Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

ROHANI terdiri dari Roh,Akal,Nafsu dan Nyawa

Apabila ada orang bertanya berkenaan MENGENAL DIRI maka kalau tak jawabpun payah juga, dan kalau jawab nantipun susah juga, tapi kata nabi sampaikanlah walaupun satu ayat, ok macam ni lah, lojiknya mereka yang tidak mengenal diri rata-rata akan menjadi tak sedar diri, dan apabila sudah mengenal diri maka dengan sendirinya kena mengenal Tuhan,kemudian apabila dah kenal Tuhan jangan nak jadi Tuhan p...ula, kerana diri kita Tuhan yang menjadikannya, ertinya mengenal diri dan mengenal Tuhan, istilah mengenal diri ni selalu di kaitkan dengan kata-kata yang sangat mashur iaitu Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya, ayat ini bermaksud Dirinya itu bermakna dirinya yang sebenar diri, iaitu diri yang bermaksud Insan batin, atau di kenali juga sebagai Nafsahu (Nafs) yang anasirnya di kenali sebagai Nafas,Nufus,Ampas dan Tanafas (Bab ini perlulah berguru) dengan sebaik mungkin, tidak sempurna hanya membaca atau mempelajarinya pada blog-blog atau kitab-kitab, secara rengkasnya DIRI manusia itu terbahagi kepada dua bahagian, satu di kenali sebagai Jasmani, dan satu lagi di kenali sebagai Rohani, Jasmani itu bermula di cipta daripada ADAM yang anasirnya daripada tanah pilihan dan di cipta di Syurga Khuld, sementara Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripada makhluk allah yang lain di alam ROH

ROHANI terdiri dari Roh,Akal,Nafsu dan Nyawa, semua ini adalah bertaraf MAKHLUK, ROHANI terbahagi kepada dua, satu di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH, ia terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, dan satu lagi di kenali sebagai RUHUL HAYAT, ia terdiri dari Nafas, atau Insan atau Nyawa (Banyak istilah ini) RUHUL YAQAZAH boleh keluar Jasad dengan izin Allah sila lihat dan rujuk Al An'am ayat 60 dan Az Zumar ayat 42, maka berlakulah mimpi, sementara RUHUL HAYAT tidak akan keluar daripada Jasad kecuali MAUT, RUHUL YAQAZAH di kenali sebagai DIRI TERPERI, sementara RUHUL HAYAT di kenali sebagai DIRI SEBENAR DIRI (Semua ini perlu di gurukan) Dan adalah lebih baik memulakan mempelajari ilmu ini dengan mempelajari ilmu sifat 20 dengan guru yang ahli, zaman sekarang ramai yang melarang bercakap tentang ROH kerana di katakan sebagai Ammar Rabbi (Urusan Tuhan) sekalipun mereka mengetahui bahawa Rohani itu adalah makhluk, pada hal agama memerintahkan supaya memikirkan tentang makhluk Allah dan jangan fikirkan tentang Zat Allah, oleh itu jika kita cuba memikirkan tentang ZatNya maka ia adalah di larang kerana ia tidak akan sampai kemana dan membuang masa

SETIAP MAKHLUK WAJIB BERIBADAT

Rohani adalah makhluk, bagaimana ia beribadat? (Termasuk komponen Rohani tersebut) Jasmani juga beribadat bagaimana ia beribadat? Ertinya keseluruhan komponen manusia itu wajib beribadat sama ada secara jahar atau khafi atau beramal shuhud yang mengingat dan menyebut Wahdah atau kasrah, adapun maksud Wahdah itu adalah Esa dan kasrah itu adalah banyak, ertinya " Pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu" Adapun istilah Alam kabir (Alam yang besar) itu adalah Rohani dan alam yang Saghir (Alam yang kecil) ia itu adalah Jasmani, semua ini wajib berguru dengan orang yang arif tentang ilmu ini, jangan pula bila sudah mengenal diri dan Tuhan lalu meninggalkan ibadat, ini tentulah ada yang tak kena, itu lah sebabnya ada jabatan agama islam yang melarang mempelajari ilmu ini kerana banyak yang terpesung dari jalan yang sebenar lalu mengaku itu dan ini, kemudian meninggalkan ibadat kepada Allah s.w.t Wallahu a'alam


LAPISAN-LAPISAN UNTUK MENGENAL DIRI

Apabila seorang manusia ingin mengenali dirinya maka mereka perlu memikirkan beberapa ayat dari Al Quran sebagai pnduan, umpamanya jika kita mendengar ada orang yang telah mati maka kita akan berucap "Inna lillihi wa Inna Ilaihi raji'uuuuun !" (Daripada Allah kamu datang kepada Allah kamu di kembalikan !) Ayat ini menunjukkan kepada istilah rohani, bukannya jasmani, jadi yang datang daripada Allah dan kembali kepada Allah itu adalah diri kita yang sebenar

Apabila kita sebut Rohani maka sudah tentu ia meliputi Roh, Akal, Nafsu dan nyawa, makhluk ini tidak dapat kita lihat dengan mata yang kasar, ia hanya dapat di lihat dengan mata hati, sila rujuk Al An'am 60 dan Az Zummar ayat 42, ia ada kaitannya dengan istilah kekuasaan Allah tentang jiwa atau roh yang kita kenali sebagai pengembaraan manusia di alam mimpi, roh, akal dan nafsu berada dalam satu kumpulan yang di namakan Ruhul yaqazah, ia dapat di lihat dengan mata hati yang di kenali sebagai qalbun dan qalbi

Yang kita tidak boleh lihat ialah nyawa atau istilahnya bersumber dari anasir nafas, nufus, ampas dan tanafas yang tidak boleh nampak dan tidak merupa apa juapun, nyawa inilah yang di katakan sebagai sirullah, dia bukan tuhan tapi ia adalah makhluk dan dialah yang di kenali sebagai diri sebenar diri manusia, apabila ianya makhluk maka kita kenalah fikitkan تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فتهلكوا (Fikirkanlah tentang makhluk Allah, dan jangan kamu fikirkan tentang Zat Allah, nanti kamu akan binasa) H.R Abu Na'iem

Nyawa inilah di kenali juga sebagai awal makhluk atau sebagai Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad, istilahnya banyak akan tetapi yang masyur ialah Nur Muhammad, dialah sebagai نفسه (Nafsahu) tanda mengenal Allah yang bernama ربه (Rabbahu) iaitu من عرف نفسه فقد عرف ربه (Siapa yang mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya)

Rohani tidak boleh bergerak dan berdaya upaya melainkan ia di perintah, di tadbir, di kuasai oleh Allah, ertinya kerana Allahlah rohani itu bergerak dan berfungsi jika tidak dia tidak bererti apa-apan kerana itu Allah berfirman وما تشا ءون ألا أن يشا ءالله (Dan tidaklah kamu berkehendak melainkan apa yang di kehendaki oleh Allah) dan banyak ayat lagi yang menyatakan demikian ertinya manusia dalam keadaan "La Haw la wala quwwata Illa billah"

Adapun konsep "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku itu adalah konsep jabariyah, hal ini perlu di rujuk kepada ilmu Iftiqar dalam sifat 20 yang mana sifat qahar di kuasai oleh sifat kamal Allah s.w.t ayat tersebut ialah عرفت ربى بربى

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.