GELAP GELITA kepada CAHAYA TERANG dengan Izin Allah Yang Berkuasa lagi Maha Terpuji.

Ini adalah Firman yang menjelaskan erti ALIF LAM RA yakni KITAB YG DITURUNKAN kepada manusia dan manusia itu pula TURUNKAN atau MENGLUARKAN KITAB INI untuk mengujudkan manusia yang didalam kegelapan kepada cahaya yang telah disediakan oleh ZAT.

ALIF = TUBUH ZAT
LAM = SIFAT iaitu JASAD
RA = NYAWA atau RASUL

INILAH RAHSIA : Alif – Lam – Ra yakni :-

ALIF

Iaitu Mertabat Diri Tubuh yang lengkap yang berdiri dengan sendirinya bergelar ZAT

LAM

Lam itu adalah Jasad yang diciptakan oleh Zat bernama SIFAT LAM JALALAH. Ketika itu Zat bernama WAJIBUL WUJUD.

RA

Ra itu adalah bertemu diantara Zat & Sifat yang bernama RASUL.
Ghaiblah Zat didalam Sifat Lam Jalalah dan hiduplah Lam Jalalah dengan Zat Allah.

Lam Jalallah itulah JASAD yakni SIFAT BAGI ZAT ALLAH.

NYAWA itu RASUL dan hidupnya Nyawa itu menunjukkan KEHIDUPAN ZAT SEMATA-MATA.

Bergeraknya jasad kerana bergeraknya nyawa dan bergeraknya nyawa kerana melakukan Af’al Zat. Inilah maksud kalimah Bi iz nirab bihim ( dengan izin Allah ) ayat 01 Surah Ibrahim.

Manakala kalimah Ila Siratil A’ziz ( Yang Maha Kuasa ) itu kerana dapat MENGELUARKAN KITAB yang sebenarnya dari kegelapan kepada cahaya yang terang.

Kalimah La Hamid ( Maha Terpuji ) didalam ayat tersebut adalah kerana ianya memuji bila manusia dapat mengeluarkan dirinya dari kegelapan itu.

Yang Maha Kuasa Allah
Pujian bagi Berkuasa itu Hu
Nyata cahaya itu Akbar

AR-RAHMAN itu menunjukkan diatas KEMURAHAN SIFAT ALLAH untuk mengeluarkan manusia dari tempat Yang Gelap Gelita kepada Cahaya yang terang.

AR-RAHIM itu adalah Sifat Pengasih dan Penyayang Allah terhadap manusia. Maka dikeluarkan manusia yang mendapat CahayaNya diatas Sifat Ar-Rahman dengan memuji akan diri manusia.

Dalam ertikata lain Ar-Rahman itu Allah Maha Pemurah untuk memberi Cahaya kepada manusia yang dalam kegelapan dan Ar-Rahim itu manusia menerima Pemberian Allah dengan kasih sayang dan memuji Kebesaran Allah yang telah mengeluarkannya dari kegelapan.

Inilah Rahsia kenapa Allah itu bernama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jika tiada Alif-Lam-Ra maka bukanlah lagi Rahsia kepada manusia.

Maka Sifat Allah itu berkait dengan MANI SETITIK. Kenapa dan bagaimana pula ?

ALIF itu adalah Mertabat ZAT kepada Allah MIM itu adalah mertabat SIFAT NAMA yakni ASMA’ ALLAH yang lengkap segala Sifat – SifatNya.

Adapun kenyataan DIRI ALIF itu GHAIB dan MIM juga ghaib. Zat dan Sifat bagi Tuhan adalah ghaib dari pandangan mata manusia.

Maka marilah kita nukil akan kalimah BISMILLAH. Kemudian kita buangkan huruf Alif & Mim dan tengoklah RAHSIA NAMA ALLAH bila tiada Alif & Mim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.