Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

WAHDANIATULLAH - MENGENAL DIRI

WAHDANIATULLAH - MENGENAL DIRI

Tiliklah diri anda sendiri, kemudian anda renungkan baik baik dan tanyalah :-

SIAPAKAH DIRI ANDA SEBENARNYA & SIAPAKAH ALLAH ?...

Firman Allah : Al-Anfaal : 02

Sesungguhnya orang orang yang beriman itu hanyalah mereka mereka yang APABILA DISEBUT SAHAJA NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH HATI MEREKA.

Kenapakah gementar hati bila dilafaz Nama Allah ?

Gementar itu bagi manusia yang beriman. Bagi manusia kebanyakan sebut 1000 kali pun mereka tetap dalam keadaan biasa. Bagaimana pula dengan anda sendiri ? Cuba sebut Nama Allah sekarang. Gementar , tidak ?

Kerana GEMENTAR itu menunjukkan HIDUP-nya KALIMAH ALLAH yang memenuhi setiap ruang anggota zahir manusia.

Bila dilafazkan ..ALLAH seperti ada karan elektrik menangkap badan. Menjujut dan meremang bulu roma.

Ini adalah mereka mengetahui dan berpegang kepada IKHTIKAD bahawa ALLAH itu MELIPUTI DIRI dan bagi mereka itu mereka tidak ada kuasa walau sebiji zahrah pun melainkan semuanya Kuasa Allah belaka.

ALLAH MUHAMMAD MANUSIA
MAANI MAKNUYAH WAHDANIATULLAH

Kudrat Kaunuhu-Qadirun Kekuatan
Iradat Kaunuhu-Muridun Nafsu
Ilmu Kaunuhu-Alimun Fikiran
Hayat Kaunuhu-Hayyun Kehidupan
Sama’ Kaunuhu-Samiun Pendengaran
Basar Kaunuhu-Basirun Penglihatan
Kalam Kaunuhu-Mutakallimun Percakapan

Adapun Kaunuhu itu ertinya MENUNJUKKAN HAL KEADAAN .
Yang menunjukkan hal keadaan Allah / Zat itu adalah Muhammad yakni Ruh.

Adapun Af’al Allah itu bergelar Sifat Maani yang 7 itu. Daripada Af’al Allah , Allah menyatakan kepada SifatNya yakni Muhammad. Maka Muhammad pula melakukan Af’al Allah dan Perbuatan Muhammad atau Ruh atau Nyawa ini adalah Sifat Kaunuhu kepada Sifat Maani.

Daripada Sifat Kaunuhu yang dibawa oleh Muhammad disampaikan kepada manusia ( jasad ). Kalau manusia itu TAHU bahawa kelakuan mereka adalah dari Kaunuhu Zat , maka manusia itu menjalankan SIFAT WAHDANIATULLAH yakni MENGESAKAN ALLAH.

Contohnya :-

Segala kekuatan manusia datang dari KUDRAT ALLAH, maka Allah sampaikan Kudrat kepada Nyawa ( Muhammad ) dan nyawa pula menggerakkan kekuatan dari Kudrat Allah kepada anggota jasad manusia itu.

Penyampaian Muhammad kepada jasad / anggota manusia itu disebut sebagai Kaunuhu. Kalau Kudrat Allah yang diberi, maka Qadirun pada Diri Muhammad dan KUAT-lah jasad manusia itu.

Di dalam dunia ini manusia berada dalam maqam sebab, kerana sebab maka dunia dan seluruh isinya menerima berbagai-bagai takdir daripada Allah s.w.t, kerana itu manusia wajib melihat dirinya dengan punca-punca sebab yang membawa untung dan rugi pada diri masing-masing, yang menjadi persoalannya manusia tidak mengambil berat atau memang mereka tidak tahu bahawa sebab itu adalah menyebabkan mereka terdorong untuk bergerak dan melakukan sesuatu dalam hidup mereka, akhirnya kerana sebablah manusia dan alam yang lain menerima takdir daripada Allah s.w.t ketika mana setiap nafas turun dan naik, keluar dan masuk disana ada sebab dan ada takdir

ADAPUN SEBAB KHUSUS ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Sebab Allah jadikan bumi ialah untuk di tadbir oleh manusia
2. Sebab Allah jadikan planet ialah supaya manusia tahu itu semua untuknya
3. Sebab Tuhan turunkan Al Quran ialah supaya manusia jangan buta
4. Sebab Tuhan jadikan Malaikat ialah untuk manusia mencontohi taatnya
5. Sebab Tuhan jadikan Jin ialah supaya manusia mengenal musuhnya
6. Sebab Tuhan jadikan Syurga dan Neraka ialah untuk manusia dan Jin
7. Sebab Tuhan jadikan hidup dan mati ialah untuk mengenal fitrah alam

Dan banyak lagi soal sebab dan musababNya untuk di nilai oleh manusia

ADAPUN SEBAB SEMASA ITU IALAH

1. Adapun sebab pilihanraya ialah adanya letak jawatan,mati dan cukup tempuh
2. Adapun sebab bertanding ialah kerana nak menang dan kuasa
3. Adapun sebab berlaku gadoh kerana provok bodoh
4. Adapun sebab kempen kerana nak tunjuk kebenaran dan ketangkasan
5. Adapun sebab berbohong ialah kerana nak menang
6. Adapun sebab berkata benar ialah kerana nak melingkup dan kalah
7. Adapun sebab garang dan bengis ialah kerana tiada adap mulia
8. Adapun sebab bersopan santun ialah kerana nak mengambil hati
9. Adapun sebab rajin ialah kerana nak upah dan pujian

DAN BANYAK LAGI SEBAB-SEBAB BODOH DAN MENGAIBKAN DIRI DAN ORANG LAIN DALAM MASYARAKAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.